salam
kali ni blog aku pendek je. aku ingin mengajak diri aku dan kau orang semua untuk melakukan satu amalan yang sangat simple tapi bermanfaat sangat besar. mungkin boleh membuat kau masuk syurga. siapa tau kan?dan xperlu keluar peluh pun. modal dia cuma ikhlas sahaja. dan amalan tu adalah sedekah. senang giler kan? xde pun ALLAH tentukan kalo nak sedekah kena berapa banyak baru akan diterima.xde. kalo nak bersedekah, ikut kau sahaja berapa2 kau nak. lagi banyak lagi bagus.
untuk nak ikhlas dalam bersedekah cara dia senang je. cuba kau posisikan diri kau dalam posisi orang yang memerlukan.bertapa diluar sana banyak lagi orang yang diluar dari kata cukup. bahkan nak makan sahaja tidak mampu.berapa banyak diluar sana yang kelaparan, tiada rumah, tiada kelengkapan dan tiada segalanya. kalau mereka sakit maka lebih parahlah penderitaan mereka sebab zaman sekarang kalau nak sihat semua pakai duit. bila kau dah boleh memahami dan mempossiskan diri kau dalam posisi seperti itu maka dengan sendirinya kau akan terdetik hati untuk membantu. mungkin kat malaysia kau tak pernah tengok macam mana ertinya kesusahan itu. tapi kau kan ada internet. cuba kau surf dan lihat macam mana dipelosok dunia ni ada negara2 yang rakyat mereka sangat memerlukan bantuan dari kita2 yang senangni.lebih2 lagi saudara2 seislam kita.contoh cam negara jiran kita indonesia, palestin dan sebagainya.
"Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. al baqarah ayat 272
"Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan."
hadith riwayat muslim
diatas ni adalah beberapa hadith dan ayat quran yang menerangkan kelebihan bersedekah.aku rasa banyak lagi gak hadith2 yang mungkin korang beleh kongsi kat sini tentang bersedekah.
sebagai penutup aku cuma nak bawak korang untuk berfikir macam ni. kita sekarang sudah di akhir zaman.zaman fitnah.macam2 kemungkaran berlaku dan kita rasa seperti tidak ada apa2 berlaku. kiamat sudah dekat. umur kita plak tak panjang. amal ibadah entah kemana.yang wajib saja sudah compang camping apa lagi yang sunat. dan kita tau bahwa umat muhammad akan masuk syurga hanya dengan rahmat dari ALLAH. bukan dengan amal. jadi ape lah salahnye kita untuk berfikir secara smart dan mencari jalan pintas untuk membuat sedikit amal yang boleh membantu kita terhindar dari api neraka. disamping amal2 wajib dan sunat lain yang korang dah buat. kita tak pernah tau bila ALLAH memberi redhaNYA kepada kita melainkan kita berusaha. mungkin golongan2 new comer seperti kita xcukup kuat lagi untuk berusaha kuat seperti ahli2 ibadah yang rajin puasa sunat, solat malam dan berzikir ribu2 kali. so mungkin sedekah ni adalah salah satu usaha yang kita termampu dan xmemerlukan banyak tenaga tapi hasil dia sangat mantap kalau kita ikhlas. orang cakap jahat2 pun akhirat kena fikir gak. memanglah darah muda macam2 nak buat. tapi kan bagus kalau dari muda kita sudah sedikit2 menuju kearah kebaikan dan islam.xbanyak sikit pun jadilah.supaya nanti dah tua xdelah kita perlu xtra effort sangat sebab dari mudah dah ada tabungan sket2. lebih kurang camtulah. mudah2an ALLAH beri kita hidayah dan permudahkan kita untuk buat amalan ahli2 syurga.amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amin.
ReplyDeletebanyaklah memberi..tangan yang berada di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.lagi banyak kita bersedekah lagi banyak rezeki yang Allah akan bagi kat kita..so jgn merasakan harta kita makin berkurang dengan memberi sedekah..bhakan makin banyak sedekah,makin bertambah harta dan rezeki kita
ReplyDeletefaiz n ijat - btol2. makin banyak memberi makan banyak yang ko terima.
ReplyDeleteamin..
ReplyDeletewalaupun kita tak mampu bersedekah melalui harta..mungkin kita boleh bersedekah melalui cara lain..contohnya doa..ye tak??
klo kasi ilmu jugak terhitung sebagai sedekah..senyum pun sedekah jugak..hehe
ReplyDeletetulip n ijat - btol sedekah bukan dengan duit je.macam2 benda bleh buat.tenaga, doa, ibadah, dan benda2 lain yang baik.banyak benda yang dikira sedekah.ada hadith pasal benda ni tapi dah lupa la plak.
ReplyDelete