salamelekom
hidup ni ibarat kita mendaki gunung. pada awal2 pendakian kita akan mendaki di kawasan yang landai dan kurang curam. senang je nak melalui kawasan ni. tapi semakin keatas, maka akan semakin bertambah tingkat kesusahan yang kita perlu lalui. makin lama makin curam. makin susah nak daki. makin berat. pada tahap ni memerlukan usaha yang lebih untuk sampai ke pucak. xjarang jugak ada yang tergelincir dan jatuh. tidak sampai ke puncak. tetapi bagi mereka yang gigih dan berjaya samapi ke puncak, ketika itu tiada apa yang boleh menggambarkan kepuasan bila sudah berjaya sampai ke puncak. segala penat lelah seolah terbayar.
macam tu jugak kita. apabila kita nak mencapai sesuatu, ibarat kita nak mendaki gunung jugak. awal2 macam xde benda sangat. boleh laaa. tapi makin lama makin berat. macam2 problem timbul. macam2 dugaan. waktu ni adalah waktu yang penting.sebab kalau mengalah waktu ni, alamat rugi gilerla kau. ibarat daki gunung, semakin dekat dengan puncak, makin curam, makin susah. kalau waktu sebegini kau mengalah, baik mati je la. sebab dah jauh ke atas kau mendaki. kau nak turun pun susah sebab dah terlanjur tinggi kau daki. lenkali kalau nak mengalah, amik keputusan tu waktu dibawah2 dulu.waktu dikaki gunung. kalau mengalah pun ok xpe sebab kau masih kat bawah. nak turun pun senang. kalau tak mampu nak daki gunung yang ni, boleh kau carik gunung lain yang sesuai untuk kau. ini kalau dah lebih separuh gunung kau daki, tetiba kau rasa xleh pegi, kau jugak yang rugi. rugi giler babi.
jadi moral dia disini, bila kau sudah menetapkan untuk capai sesuatu, kau harus harungi jugak biar apa dugaan yang menimpa kau. kadang2 dugaan yang menimpa kau tu mungkin lebih berat dari orang lain yang mempunyai target yang sama dengan kau. ye la lain orang lain jalan hidup. jangan terlalu nak compare dengan orang sangat. tengok diri kau je. ubah ape yang ada dalam diri kau je.jangan sebok nak bandingkan kau dengan orang lain. walau berat camne pun dugaan, kau harung saja. kalau tak mampu, dari awal2 kau sudah menyerah. jangan sudah lebih separuh jalan baru nak menyerah. bodoh namanya.INSYAALLAH kalau kau sabar dalam mengharungi dugaan tu, kau akan nanti mengecap hasil yang manis.segala jerit payah kau akan terbayar. INSYAALLAH. dengan izin ALLAH. jika kau optimis dengan ALLAH maka ALLAH akan beri kau kemudahan dan jalan keluar. INSYAALLAH. sabar beb.sikit je lagi.ok sampai disini dulu.
30 Nov 2010
19 Nov 2010
dengar cite kau bongok? betulke?
salam alaikum
dah lama tak tulis blog. semenjak dua ni aku banyak buat benda bodo. sebab tu aku rasa cam xsesuai nak update blog dengan nasihat2. sebab diri sendiri xbetul sangat. tapi ALHAMDULILLAH sekarang ni mungkin ade betul sket kot. kepala hotak still xbetul lagi tapi at least xde la teruk sangat. so aku rasa ok kot kalo update blog skang.
kali ni aku cuma nak ajak berfikir jauh sket. kau orang setuju tak kalo aku cakap kita ni sebenarnya bongok? kita concentrate dan struggle giler2 untuk mencapai dekat benda2 yang belum tentu dan kalau benda tu terjadi pun sebenarnya xdela se best mana pun.lebih banyak sia2 je. tapi kita dari kecik sampai besar struggle untuk mencapai benda tu. tapi sebenarnya, ada benda lain lagi yang memang real dan akan menjanjikan hasil yang baik, tapi kita cam buat2 tak tau je.ala kadar je.
aku bagi contoh dunia aku la. dunia perubatan. medical student. biasanya budak2 yang nak jadi doktor ni, dari kecik sampai besar mereka akan berusaha semaksimal mungkin untuk jadi doktor. waktu skolah, belajar cam nak rak. siang pegi skola, petang pegi tuisyen, malam belajar sampai larut. semata2 nak dapat straight A untuk dapat tempat belajar medik( tapi aku dapat medik secara nasib, jadi untuk situasi aku sebagai budak medik, korang abaikan je la). bila dah jadi budak medik, belajar lagi giler2 untuk lulus, supaya tak kena drop out. kuliah, assignment, practical dan macam2 lagi.macam nak pecah otak. bila dah jadi doktor plak,kena housement dua taun. pun macam nak mampos gak. macam2 keja kena buat. macam kuli. silap2 kena maki lagi. pastu dah jadi M.O kena keja dengan government beberapa taun lagi sebelum ada yang boleh cabut pegi private. dan bila dah M.O banyak jugak yang target nak amik specialist plak. tu pun macam haram gak susah. bukan senang nak jadi specialist. dia punya nak lulus tu lagi berat dari waktu time degree dulu. lepas dah jadik specialist plak, bila dah dapat gaji besar dan ada pangkat, jangan ingat penderitaan habis sampai disitu je.memang la gaji besar, tapi dia punya sibuk, kau orang jangan lupa plak.bila jadik specialist, maka kau akan berkorban dengan masa plak. semua orang refer kat kau, consult kat kau.jadi kau punya masa luang sudah tinggal sedikit. duit banayk tapi masa takde pun ape guna jugak? nak luangkan masa dengan family dan kengkawan pun dah takde sangat.
daripada contoh yang panjang lebar yang aku bagi kat atas, aku rasa kau orang mesti dapat tangkap apa maksud aku kenapa kita sebenarnya bongok. kebanyakan dari kita struggle untuk mencapai sesuatu yang belum tentu dan tak berlebihan aku katakan sia2. tapi sedikit sahaja dari kita yang struggle untuk sesuatu yang konkrit dan lebih menjanjikan.paham tak maksud aku ni? harap2 kau orang paham le. senang cerita, sebe2 narnya kita kat dunia ni lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga serta usaha kita untuk dunia lebih dari usaha untuk akhirat. sedangkan dunia ni tak lebih dari permainan dan tipu daya sahaja. indah khabar dari rupa. kenikmatan sesaat sahaja. tapi yang sesaat itulah yang berduyun2 orang dok kejar dan tergila2. tapi bila masuk hal2 yang berkaitan akhirat, kita buat pandang sebelah mata je. asal cukup syarat je. buat2 macam tak penting sangat. padahal akhirat tu merupakan benda yang paling konkrit bagi kita semua. benda yang kita semua akan pasti melalui hari tu nanti.syurga dan neraka itu juga benda yang sangat pasti bagi kita. tapi kita punya tindakan selalu macam seolah2 syurga dan neraka tu benda yang tak pasti bagi kita.samar2.
tujuan aku tulis topik kalini adalah untuk mengajak korang berfikir dan bermuhasabah sedikit la tentang benda ni. duduk rilek kejap dan berfikir sejenak. kat mane posisi kita? aku pun tak tau mana posisi aku. nak cakap kejar dunia, xde pun aku study hard dan kejar untuk xcell dalam xam.malas memanjang. nak kata kejar akhirat, pun takde jugak.ntah kat mane la posisi aku.bawah lagi kot.adoyai. kalau korang ade idea dan nasihat bernas tolong2 le kongsi dan bagi kat aku eh. sampai disini dulu topik kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)