21 Jul 2009

bangga je kau ye aku tulis macamni.......

salam

entri simple lagi kalini. dan mungkin kali ni punya entri akan membuat sesetengah golongan kembang dan setengah golongan lagi merasakan yang sebaliknya. tapi yang penting kat sini aku xmo menyakitkan hati sesiapa. apa lagi kau yang membaca ini. ni benda subjektif dan masing2 boleh menyuarakan pendapat memasing.

aku dok kat makassar ni dah dekat 4 taun dah. dan selama tu gak la macam2 benda yang aku perhatikan dan observasi. antara yang aku observasi adalah perbandingan antara wanita2 yang disini dan juga wanita2 yang senegara dengan aku. sebelum aku datang kat sini antara kata2 yang biasa dilemparkan pada aku, yang paling common tentang wanita ialah " jangan ko sangkut kat cewek2 sana sudahla"

aku harap korang masih bisa menangkap dan mengerti apa yang aku cuba sampaikan kat sini.ok aku lanjutkan. oleh kerna dah 4 taun aku kat sini, maka setelah aku membuat perbandingan, aku rasa aku xtertarikla dengan pompuan kat sini.bukan maksud aku memperkecilkan atau melekehkan mereka, tidak sekali!.tapi bagi aku, aku lebih tertarik kepada pompuan yang senegara dengan aku. mungkin atas sebab beberapa faktor.

yang pertama aku rasa pompuan senegara dengan aku ada satu faktor yang best iaitu lemah lembut.mungkin memang budaya kita menjadikan mereka sebegitu. aku xcakap golongan pompuan yang satu lagi kasar, tapi kalo nak dibandingkan, yang senegara dengan aku lebih lemah lembut lagila.tapi kalo yang terlampau lemah lembut, sampai cakap pun ala2 manje dan gedik, itu pun xbest gak.mengada2 bagi aku.

yang kedua kalo mengikut aku, mungkin dari faktor pemakaian. awek2 senegara aku rata2 pemakaian mereka adalah pemakaian yang sopan dan enak mata memandang. lebih2 lagi golongan muslimah, yang memakai tudung labuh, baju yang labuh, menutup aurat mengikut syariat ditambah pula dengan rupa paras yang ayu, pergh, lebih menjadikan aku dug dag2 bila melihat korang(tanpa ade elemen nafsu disini ok). kalo melihat golongan yang begini, manjadikan aku hormat pada korang kerna bukan senang untuk begitu tapi kalian bisa begitu kerana mengikut suruhan islam.disaat yang lain berlumba2 menunjukkan apa yang sepatutnya mereka tutup tapi kalian telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadi hamba ALLAH yang mengikut perintahNYA.teruskan.

masih mengenai faktor diatas, wanita disini juga banyak yang menutup aurat properly,(akhawat), tapi dari yang aku lihat, untuk wanita senegara dengan aku, wlaupun mereka menutup aurat properly, tapi mereka masih boleh memasukkan unsur gaya dalam pemakaian mereka, seperti tudung yang disilang ( tudung wardina ke?) dan sebagainya.

yang ketiga menurut aku mungkin ni faktor minor je. perbedaan bahasa. agaknye dah terbiasa kot dengan bahasa melayu.

mungkin tu kot faktor2 yang menyebabkan aku lebih mempunyai ketertarikkan kepada wanita senegara aku. bukan kat sini xde yang lawa, banyak beb yang lawa2 tapi mungkin mindset aku yang menyebabkan tidak ada ketertarikan disitu.so kepada wanita senegara aku, kalo koang membaca ni dan korang nak bangga dan kembang, suka ati koangla. aku cuma sekadar memberi opinion aku sahaja. dan mungkin ada wanita disini yang terbaca blog aku ni. aku minta maaf pada kalian. bukan aku meng attack kalian tapi ini cuma pendapat dan opini aku sahaja.kalian juga tidak kalah hebatnya.ok no heart feeling.wassalam

19 Jul 2009

berdialog dibawah pokok

aku : doc saya begitu hairan sekali mengapa didunia ini ada orang yang hatinya baik, menghormati orang lain dan dalam bersamaan ada juga orang yang punya hati yang kurang baik, dan memandang rendah orang? itu kalo dari aspek neurologi bisa dikaitkan ngak?

doc : begini dek, sebenarnya itu tergantung kepada perseptif orang.setiap orang itu mempunyai persepsi yang berbeda terhadap orang lain. ada bagian didalam(aku lupa la dr cakap kat mane) otak dimana terdapat pusat persepsi kita dan setiap orang berbeda2 persepsinya pada orang lain.ada yang menganggap dirinya lebih superior dari yang lain makanya dia memandang rendah orang lain.semuanya itu tergantung pada pusat persepsinya didalam otak.

aku : artinya itu semua dikembalikan kepada ALLAH doc ya? kalo seperti kita2 ini ALLAH telah menganugerahkan kita pusat persepsi yang baik makanya kita tidak memandang rendah dan berlaku jahat terhadap yang lain?

doc : ya dek, SUBAHANALLAH coba kau lihat luar biasanya tuhan menjadikan proses2 yang berlaku didalam otak kita. semakin banyak yang saya pelajari maka semakin saya lihat kebesaran tuhan. semuanya bisa dihubungkan dengan ilmu pengetahuan. saya kasi satu contoh, bagaimana, dalam satu keluarga, dua beradik itu bisa berbeda sifatnya sedangkan dididik dan hidup pada persekitaran yang sama.

aku : mengapa bisa begitu doc?

doc : ini bisa dikernakan oleh yang namanya plastisitas(sori ar aku pun xtau camne nak eja ngn betol) didalam otak. mungkin waktu anak pertama dilahirkan kerna masih belum berpengalaman, dibiarkan, tidak diusap2 kepalanya saat setelah dilahirkan, sedangkan anak kedua, setelah dilahirkan, diberi lebih perhatian dan diusap2 kepalanya saat setelah melahirkan. maka itu nanti kedepannya bisa menyebabkan perbedaan sifat antara dua beradik itu. disamping juga nanti kedepannya ditambah dengan faktor2 lain.

aku : jadi sampai sebegitu detailnya doc?

doc : ya.

aku : luar biasa sekali kalo begitu.


p/s- sebenarnya dr terangkan kat aku detail tapi aku pun lupa2 ingat so aku gambarkan dialog ini secara umum saja. tujuannya supaya nak berkongsi kebesaran ALLAH. disamping kita ni muda2 dan banyak buat jahat aku rasa xsalah kita relaks sejenak dan pikirkan kebesaran ALLAH.kalau kita berfikir maka kita senang2 je boleh bertemu dengan kekuasaan dan kehebatan ALLAH.

12 Jul 2009

aku mencuba saja......

disini,
di malam yang sepi ini,
di ruangan wad saraf ini,
yang sudah 5 hari kulalui,
banyak yang aku bisa pelajari,

disini,
aku melihat besarnya nikmat,
tatkala kita diberi sihat,
sedangkan aku juga melihat,
mereka yang sehari2 diberi obat,
tubuh kaku seperti diikat,
apapun tak bisa dibuat,
kembali terfikir dan teringat,
waktu dulu pernah aku sihat,

disini,
aku melihat kasih sayang bersemi,
kasih ibu dan anak tiada terganti,
kasih isteri pada suami,
kasih saudara pada saudari,
sungguh suci sungguh murni,
kasih yang tiada terperi,

disini,
disini juga aku sayangkan,
banyaknya aturan- aturan,
sedikit untung banyak dirugikan,
yang kurang mampu rasa terbeban,
terhadnya kelengkapan,
jauh dari nyaman,
inikah hasil dari pemerintahan yang kita banggakan?

wahai pesakit maafkan aku,
kerna tidak banyak yang aku mampu,
bukan niatku untuk begitu,
membiarkanmu terus kaku dan layu,
tapi kerna masih sedikit ilmuku,
kerna duniaku ini masih baru,
kuberharap dalam hatiku,
semoga deritamu dapat berlalu,
dengan doa dan izin restu,
dari Tuhan Yang Maha Satu...........

9 Jul 2009

wei budak! tu mak bapak ko panggil tu...........

salam

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”

Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”


sekadar renungan.......
pikir2la balik tentang hadis diatas ni. pastu kita kelaskan diri kita kat dalam golongan mane? anak soleh ataupun haprak xbleh pakai?takat sayang sekadar diperasaan je tetapi tidak pada tempat lain xguna jugak. sebagai anak, ade x kita doakan mak bapak kita tetiap hari? ataupun kita sembahyang pun tunggang terbalik inikan pulak nak doakan mak bapak? pikir2kan.....

kalo mak aku, dia setiap kali sembahyang setiap itulah dia doakan aku. dan aku yakin mak bapak korang pun sama. so kita sebagai anak, nak jadi ape kalo doakan mak bapak pun kita xnak? dah la mak bapak kita dah korbankan berpuluh taun hidup diorang untuk kita. korang ingat mak bapak kita tu xde ke keinginan kat dunia? diorang pun ade gak rasa nak beli ni, nak beli tu,nak buat ini, nak buat itu.tapi sebab anak punya pasal, impian mereka semua itu mereka sanggup ketepikan. selama umur kita tinggal ngn mak bapak kita, selama itu jugalah mereka telah mengorbankan masa dan tenaga serta semuanya kepada kita.

so sebagai anak, janganlah kita menjadi orang yang bangsat.cuma ingat mak bapak bile time ade problem saja.bila dgn member2 atau dengan awek mak bapak dilupakan.setakat rasa sayang dalam hati je(maksud aku perasaan sayang je) buat ape? ape mak bapak ko dapat? xdapat ape2 beb! nak bayar balik dengan duit? toksah mimpilah boleh bayar balik.

satu je yang boleh buat mak bapak kita rasa terbayar penat lelah diorang besarkan kita. Doakan kesejahteraan mak bapak kita setiap waktu. tu macam hadis kat atastu. selagi masih hidup, kita doakan mereka sehat, diampunkan dosa dan sebagainya, terus kalo mampu kita senangkan makbapak kita dengan kesenangan dunia. tapi yang paling penting adalah kita tetap melanjutkan doa kita kepada mereka even setelah meninggal dunia.baru diorang bahagia. senang cite kita menjadi anak yang membuat mereka masuk syurga. tu yang paling penting beb, tu la impian setiap orang tua kalau nak diikutkan sebenarnya.

pergh panjang jugak last2.aku ingat nak tulis sikitje. cam biasa sebagai penutup bila korang baca hadis kat atastu kan, pastu korang pikir2la balik betolke aku ni sayang kat mak bapak aku? anak jenis ape aku ni kalo sampai nanti mak bapak aku mandul sebab aku? jangan sampi nanti bila kat akherat mak bapak kita selangkah saja lagi nak masuk syurga tapi sebab kita, mereka ditarik keneraka? NAUZUBILLAH. ya ALLAH, kau jadikanlah kami anak2 yang bisa memberi manfaat kepada ibu bapa kami didunia, dikubur dan diakhirat. AMIN.

1 Jul 2009

hoi kao ingat lagi x? meh sini aku ingatkan.....

salam.

dah lame dah sejak peristiwa israel menyerang gaza aritu. bulan 12 taun lepas xsilap. skang ni pun aku yakin serangan tetap dilancarkan oleh israel laknat tu. cuma media dan surat khabar dah x gencar2 cam time bulan 12 aritu. xpe media xlaporkan pun xpe ALLAH tetap akan tolong lindungi Pelestin tu insyaALLAH.

aku ingat lagi sejak dari peristiwa serangan bulan 12 tu la aku stat boikot produk2 yahudi yang major seperti McD, KFC, dunkin doughnut, burger king, coke dan sebagainya. syukurla sampai skang boikot tetap jalan.

camne ngn korang? masih boikot? harapan aku supaya kita tetap sama2 boikotla ek. at least major product cam yang aku sebut kat atas tu.

camne dgn doa? masih mendoakan sedara2 muslim kita kat palestin tu? harap2 masih trusla kita sama2 doakan mereka.

bukan ape saja je aku mengingatkan pada diri aku dan semua umat muslim yang masalah mereka tu masalah kita gak. at least dgn doa dan boikot ni sekurang2nya adalah sikit yang kita bantu. jangan kita dah le xdoakan, xambil kisah, pastu tolong plak bunuh saudara2 kita kat palestin tu dengan sumbang kat yahudi sial tu. ape cite?

at least kita ni jadi la cam burung seperti pada zaman nabi ibrahim sewaktu nabi ibrahim dibakar. sewaktu burung tu cuba tolong nabi ibrahim dengan mencurahkan air dari paruh mereka yang kecil kedalam api yang sangat marak menjulang, burung ditanya mengapa burung tetap membantu nabi sedangkan burung tau yang dia xkan berhasil pun memadamkan api tu. burung ni menjawab yang walaupun dia tahu usaha dia tu xkan berhasil tetapi setidaknya nanti bila diakhirat apabila ditanya apa yang dia telah perbuat untuk bantu nabi ibrahim, ada jawapan yang boleh diberi.

so ape lagi? burung pun bleh pikir camtu. kita manusia xkanlah xde hati nurani kot. so mulailah kita stat boikot dan mendoakan balik saudara2 kita dipalestin tu. janganlah pikir diri sendiri saja tapi sesekali pikirlah pasal umat islam.