25 Oct 2009

aduh stress giler arrrrr...............

salam........

lumrah bagi student untuk merasakan stress dan hilang semangat lebih2lagi apabila bersangkutan dengan exam. tapi kalo dilayankan sangat perasaan stress dan down tu alamat xhabisle jawabnya.buat bodo saja. lama2 akan berlalu masa2 suram itu.buat ape kau fikirkan lame2? benda dah berlalu bukannya kau boleh kembali ke masa itu.kau ingat ni cam citer back to the future ke? daripada kau terlalu memikirkan maslah kau tu lebih baik kau fikirkan jalan penyelesaian lagi berfaedah. gagal sekali bukan berarti gagal selamanya. tiada istilah gagal melainkan kalo ko gagal mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH ketika kau menghembuskan nafas terakhirmu. itulah istilah gagal yang sebenarnya. irreversible, fatal dan no turning back. sedangkan gagal yang lain itu bukanlah gagal namanya melainkan kau boleh mengubah dan membetulkannya. kau paham maksud aku? kau nak pertolongan disaat kau memerlukan? senang saja lakukan perkara yang sama kepada orang lain diwaktu kau sedang senang.nescaya diwaktu kau susah nanti ALLAH lah yang akan membuka jalan bagimu akibat dari perbuatan baikmu sewatu kau senang dulu. dan ingat pada akhirnya nanti kau pasti jua akan menyelesaikan studimu dan apa jua yang kau usahakan itu. it is just a matter of time. glory is in front of u. a lil bit of effort, believe, faith, pray and struggle will send u directly to it. like i just said before, IT IS JUST A MATTER OF TIME.....................

11 Oct 2009

Sekali sekala menggunakan kepala hotak

salam

entri kalini mengajak koang untuk berfikir simple tapi bermakna besar. pernah tak kau fikir betapa besarnya saiz badan kita ni jika nak dibandingkan dengan seekor semut? betapa giganticnya kita kalo nak buat perbandingan. tapi pernah tak kau fikir jugak betapa kecilnya saiz kita ni jika nak dibandingkan dengan saiz bumi.lebih kecil dari titik yang kecil kalo nak buat perbandingan. Lepas tu plak pernah tak kau terfikir bahwa jika dibandingkan bumi dengan galaksi2 yang entah berapa jumlahnya, bumi ni pun sangat kecil mungkin lebih kecil daripada titik jika nak dibuat perbandingan. Dan daripada semua perbandingan2 itu pernah tak kau terfikir bahwa ALLAH MAHA BESAR DENGAN MENCIPTAKAN SEMUA ITU!!!!! dari yang sekecil2 makhluk sampai dengan sebesar2nya semua itu ALLAH yang cipta! semuanya diciptakan dengan sebegitu detailnya dan masing2 mempunyai peranan masing dan ALLAH tidak pernah lepas kontrol terhadap semua ciptaanNYA. SUBAHANALLAH.

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. " Ar-Ra'd 13 : 3