11 Oct 2009

Sekali sekala menggunakan kepala hotak

salam

entri kalini mengajak koang untuk berfikir simple tapi bermakna besar. pernah tak kau fikir betapa besarnya saiz badan kita ni jika nak dibandingkan dengan seekor semut? betapa giganticnya kita kalo nak buat perbandingan. tapi pernah tak kau fikir jugak betapa kecilnya saiz kita ni jika nak dibandingkan dengan saiz bumi.lebih kecil dari titik yang kecil kalo nak buat perbandingan. Lepas tu plak pernah tak kau terfikir bahwa jika dibandingkan bumi dengan galaksi2 yang entah berapa jumlahnya, bumi ni pun sangat kecil mungkin lebih kecil daripada titik jika nak dibuat perbandingan. Dan daripada semua perbandingan2 itu pernah tak kau terfikir bahwa ALLAH MAHA BESAR DENGAN MENCIPTAKAN SEMUA ITU!!!!! dari yang sekecil2 makhluk sampai dengan sebesar2nya semua itu ALLAH yang cipta! semuanya diciptakan dengan sebegitu detailnya dan masing2 mempunyai peranan masing dan ALLAH tidak pernah lepas kontrol terhadap semua ciptaanNYA. SUBAHANALLAH.

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. " Ar-Ra'd 13 : 3

No comments:

Post a Comment