21 Jul 2009

bangga je kau ye aku tulis macamni.......

salam

entri simple lagi kalini. dan mungkin kali ni punya entri akan membuat sesetengah golongan kembang dan setengah golongan lagi merasakan yang sebaliknya. tapi yang penting kat sini aku xmo menyakitkan hati sesiapa. apa lagi kau yang membaca ini. ni benda subjektif dan masing2 boleh menyuarakan pendapat memasing.

aku dok kat makassar ni dah dekat 4 taun dah. dan selama tu gak la macam2 benda yang aku perhatikan dan observasi. antara yang aku observasi adalah perbandingan antara wanita2 yang disini dan juga wanita2 yang senegara dengan aku. sebelum aku datang kat sini antara kata2 yang biasa dilemparkan pada aku, yang paling common tentang wanita ialah " jangan ko sangkut kat cewek2 sana sudahla"

aku harap korang masih bisa menangkap dan mengerti apa yang aku cuba sampaikan kat sini.ok aku lanjutkan. oleh kerna dah 4 taun aku kat sini, maka setelah aku membuat perbandingan, aku rasa aku xtertarikla dengan pompuan kat sini.bukan maksud aku memperkecilkan atau melekehkan mereka, tidak sekali!.tapi bagi aku, aku lebih tertarik kepada pompuan yang senegara dengan aku. mungkin atas sebab beberapa faktor.

yang pertama aku rasa pompuan senegara dengan aku ada satu faktor yang best iaitu lemah lembut.mungkin memang budaya kita menjadikan mereka sebegitu. aku xcakap golongan pompuan yang satu lagi kasar, tapi kalo nak dibandingkan, yang senegara dengan aku lebih lemah lembut lagila.tapi kalo yang terlampau lemah lembut, sampai cakap pun ala2 manje dan gedik, itu pun xbest gak.mengada2 bagi aku.

yang kedua kalo mengikut aku, mungkin dari faktor pemakaian. awek2 senegara aku rata2 pemakaian mereka adalah pemakaian yang sopan dan enak mata memandang. lebih2 lagi golongan muslimah, yang memakai tudung labuh, baju yang labuh, menutup aurat mengikut syariat ditambah pula dengan rupa paras yang ayu, pergh, lebih menjadikan aku dug dag2 bila melihat korang(tanpa ade elemen nafsu disini ok). kalo melihat golongan yang begini, manjadikan aku hormat pada korang kerna bukan senang untuk begitu tapi kalian bisa begitu kerana mengikut suruhan islam.disaat yang lain berlumba2 menunjukkan apa yang sepatutnya mereka tutup tapi kalian telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadi hamba ALLAH yang mengikut perintahNYA.teruskan.

masih mengenai faktor diatas, wanita disini juga banyak yang menutup aurat properly,(akhawat), tapi dari yang aku lihat, untuk wanita senegara dengan aku, wlaupun mereka menutup aurat properly, tapi mereka masih boleh memasukkan unsur gaya dalam pemakaian mereka, seperti tudung yang disilang ( tudung wardina ke?) dan sebagainya.

yang ketiga menurut aku mungkin ni faktor minor je. perbedaan bahasa. agaknye dah terbiasa kot dengan bahasa melayu.

mungkin tu kot faktor2 yang menyebabkan aku lebih mempunyai ketertarikkan kepada wanita senegara aku. bukan kat sini xde yang lawa, banyak beb yang lawa2 tapi mungkin mindset aku yang menyebabkan tidak ada ketertarikan disitu.so kepada wanita senegara aku, kalo koang membaca ni dan korang nak bangga dan kembang, suka ati koangla. aku cuma sekadar memberi opinion aku sahaja. dan mungkin ada wanita disini yang terbaca blog aku ni. aku minta maaf pada kalian. bukan aku meng attack kalian tapi ini cuma pendapat dan opini aku sahaja.kalian juga tidak kalah hebatnya.ok no heart feeling.wassalam

5 comments:

  1. piz.
    Macam mana dengan perempuan Bandung ke, Bali ke pula? aku dengar halus mulus putih berseri. haha.

    ReplyDelete
  2. bpk ko pndg rendah org kt cn..skali aku surh DR EVITA senyum kt ko..cair ko krg pis...

    ReplyDelete
  3. faiz- tu mix xkira.kalo jenis camtu memangle halus mulus.haha

    apai- haha xde nye aku nak cair ngn dr evita tu.

    ReplyDelete
  4. haha..dr vita la pulak~
    ke apai yg cair? :P

    penilaian manusia x selalu seiring dgn penilaian Allah. kadang sesuatu nampak baik dan benar, belum tentu sedemikian di sisi Allah.
    Teruskan memperbaiki diri, menjadi yang terbaik di sisiNya insyaAllah

    ReplyDelete
  5. tua ar manah si apai yang minat kat dr evita tu pastu petik nama aku. tapi btol mudah2an semakin lama menjadi semakin baik INSYAALLAH

    ReplyDelete