21 May 2009

SAMSENG KE??????


WASSALAMUALAIKUM. tadi aku g tolong mama( makcik aku) katering. ngn spupu2. pastu time2 luang plak tetiba terbukak topik pasal bergaduh, fight, sparring, gangster, kisah2 gangsterisme dlm keluarga aku dan sebagainya. aku pun xtau camne tetiba bleh terbukak topik ni. pernah x korang bergaduh? xkirala bergaduh mulut ke atau fizikal. kenapa korang bergaduh tu? sebab xpuas ati ke atau sebab defend diri sendiri ke atau sebab nak tunjuk power ke atau sebagainya. lepastu plak lagi satu aku nak tanya camne plak cara korang bergaduh tu? adakah dengan gado koboike atau pukul lari ke atau dengan cara lain?
aku pun bukak topik ni pun bukan ape. saja je. mungkin korang ade pengalaman yang buruk yang melibatkan pergaduhan yang mungkin boleh dikongsi dan kita amik iktibar daripadanya. mungkin ko rang dah terpukul anak orang sampai cacat ke atau mungkin kalo bagi perempuan yang menggunakan kata2, mungkin korang dah terkeluarkan sebuah kata2 yang sangat kasarke sampai orang sakit hatike. sape tau kan? masing2 ada pengalaman masing2. dan mungkin bagi sesiapa yang dah cross the line to mungkin korang dah menyesalke atau mungkin korang puas dengan perbuatan korang.semua tergantung dengan diri masing2.
kalo bagi aku pulak, aku xpernah bergaduh. dalam erti kata aku xpernah ada musuh dan bergaduh dengan orang. kalo aku nak fight, biasanya aku sparring. maksudnya disini adalah friendly fight. no heart feeling. walaupun sparring bukan di gelanggang( biasa kat bilik bacaan, tapi ada skali kat surau skola aku pun ade gak, tindakan yang bodoh gakle) tapi aku menganggap itu sebagai sportifitas.sebab tiada permusuhan antara aku dan opponent aku. tu pun dah lama dah x sparring dah, kat skola dulu last. skang badan dah gemok camne nak sparring. haha
so main point aku disini adalah janganlah kita bermusuh2an dan menjadi samseng. sini xpuas ati, sana nak pukul. mentang2lah kita ada ilmu tinggi, buah ini buah itu, dibelakang kita banyak backup. itu adalah perkara yang buruk. buat ape nak carik musuh? kalau ada orang carik gado, sepatutnya kita menggunakan cara diplomasi dan berhikmah. cakap slow2, dan redakan kemarahan musuh kita dgn kata2 yang bijaksana. kalau tidak berhasil juga, angkat kaki, blah saja kerana mungkin itu lebih berkesan. kerana mungkin kita juga boleh terpancing emosi jika kita juga bertahan disitu. kalo xbleh jugak, dan terpaksa guna kekerasan, barulah kita menggunakan kekerasan itu. itu pun harus diingat, pertahankan diri sahaja, jangan sampai melebih2.
aku paham, kekadang kita ni xtahan, kekadang seseorang tu ada la belajar ilmu ni, ilmu tu dan kekadang seseorang tu nak jugak menggunakan ape yang dia blajar. nasihat aku kalo nak try jugak masuk gelanggang, masuk turnament, baru btol, baru sportif camtu. baru sehat. macam member kita si nabil 07 tu. masuk silat olah raga. moga2 ko berjaya nabil ( kalo dia tau la blog aku ni).
lagi satu smalam time blaja ngn ustad ade satu quote yang ustad tu bitau. kalau seseorang itu mendapatkan kasih ALLAH kita boleh tau dengan orang itu akan dikasihi oleh banyak orang. tetapi jika orang itu dibenci ALLAH ketahuilah dengan manusia itu dibenci oleh orang banyak. jadi banyak gado banyak musuh, banyak musuh ramai benci, ramai benci ALLAH pun benci, ALLAH benci semua pun yang kita lakukan tidak berguna lagi. sekian wassalam.

19 May 2009

kau ingat kau bagus ke?

smalam g blaja kat mesjid blaja tasauf. ustad cite pasal tawakal. tawakkal ni wajib sebenarnye untuk korang yang xtau. tawakkal ni bukan bile kita berharap sesuatu je kita tawakkal. setiap masa kita sepatutnya bertawakkal meskipun benda itu sesuatu yang kita rasa kita konfirm akan dapat.jangan kita ingat sesuatu yang kita dapatkan itu adalah 100% dari usaha kita sendiri.kita lulus xam sebab kita studi kuat contohnya.kalo ALLAH x izinkan xdapat punya.
seorang cerdik pandai dengan kepandaiannya itu dia mendapatkan pekerjaan atau bisnes yang bagus sehingga menjadi jutawan, walaupun dia mempunyai kepandaian tetap harus twakkal dan berserah diri pada ALLAH. cuba bayangkan jika ALLAH tarik nikmat kepandaian tu? tetiba dia jadik giler? ha ape nak buat? nak mampos?( haha sedikit berjenaka kasar ala org melaka). disinilah peranan tawakkal itu.kita sentiasa berserah diri dan berharap kepada ALLAH walau ape jua nanti dihadapkan dengan dugaan. dengan berbuat demikian barulah kita sentiasa dibawah pemeliharaan dan perlindungan dari ALLAH. dengan itu tidak ade ape yang perlu digentarkan untuk kita meneruskan kehidupan kita kerna kita tau ada yang melindungi kita. bukan nye kita mintk perlindungan dari gangster ke, politicianke, bomoh ke. BULLSHIT semua itu.

satu lagi ni sekadar berkongsi ilmu sket. ustad tu ajar kita kalo nak berkat dengan ape yang kita ade amalkan doa ni.simple je. ALLAHUMMA BARIKLANA WAZIDNA KHAIRAN MINHU. maksudnya berkatilah atas kami YA ALLAH dan tambahkanlah dengan yang lebih baik YA ALLAH.mudah2an semua yang kita ada diberkati dan ditambahkan dengan lebih baik lagi. dengan rezki yang berkat barulah kita akan rasa cukup walaupun sedikit. kalo rezki xberkat banyak mane pun xcukup.

14 May 2009

jomle........

sblum tu aku nak mintak maap kat koang yang post komen tapi aku lambat balas. kat umah aku internet problem. ingat bleh ar online tetiap hari skali lansung xbleh online.sori ar.ni pun aku g umah sdare online.

kemarin aku pergi buat bekam. memang dah lame nak try tapi kemarin baru dapat. syukur gak le akhirnya dapat gak berbekam. sekadar nak kongsi yang bekam ni kan salah satu sunnah nabi dan xsilap aku ade hadis yang mengatakan sebaik2 pengubatan adalah bekam. boleh menyembuhkan lebih 70 penyakit BIIZNILLAH. biasanya bekam ni yang basic buat kat area dari pinggang ke tengkuk.sebab internal organ banyak kat situkan. so dari ape yang aku tgkla bekam ni dia tarik darah dan toksik2 yang kotor dibawah lapisan kulit kita.aku xrasa darah dari vein atau arteries tapi mungkin darah yang kat kapilari kot.ntahla ni rasa2 je.

aku rasa semua org tau bekam tu camne cara dia. ade gakla sakit sket sebab dia ada iris2 kulit kita sebab nak mempermudah keluar darah kotor tu. tapi hasilnya memang banyak darah kotor yang kluar.bukan warna merah je, ntah warna ape ntah yang lain pun ade gak.aku rasala mungkin sebab pemakanan dan gaya hidup kot sebabtu banyak toksin and thus lead to many disease.

lagi satu yang aku nak share kat sini aku rasa ade bagus jugak kalo kita ni ade tambahan ilmu perubatan islam cam bekam ni.1st sebab perubatan islam ni kita memang xyah nak ragu lagi sebab berlandaskan quran dan sunnah, 2nd aku rasa field kita ni cam parallel dan sesuai untuk kita add xtra knowledge kat situ.satu lagi kita pun bleh tambah income beb.haha. serius. tempat aku bekamni, satu cup dia charge rm15. aku plak aritu dekat 30 cup dia pasang kat badan aku. kali sendiri ar brape.tu baru sorang. kalo spulo org? dua puloh? perghhhh. tapi xyah ar jadikan profit sebagai sebab utama. tu taruk kat sebab no 10 ke 20 ke xpe ar.

orait tu je kot. sebagai kesimpulan, aku rasa xkirala laki ke perempuanke banyak advantage kita buat bekam ni.at least sehat kita dapat, pahala sunnah pun dapat.so marilah kita berbekam.kat makassar pun ade gak tempat bekam.kalo nak aku ade member sorang ustad pks ni dia memang buat bekam ngn bini dia. orait tu je ar.tq and wassalam.