8 Jan 2012

mungkinkah nek long penghuni syurga? (re-post)

assalamualaikum

hari ni saya nak kongsi kisah tentang arwah nenek sedara yang saya panggil nek long. dan mudah2an menjadi inspirasi kepada semua

Nek long meninggal waktu taun 2004 atau 2005 saya agak2 lupa. neklong menghidap barah payudara. semasa hidupnya nek long adalah orang yang sebaik2 manusialah dalam bahasa sederhananya.sesiapa yang mengenal nek long pasti akan menyayangi neklong tak kira keluarga atau bukan. tak pernah saya dengar orang cerita yang xbest pasal nek long. nek long dan nenek saya kedua-duanya merupakan jenis manusia yang senang disayangi sebab mereka dua2 lembut dan sangat baik.even yang tiada ikatan darah pun akan sayang dengan neklong. kalo ibadat tu jangan cakaplah memang amalan hari2 dah.qiamullail macam dah jadi darah daging .tu belum lagi dengan zikir yang sentiasa menjadi pembasah bibir.ini cerita betul

ok tu sebagai intro. sebenarnya saya nak kongsi satu sifat baik yang ada pada neklong yang saya rasa mungkin penyebab dia meninggal dalam husnul khatimah. ni mak saya cerita pada saya. mak saya cakap salah satu sifat mahmudah yang ada pada neklong adalah beliau seorang yang sangat taat pada suami. banyak cerita yang mak beritahu tentang taatnya neklong pada suaminya itu. salah satunya adalah dia tidak pernah membantah suami.pernah satu malam waktu neklong dah tidur(mungkin dalam pukul 2 atau 3 malam), suami dia baru pulang ke rumah. dia kejutkan neklong yang sedang tidur supaya mintak tolong gorengkan telor sebab dia nak makan. neklong tanpa membantah atau mengeluh terus bangun dan gorengkan telor untuk suaminya itu.sampai begitu sekali taatnya pada suami. pernah jugak mak saya dengar datuk sedara saya cakap kat neklong camni,
" syam, kalau macamnilah taatnya kau pada aku, masuk syurga kau syam" (nama neklong saya norsyam). sampai macam tu skali.berapa banyak diantara isteri2 yang suaminya cakap camtu? ntahla saya pun xtau sebab belum kawen lagi. tapi nek long membuat saya kagum dengan ketaatannya pada suami. isteri solehah dalam erti kata yang sebenar.

ok skang kita masuk kepada detik2 terakhir neklong .kenapa saya cakap mungkin neklong husnul khatimah? sebab dari tanda2 waktu sakaratul maut dah menunjukkan neklong meninggal dalam keadaan beriman. saya ingat lagi waktu tu saya kat metrik sewaktu mak saya call untuk jemput saya balik sebab neklong dah nazak. neklong mula nazak mungkin waktu pagi sampai tengah hari.dalam pada tu xhenti2 neklong sebut nama ALLAH.makcik saya yang duduk sebelah neklong jadi saksi.apabila tiba waktu zohor, walaupun dalam keadaan nazak, neklong masih sempat lagi untuk sembahyang zohor. dibantu oleh anak2 dan anak sedara neklong pun dapat solat zohor sampai selesai. akhirnya neklong menghembuskan nafas terkhirnya lebih kurang dalam hujung waktu zohor sebelum nak masuk asar. nek long saya meninggal dalam keadaan tidak ada berhutang satu solat pun. subahanallah!

sewaktu nak hembuskan nafas terakhir, sebutan nama ALLAH tetap tak lekang dari mulut neklong.nek long mengakhiri hidupnya dengan sangat senang tanpa ada hambatan. lepas tu proses mandi kapan dan kebumikan jenazah dibuat pada malam tu jugak dan prosesnya sangat senang.saya ingat waktu tu pakcik saya bagitau yang waktu nak kebumikan neklong rasa senang sangat macam xde beban pun. ada tambahan lagi. selang beberapa hari lepas pemergian neklong , salah sorang makcik saya ada bermimpi melihat neklong dalam pakaian putih bersih dan duduk bersama orang2 yang berpakaian putih bersih jugak. mereka duduk berkumpul seperti sedang mendengar khutbah. makcik saya tengok neklong senyum pada makcik saya dari jauh. wallahua'lam. saya cuma dengar ini sebagai khabar gembira untuk neklong mudah2an.

ok itulah kisah yang saya nak kongsi kat pada semua.semoga jika anda seorang perempuan, anda menjadi isteri solahah kepada suami anda, dan jika anda seorang laki2, anda menjadi suami soleh yang memberi keredhaan pada isteri sehingga isteri anda boleh masuk syurga.harap2 ada teladan yang kita boleh dapat dari kisah neklong ni.