28 Jul 2010

persaingan sihat.......

salam,

sudah lama tidak meluahkan isi otak. mungkin kerana tidak banyak isi maka tidak banyak benda yang boleh diluahkan. mau berkarat agaknya. entahla.harap2 tidakla.masih mau dipakai untuk masa yang lama lagi tu.....

kalini aku cuma mau mengetengahkan pendapat aku yang mungkin betul dan mungkin juga salah. semuanya terserah kau nak terima atau tidak. semua orang ingin berjaya. masing2 ingin berjaya dalam bidang masing2. bermacam cara yang digunakan untuk mencapai apa yang ditarget. dan tak kurang juga bermacam2 target dan patokan yang dipakai oleh kebanyakan orang untuk mengukur tahap kesuksesan mereka. kadang2 kita melihat orang lain, seperti orang2 yang sudah sukses, kengkawan, dan lain2 lagi dan kita jadikan mereka sebagai patokan. ada yang mahu menjadi seperti orang2 sukses ini dan ada jugak yang bersaing dengan mereka. semua dilakukan untuk mencapai tujuan sukses itu. tapi persoalannya adakah itu caranya untuk sukses? mungkin ya dan mungkin sebaliknya.

bagi aku ada betulnya juga kita menjadikan orang lain sebagai patokan, atau contoh, atau tauladan atau saingan dalam kita mencapai sukses dalam bidang kita. benda tu boleh dijadikan sebagai motivasi dan semacam booster untuk kita. tapi yang salah bagi aku adalah apabila kau terlalu melihat orang lain untuk kau jadikan patokan. sehingga kau merasakan bahwa kau sepatutnya harus sama sukses dengan orang itu. nak tak nak kau mesti dapat dan jadi sebijik macam orang yang kau contohkan itu. contohnya kalau kawan kau dapat straight A1 dalam spm, kau pun macam mandatory harus dapat camtu gak. kalau kau dapat, bagusla. kalau tak dapat? xke stress jadiknya? kita lupa sebenarnya manusia ni ALLAH jadikan berbeza2. masing2 ada jalan masing2 yang ALLAH tetapkan untuk kita. tak semestinya jika kita tidak sesukses orang lain, menjadikan kita gagal.kemampuan manusia tu berbeza2. jalan juga berbeza. semuanya sudah ALLAH tetapkan.

apa yang aku ingin tekankan adalah kita seharusnya melihat kedalam diri sendiri untuk maju.bersaing dengan diri sendiri.sebab pesaing yang paling susah untuk dihadapi dan dikawal adalah diri kita sendiri.dalam diri kita ada iman, akal dan nafsu.bukan senang nak seimbangkan antara keputusan yang berlandaskan iman, akal dan nafsu. benda2 ni lah sebenarnya yang menentukan sukses atau tidaknya kita.kat dunia dan kat akhirat. tu belum masuk bisikan syaitan lagi tu. sukses itu bersifat subjektif. ikut kemampuan masing2.tapi true sukses adalah berjaya didunia dan akhirat.semoga kau dan aku menjadi pemenang dalam perlumbaan kita untuk bersaing dengan diri sendiri dan berjaya didunia dan akhirat.amin.

p/s- timbul idea aku nak tulis entri ni sebab sekarangni aku mengalami hari2 yang sukar untuk bersaing dengan diri sendiri. asik kalah je dengan diri sendiri. jadi entri ni untuk nasihat diri sendiri dan untuk kau orang semoga ada manfaat.mudah2an ada jalan keluar.amin.

4 comments:

  1. amalkan baca doa khinzil arasy insyaAllah dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. tq ustad atong.insyaALLAH aku cuba.

    ReplyDelete
  3. persaingan sihat ini boleh jadikan kita lagi matang..

    saya sokong...pesaing yang paling perlu kita atasi ialah diri sendiri. dan kita juga boleh gunakan broswer yang paling unik di dunia nie iaitu al-Quran..

    hanya pendapat tulip sahaja.=D

    ReplyDelete
  4. pendapat yang xbleh disangkal lagi tu tulip.quran is the answer for all the problems.tq tulip

    ReplyDelete