23 Sept 2010

bukan berrtujuan nak bodek kerajaan

salam

kalini cuba kita merenung sejenak tentang negara tercinta kita ni. MALAYSIA. msia adalah bagi aku negara yang paling bertuah sekali didunia. tidak berlebihan statement aku tu jika kau bandingkan dengan mana2 negara lain dari banyak aspek. biarpun kau bandingkan dengan negara yang lebih mundur atau kau mahu bandingkan dengan negara yang lebih maju dari kita. kita tetap lebih bertuah dari mereka.

aku bagi aspek2 yang rambang2 je la. cuba kaau tengok kat negara kita.ada orang mati kebuluran? ada orang dilanda kelaparan kerana tidak mampu walaupun sesuap nasi? tidak ada. walaupun pemimpin negara kita ada yang korup, tapi bagi aku pembahagian kemakmuran didistribusikan secara merata sehingga tidak ada yang sampai nak makan pun tiada duit.tidak ada.tentang masalah2 pembahagian kemakmuran yang tidak adil seperti royalti, kronisme dan sebagainya itu kita tolak tepi dulu. itu urusan mereka2 yang palat dengan tuhan. dimsia yang susah mungkin masih ada.tetapi susah dimsia dengan susah dinegara lain adalah satu jurang yang sangat berbeza.tak perlu susah2 pergi ke afrika untuk lihat kesusahan orang, tengok diASEAN sahaja sudah cukup. negara2 jiran kita seperti kemboja, filipina, laos, myanmar dan negara 'best friend' kita, indonesia (best friend le sangat, hak tuih). golongan2 yang susah disana adalah berkali2 lebih susah daripada golongan susah dimsia. susah dimsia mungkin kerana tak cukup untuk memenuhi keperluan lain seperti pakaian dan tempat tinggal. ye lah, sebab masih banyak jugak pemimpin kita yang belum bersih sepenuhnya.makanya jadi seperti itu.

tengok plak dari segi lain seperti kesihatan dan pendidikan. kat msia, cukup tunjuk IC dan bayar singgit sudah boleh mendapatkan perawatan diklinik2 kerajaan secara percuma. bahkan klinik2 pakar kerajaan juga.kalau nak diikutkan, bukannye murah ubat2 zaman sekarang.pastu plak kalau ada yang doktor mintak buat xray dulu, itu pun kalau nak diikutkan semua pakai duit.mahal semua tu.tapi oleh sebab makmurnya negara tercinta ini kita cuma perlu tunjuk IC dan bayar seringgit sahaja. sampai macam tu skali. dekat amerika pun takde seberuntung kita. aku rasa banyak dari korang dah penah tengok tentang dokumentari pasal buruknya sistem pelayanan kesihatan kat amerika. nak kena buat insurance dulu baru boleh sakit.kalau xde insurance mati la jawabnye. nak aku cerita pasal indonesia gak ke? tak payahla kau pun tau kot. teruk.

mengenai pendidikan pun sama.mungkin kita tak seberuntung negara2 maju seperti jerman, belanda dan sebagainya dimana pelajar2 mereka ditaja sepenuhnya untuk belajar even diluar negara. satu sen pun tak yah bayar balik. negara kita mungkin belum sampai tahap tu. tapi takde la buruk sangat beb.kalo yang blajar dalam negara, ada ptptn, ada jpa, ada mara. luar negara lagi banyak sponsor2. merata dunia gak pelajar2 kita dihantar untuk sambung belajar. walaupun ada yang full scholar dan ada yang separuh2 tapi aku rasa tu pun dah besar gak nikmat kita dapat camtu.berapa ramai rakyat2 negara kita yang dah berjaya dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan penting dalam negara? sampaikan kesyarikat2 korporat yang besar pun ada.

ni point yang paling penting skali. dan mungkin aku rasa point inilah yang menyebabkan ALLAH memberi nikmat kemakmuran kat negara kita. MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG MEMENTINGKAN ISLAM. kebanyakan rakyat kita masih lagi tinggi sesitiviti terhadap agama.tengok haritu kes penggunaan nama ALLAH kat gereja.berapa banyak yang melenting? satu lagi yang bagus adalah kedudukan dan pandangan2 ulama dinegara kita masih didengar dan dijunjung tinggi. mana2 amalan khurafat yang dulu orang2 lama amalkan seperti mandi safar, puja kubur dan sebagainya sekarang semua sudah tidak ada atau paling tidak berkurang.ini gara2 orang dengar cakap ulamadan ustaz2. islam juga boleh diamalkan secara bebas tanpa ada tekanan dari mana2 pihak. sesetengah negara lain, kalau nak amalkan ajaran islam, ada tekanan dari kerajaan mereka.seperti pemakaian tudung, laungan azan, larangan menyimpan janggut dan sebagainya. tak cukup dengan tu, kita dimalaysia ni disiapkan juga dengan bermacam2 pertubuhan agama tak kira daripada kerajaan maupun ngo. JAKIM, IKIM,PUM, PERKIM, ABIM,PEKIDA, PUSAT ZAKAT, SIJIL HALAL MALAYSIA, YAPIM, dan macam2 lagilah pertubuhan2 islam yang ada dimalaysia ni dan semua itu bertujuan untuk memudahkan umat islam kat malaysia ni untuk mengamalkan ajaran islam dan merujuk jika ada ape2 masalah.tinggal kita manfaatkan atau tidak je. bagi aku yang kurang cuma tinggal nak laksanakan syariat islam seratus peratus je dekat msia ni. kita toloak tepi dulu hal2 yang lain seperti maksiat2 dikalangan rakyat malaysia dan sebagainya.

sebagai penutup, bagi aku, negara msia kita ni paling best in the world. aman, makmur, peluang untuk berjaya terbuka luas kepada semua golongan, makanan sedap2, awek muslimah yang cun2 ramai, sambut raya paling meriah, dan macam2 lagilah. aku dah duduk kat negara indonesia yang tidak seberapa beruntung seperti kita, dan aku dapat lihat perbezaan yang amat ketara antara kedua2 negara.dan juga banyak sedara2 dan rakan2 aku yang belajar dinegara2 maju dan mereka juga berpendapat yang sama seperti aku. MALAYSIA LEBIH BEST. benda2 yang tak best pasal msia masih banyak lagi dan masih perlu penanganan bersama juga.tapi kita tolak tepi dulu la benda2 tu. orang cakap, kita akan terasa sesuatu nikmat kalau nikmat itu ditarik dari kita. waktu itu barulah kita sedar bertapa besarnya nikmat itu. jadi jangan sampai kita dimalaysia pun jadi seperti itu. semoga kemakmuran kita berkekalan sampai bila2. dan semoga ALLAH memberi kita pemimpin yang baik dan menjatuhkan pemimpin2 yang jahat dan juga pemimpin2 yang bersekongkol dangan orang kafir dan yahudi dengan tujuan untuk menjatuhkan negara kita. semoga kita dijauhkan dari mereka. AMIN. ALLAHUAKBAR! MERDEKA!

No comments:

Post a Comment