9 Jul 2009

wei budak! tu mak bapak ko panggil tu...........

salam

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”

Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”

Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”


sekadar renungan.......
pikir2la balik tentang hadis diatas ni. pastu kita kelaskan diri kita kat dalam golongan mane? anak soleh ataupun haprak xbleh pakai?takat sayang sekadar diperasaan je tetapi tidak pada tempat lain xguna jugak. sebagai anak, ade x kita doakan mak bapak kita tetiap hari? ataupun kita sembahyang pun tunggang terbalik inikan pulak nak doakan mak bapak? pikir2kan.....

kalo mak aku, dia setiap kali sembahyang setiap itulah dia doakan aku. dan aku yakin mak bapak korang pun sama. so kita sebagai anak, nak jadi ape kalo doakan mak bapak pun kita xnak? dah la mak bapak kita dah korbankan berpuluh taun hidup diorang untuk kita. korang ingat mak bapak kita tu xde ke keinginan kat dunia? diorang pun ade gak rasa nak beli ni, nak beli tu,nak buat ini, nak buat itu.tapi sebab anak punya pasal, impian mereka semua itu mereka sanggup ketepikan. selama umur kita tinggal ngn mak bapak kita, selama itu jugalah mereka telah mengorbankan masa dan tenaga serta semuanya kepada kita.

so sebagai anak, janganlah kita menjadi orang yang bangsat.cuma ingat mak bapak bile time ade problem saja.bila dgn member2 atau dengan awek mak bapak dilupakan.setakat rasa sayang dalam hati je(maksud aku perasaan sayang je) buat ape? ape mak bapak ko dapat? xdapat ape2 beb! nak bayar balik dengan duit? toksah mimpilah boleh bayar balik.

satu je yang boleh buat mak bapak kita rasa terbayar penat lelah diorang besarkan kita. Doakan kesejahteraan mak bapak kita setiap waktu. tu macam hadis kat atastu. selagi masih hidup, kita doakan mereka sehat, diampunkan dosa dan sebagainya, terus kalo mampu kita senangkan makbapak kita dengan kesenangan dunia. tapi yang paling penting adalah kita tetap melanjutkan doa kita kepada mereka even setelah meninggal dunia.baru diorang bahagia. senang cite kita menjadi anak yang membuat mereka masuk syurga. tu yang paling penting beb, tu la impian setiap orang tua kalau nak diikutkan sebenarnya.

pergh panjang jugak last2.aku ingat nak tulis sikitje. cam biasa sebagai penutup bila korang baca hadis kat atastu kan, pastu korang pikir2la balik betolke aku ni sayang kat mak bapak aku? anak jenis ape aku ni kalo sampai nanti mak bapak aku mandul sebab aku? jangan sampi nanti bila kat akherat mak bapak kita selangkah saja lagi nak masuk syurga tapi sebab kita, mereka ditarik keneraka? NAUZUBILLAH. ya ALLAH, kau jadikanlah kami anak2 yang bisa memberi manfaat kepada ibu bapa kami didunia, dikubur dan diakhirat. AMIN.

1 comment: