19 Dec 2009

ni hal orang laki je. orang pompuan toksah sebok.

salam.
kalau dulu waktu aku skola menengah dulu waktu tu zaman underground tgh naik. so macam2 kumpulan yang timbul. budak punkla, skinheadla, budak hadcorela, budak grungela, budak hiphopla, emola, budak black dan macam2 lagi. bangge kalo dapat pegi function, gig dan sebagainya.kalo ari sabtu ngn ahad pegi mall memang muka2 ni je la yang nampak.lebih2 lagi kat tempat snuker ngn tempat2 game. pastu tersenggol sket nak gado.panggil budak2 dia pastu gado.kalo sorang2 xberani tapi kao ramai diala hero. sebab tu waktu dulu ramai yang nak join benda ni. mungkin sebab nak jadik gah dan nak ade backup kalo bergado.

tapi tu dulu.skang dah slow dah.mungkin masih ade tapi dah tak banyak lagi.masing2 dah bosan agaknye dengan perjuangan masing2.tapi aku tengok keadaan sekarang sebenarnya sama dengan keadaan dulu cuma situasi dia sedikit berubah. kalo dulu grup berdasarkan genre musik.skangni berdasarkan nombor dan warna plak. 30 la, 31 la, 77 la, 19 la, seratus dua puluh sembilanla, merahla, putihla, kelabula dan sebagainya.kalo dulu jadik budak skin skang jadi budak 3 kaler plak. sama dengan dulu.kalo dulu gado panggil budak2 grup dia, sekarang dah panggil adik beradik plak.potong sini potong sana. masih sama gak dengan dulu.bangga dengan kelompok dia. padahal sebenarnya tujuan kelompok kau tu ditubuhkan adalah untuk amar makruf nahi munkar. untuk membela agama dan kebajikan orang islam. murni tu tujuan camtu.

so dari pandangan aku keadaan dulu dengan sekarang ni xjauh berbeda.budak2 melayu(bukan semua) kita memang cenderung untuk nak ade backup supaya nampak kuat.aku buat post ni bukan untuk attack maupun blame mana2 pihak tapi semacam ayat penyata saja.mengekspresikan saja.cuma nasihat aku bukan xboleh nak jadik gangster atau fighter atau nak jadik kuat, tapi biarla tujuan kau itu baik untuk membantu orang yang dalam kesusahan dan melawan mereka2 yang cuba menjatuhkan maruah kau apatahlagi kalau agama yang dipertaruhkan.ini tidak, amar makruf nahi mungkar tapi semayang seminggu skali.pastu nak blaja buah ni buah tu, ilmu ni ilmu tu, nak blaja tassauf la, ilmu agama yang tinggi2 la tapi rukun solat pun kau tak hafal.kan tak betul tu.yang penting sekali adalah setiap ape yang kita buat ni niat harus kerana ALLAH. baru betul jadiknya.kalo niat kerana benda lain tu yang jadik menyimpang tu.ok sampai disini dulu.

14 Dec 2009

setahun telah berlalu.huuuuu.....

salam.

sedar tak sedar dah hampir setaun aku berblogging ni. dari ke benda mengarut2 sampai ke benda2 yang ada sikit pengajaran semua aku dah kasik perah otak nak posting kat sini.tapi aku berharap mudah2an ada la benda yang baik yang korang dapat dari posting2 aku.bukannye ape. bukan nak menunjuk alim atau nak buang tebiat tapi sekadar mengingat kan diri sendiri je. ye la xkan selamanya kau nak buat jahat kan?sebab manusia ni pada dasarnya memang menginginkan yang baik2 je.cuma banyak faktor dan obstacles yang menjuruskan manusia kepada dark side. so salah satu cara aku nak menutralkan kejahatan aku alias benda2 jahat yang aku buat alias darkside aku adalah dengan remind diri sendiri melalui blog ni sekaligus aku share gak dengan pembaca.tu pun kalo ada yang baca. tapi kalo posting2 aku yang ada unsur maki2 xyah le korang nak share gak.mudah2an dimasa hadapan aku harap bertambah ilmu aku dan kematangan berfikir dan berkehidupan aku sehingga aku boleh share banyak lagi dengan yang membaca disini. tapi sejak dua menjak ni cam ada hambatan sketla.otak xmo berjalan untuk tulis blog yang best2.tapi xpela masih banyak masa dan ruang bagi aku untuk memperbaiki semuanya.dan aku berharap dapat gak tulis blog tentang perubatan dan berkongsi masalah2 kesihatan dan sebagainya. ye ar tarok nick name the dr tapi xpenah pun tulis pasal dunia perubatan. doktor taik kucing kot.hahaha.ok sampai disini dulu dan aku mendoakan supaya engkau2 semua sihat2 dan diberi bantuan oleh ALLAH dalam ape yang kau buat selagi itu tidak lari dari ajaran islam.AMIN.

8 Dec 2009

rokok sebatang tak sampai sposen

entry kali ni aku tujukan kepada smokers2 yang bangsat ditempat aku blaja kat sini yang tetap smoke walaupun ada tanda no smoking ditempat itu. aku penah sound satu dua orang tapi dia buat derk jerk. so ape lagi yang boleh aku buat? nak hempuk orang tu? kang sampai berbulan xhabis cite kang. kalo kepala dah bodoh giler itu la jadiknya.ignorance.buat bodoh je xpikir orang lain. orang lain pun smoking gak tapi tertib.kat tempat yang xbleh smoke janganlah buat kepala kau nak smoke gak. sape la yang cipta rokok ni ek? pergh aku pun xpahamla dekat golongan2 perokok tegar ni. kalo kat tempat aku blaja ni ko sebutla mana tempat yang orang x smoking? even dekat wad pun orang smoking. btol2 bodoh. tu blom aku masuk dalam bab kencing merata2 lagi.even kat tempat amik air semayang pun selamba derk je ada orang kencing.pukimak btol.haha entahle aku antara bengang dan lawak dan sedih dengan mentaliti sesetengah orang.ntah ape la punca dia aku pun xtau.mak bapak tak ajar kot.ntah le.ok la sampai disini dulu la sekali lagi aku meluahkan pendapat aku.nanti next time aku buat entry mengajak kepada benda baik lagi.buat masa sekarang ni entri ni dulu la.maafla kalo banyak caci makian kat sini.bagi aku perkataan tu je lah yang dapat menggambarkan ape yang sesetengah orang kat sini buat.skali lagi aku tekankan..... SESETENGAH ORANG. bukan semua.

29 Nov 2009

klinikal = kuli

salam.
pergh lama giler x update blog.sibuk ar sekarang. aku sekarang jadik kuli kat hospital ni. buat keja untuk orang lain.pagi bangun follow up patient.pastu tulis kat status panjang lebarpastu suntik insulin intuk patient yang nak makan. pastu check blood sugar patient dan macam2 lagi benda lain kena buat. pastu kalo salah sket memang kena marah la. cibai tau nak marah je tapi ilmu xmo bagi. kalo ko banyak share ilmu ko ngn aku xpe gak.kau memang lancaula .tapi xsuma doktor la yang marah.ade yang baik.biasa dr perempuan yang baik. cuma ada satu dua yang palat.kalo kat msia memang aku maki balik xpun kat luar aku pukul kau ke.tapi kat sini ape pun aku xde so diamkan diri je la. tak cukup dihospital aku dikulikan diluar juga aku harus menjadi kuli.hari ahad lepas subuh aku kena pegi padang bola, siapkan bola, air, kuih, bip untuk doktor2 ni main.dan semua tu pakai duit kitoang budak klinikal ni.yang takbestnya kalo aku dapat main skali ok gak la tapi masalahnye budak klinikal xdapat main.semua doktor yang main.aduuuuhhhh.ape aku boleh buat? layan je la.sebab kalo aku protes maka automatik aku xkan lulus xam bahagan ini.lagipun apa kuasa aku kat sini?xde.......
tapi aku tetap tidak memperdulikan itu semua.bagi aku itu asam garam kehidupan. mungkin sekarang aku berada distrata paling bawah sekali. tapi xpe, masih ada masa hadapan dimana aku pun akan berada diatas.dan aku akan pastikan bila aku berada diatas, bahwa perkara yang sama tidak berulang lagi. semua orang patut diberikan layanan yang sama tidak kira siapa kau.kecali kalau kau punya hati yang palat, dimana kau selalu tidak senang dengan kesenangan orang lain, maka aku akan ajar kau dengan fist, elbow dan kick aku.tapi bukan sekarangla.hahaha.tempat orangla katakan.ok sampai disini dulu luahan hati aku.

25 Oct 2009

aduh stress giler arrrrr...............

salam........

lumrah bagi student untuk merasakan stress dan hilang semangat lebih2lagi apabila bersangkutan dengan exam. tapi kalo dilayankan sangat perasaan stress dan down tu alamat xhabisle jawabnya.buat bodo saja. lama2 akan berlalu masa2 suram itu.buat ape kau fikirkan lame2? benda dah berlalu bukannya kau boleh kembali ke masa itu.kau ingat ni cam citer back to the future ke? daripada kau terlalu memikirkan maslah kau tu lebih baik kau fikirkan jalan penyelesaian lagi berfaedah. gagal sekali bukan berarti gagal selamanya. tiada istilah gagal melainkan kalo ko gagal mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH ketika kau menghembuskan nafas terakhirmu. itulah istilah gagal yang sebenarnya. irreversible, fatal dan no turning back. sedangkan gagal yang lain itu bukanlah gagal namanya melainkan kau boleh mengubah dan membetulkannya. kau paham maksud aku? kau nak pertolongan disaat kau memerlukan? senang saja lakukan perkara yang sama kepada orang lain diwaktu kau sedang senang.nescaya diwaktu kau susah nanti ALLAH lah yang akan membuka jalan bagimu akibat dari perbuatan baikmu sewatu kau senang dulu. dan ingat pada akhirnya nanti kau pasti jua akan menyelesaikan studimu dan apa jua yang kau usahakan itu. it is just a matter of time. glory is in front of u. a lil bit of effort, believe, faith, pray and struggle will send u directly to it. like i just said before, IT IS JUST A MATTER OF TIME.....................

11 Oct 2009

Sekali sekala menggunakan kepala hotak

salam

entri kalini mengajak koang untuk berfikir simple tapi bermakna besar. pernah tak kau fikir betapa besarnya saiz badan kita ni jika nak dibandingkan dengan seekor semut? betapa giganticnya kita kalo nak buat perbandingan. tapi pernah tak kau fikir jugak betapa kecilnya saiz kita ni jika nak dibandingkan dengan saiz bumi.lebih kecil dari titik yang kecil kalo nak buat perbandingan. Lepas tu plak pernah tak kau terfikir bahwa jika dibandingkan bumi dengan galaksi2 yang entah berapa jumlahnya, bumi ni pun sangat kecil mungkin lebih kecil daripada titik jika nak dibuat perbandingan. Dan daripada semua perbandingan2 itu pernah tak kau terfikir bahwa ALLAH MAHA BESAR DENGAN MENCIPTAKAN SEMUA ITU!!!!! dari yang sekecil2 makhluk sampai dengan sebesar2nya semua itu ALLAH yang cipta! semuanya diciptakan dengan sebegitu detailnya dan masing2 mempunyai peranan masing dan ALLAH tidak pernah lepas kontrol terhadap semua ciptaanNYA. SUBAHANALLAH.

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. " Ar-Ra'd 13 : 3

25 Sept 2009

Fascinating Melaka


salam. sempena hari raya ni aku sebagai rakyat melaka ingin sedikit berkongsi kemakmuran dan keindahan serta kemajuan negeri melaka dengan korang semua. enjoy.......



melaka bandaraya warisan dunia.btol2 ni bukan memain



selamat datang ke melaka



clasical view of developed melaka


antara identiti melaka


ni satu lagi. satu dunia datang sebab nak tgk benda ni.



masjid kebanggaan rakyat melaka. aku smayang jumaat kat sini.



agama lain tetap dihormati. resepi kemakmuran melaka.



menara taming sari. bleh tengok view melaka dari atas. tapi biasa yang naik orang luar. kalo tanya orang melaka berapa kerat je yang dah naik.



menara yang boleh naik turun. menara kl bleh buat camni? mane dapat.....



dataran pahlawan. tu yang huruf M tu takyah datang pun xpe boikot le.



malam di dataran pahlawan. happening beb.



melaka mega mall. aku pun tak penah masuk lagi tapi sebab lawa aku amik je gamba.



mahkota medical centre. sebab rakyat melaka ramai makin kaya maka hospital swasta makin banyak didirikan.



mahkota century hotel. bukak pose kat sini best beb. depan mahkota parade je



melaka river cruise.belom siap pun nampak lawa gak.pergh. xyah g venice, melaka pun dah mantap.


waktu senja dinegeri maju. tu yang belakang tu eye on malaysia tapi xsempat pegi sebab nak maghrib.


Bangunan majlis bandaraya melaka. tempat lepak. ade skrin bleh tgk epl ramai2.



maksud gamba ini adalah untuk menunjukkan kebersihan jalan2 dimelaka.dimana2 memang beginilah panorama jalan2 dimelaka.susah nak tgk sampah kat melaka. orang melaka memang jaga kebersihan.


tarikan pelancong untuk non muslim. kalau kau masuk kau same la dgn non muslim.



beca.biasanya bro2 beca speaking english saja.haha



tempat parking berteknologi tinggi. negeri majula katakan.........



sebahagian rakyat melaka yang cool.....



friendly citizen of melaka. aku tak kenal pun apek ni tapi biasala sebab rakyat melaka sporting maka dia pun menghadiahkan senyuman kat aku.


mat saleh pun terpegun tgk melaka. " i thought i was in europe" kata dia.


satu lagi pic rakyat melaka yang cool di salah satu mercu tanda melaka.


p/s : sampai di sini dulu. ni baru sikit je ni.baru satu dua tempat je.banyak lagi yang aku tak pegi. next time punya cuti aku amik.bukan ape sebagai rakyat melaka aku rasa aku patut berkongsi kemakmuran dan keindahan melaka dengan kau orang semua.datanglah melaka. anda akan terpegun dengan negerinya. ok silakan tengok lagi skali kalo tak puas.........