31 Oct 2010

jangan sampai lambat, takut tak sempat

salam

sebagai budak yang blaja pasal orang sakit, aku beruntung sebab dapat peluang untuk tengok dan buat macam2 tindakan yang ada kat hospital. salah satunya adalah proses melahirkan.xkirala secara spontan atau caesarian. bila dah lahir bayi tu, dan sehat plak tu, aku tengok, mak bapak dia merupakan orang yang paling gembira dan bahagia pada waktu tu.yang mak pulak walaupun sakit sebab kena gunting kat area tu tapi buat2 cam xde ape2 pun sebab gembira punya pasal.yang bapak plak senyum sampai ke telinga. mesti dalam hati mereka impikan macam2 untuk anak mereka tu.

tapi bila beransur waktu, bila anak2 makin besar, kadang2 ape yang mak bapak harapkan pada anak, xsejalan dengan impian. ada yang jadi liar, ada yang agama entah kemana, ada yang bila dah besar, dah keja dah kaya, terus lupakan mak bapak. setaun sekali je baru ingat mak bapak. lebih banyak fikirkan pasal diri sendiri, fikirkan pasal awek, nak berbini dan sebagainya. bila dah jadi macamni, yang paling kesian adalah mak bapak.terutama mak. susah payah nak melahirkan, nak membesarkan, nak didik, lepastu anak2 jadi cam haram. macam pundek. seolah2 mereka buat benda yang useless.kalau macamtu baik dulu waktu nak buat anak pakai protection je.kalau macamni punya anak baik dulu xyah lahirkan je.

sebagai anak, kita tengok kedudukan kita sekarang camne? bermanfaat tak kepada ibu bapa? atau menyusahkan lagi adala? ape yang kita buat untuk mereka? untuk membayar jasa mereka? adakah kita selalu mendoakan mereka? kalau ya, bagus. kalau tak, muhasabah diri balik, rewind balik waktu kita kecik2 dulu time xde ape2 sampai sekarang ramai yang dah berjaya, kenang balik jasa2 mak bapak, dan start untuk berbakti kepada mereka. dunia dan akhirat. jangan sampai terlambat. takut tak sempat. oklah itu saja dulu.

12 Oct 2010

monyosal den

salam

pernah tak kau orang menyesali perbuatan2 korang? pernah tak kau orang menggunakan perkataan 'kalau dulu' untuk menunjukkan bertapa menyesalnya kau orang semua atas perkara yang dah berlaku?

"kalau dari awal dulu aku dah buat benda ni tentu hasilnya akan lebih baik"
" kalau dulu aku dengar cakap mak bapak aku tentu tak jadi macam ni"
" kalau dulu aku tak buat benda ni mesti aku dah jadi somebody"
" kalau dulu aku buat benda pakai otak instead of pakai perasaan, mesti aku jadi lebih baik sekarang"

dan macam2 lagi ayat yang bleh timbul dari perkataan kalau dulu tu. sebenarnya aku buat entry ni sebagai menunjukkan rasa penyesalan aku terhadap baaaanyaaaaakkk sekali benda yang aku sudah terlanjur melakukan yang menyebabkan efek negatifnya pada diri aku sekaligus menyebabkan rasa frustasi juga untuk mak bapak aku. aduh rasa bersalah giler.tapi kadang2 dah tau dah kalo buat benda ni akan berakibat seperti sekarang, tapi tetap jugak buat.tu yang buat rasa frustrasi jadi berkali2 lipat kerana memikirkan banyak sudah menyusahkan orang yang tersayang. semoga benda2 bodoh yang banyak aku buat yang menyebabkan banyak kali menyusahkan orang tua aku akan berakhir dan selepas ini waktu untuk membahagiakan mereka pulak.semoga itu terkabul ya ALLAH. amin

p/s : aku nasihatkan korang janganla meniru perbuatan buruk aku ni.untuk membuat sesuatu perkara, fikirkan dulu konsekuensi pada masa akan datang dan fikir orang tersayang.jangan menyusahkan mak bapak.itu dulu setakat ini

7 Oct 2010

waktu muda la aku nak rasa

salam

ramai orang cakap waktu muda2la kita perlu lakukan perkara2 yang kita rasa nak lakukan. tak kira benda baik atau tidak. kalau tak rugi. masa muda ni la nak buat macam2. dosa pahala tu belakang kira. nanti dah tua baru bertobat.

ada orang rasa nak berfoya2. nak minum arak, nak main perempuan, nak jadi kaki clubbing, nak jadi gangster, nak pukul orang, nak orang respek, nak duit banyak tak kira cara haram sekalipun. xkesah. waktu muda2 tak perlu nak fikir halal haram sangat. dah tua baru pikir pasal agama. waktu muda2 ni agama biarlah no dua.yang penting nanti bila orang tanya aku dah cuba semua.baru ada gaya.

tapi berapa ramai orang yang sampai ke hari tua? adakah semua orang akan sampai? sudah tentu tidak. yang mati muda berlambak2. yang sakit, yang eksiden, yang amik dadah, yang kena bunuh, yang bunuh diri, macam2. yang sampai ke umur tua pun jangan sombng sangat. belum tentu kau terfikir untuk bertobat. jangan2 jadi makin teruk lagi. sebab hati sudah sebati dengan maksiat. nak kembali pada agama pun rasa liat.serius. dulu waktu belajar kereta, instruktur aku ni dah agak berumur jugakla.rambut putih semua.dalam 50an sampai 60an umur dia. waktu borak2 dia ceritala dia skang senang duit banyak.anak2 banyak tanggung. pastu aku cakap kat dia alang duit banyak tu pegi la haji. dia bleh jawab dia xmo pegi lagi sebab dia sihat lagi.muda lagi (padahal rambut dah beruban giler2). siap ada plan nak beli apartment satu supaya boleh simpan perempuan. ni cerita betul ni. bukan aku buat2.

jadi bagi akula, memang betul la muda2 ni memang nak rasa banyak benda.macam2 nak buat. betul la tu. tapi kalau benda yang melanggar perintah agama xpayah la nak buat. banyak je alternatif lain boleh kau buat. x hilang kau punya macho kalau kau ikut agama. aku pun bukannye betul sangat kepala hotak.tetapi bagi akula, waktu muda2ni, at least yang wajib2 kau buat pastu yang haram kau tinggalkan.kira cantik la tu.asal benda ni kau pegang, kau nak buat ape pun buatla. orang pun paham, kita darah muda. bila kau sudah ada basic tentang islam yang strong, bila nanti waktu kau nak melangkah ke level seterusnya dalam agama, maka kau tidak akan terperanjat sangat, kau sudah tidak terlalu canggung sangat. sebab basic kau strong. dan semoga dengan basic yang strong itu ALLAH permudahkan lagi jalan kita untuk dapat hidayah. mudah2an pengakhiran hidup kita berakhir dengan kalimah syahadah. amin. sampai disini dulu omongan aku.

1 Oct 2010

kalau takut akan perjuangan, jangan bicara tentang cinta

salam to all

lumrah bagi orang2 muda untuk bercinta dan ingin dicintai.

apabila sudah bercouple, terasa seperti dunia mereka yang punya.

dan mulalah berfalsafah tentang cinta sini sana.

seolah2 dialah doktor cinta.

kebanyakan dari mereka itu sebenarnya sudah terlalu lena diulit cinta.

kononnya.

tetapi realitinya mereka itu golongan yang alpa.

kerana apa yang mereka rasakan itu bukanlah cinta melainkan nafsu semata.

nafsu yang membuat mereka lupa akan realita.

nafsu yang membutakan mata mereka tentang maksud cinta sebenarnya.

kerana kau cuma boleh berbicara tentang cinta setelah kau hidup berumah tangga.
setelah susah senang kau lalui bersama.

baru kau boleh bicara tentang cinta.

sebelum kau berumah tangga jangan berani kau bilang cinta.

itu semua cuma tipu saja.

kau tidak tau apa2.

lainkali belajar untuk membezakan antara nafsu dan cinta baru kau layak untuk berbicara.................