27 Sep 2010

sini le hawau...........

sempena melaka nak sambut sambutan melaka maju pada 20/10/2010 jam 2010 ni aku dengan ini sebagai anak melaka ingin mengingat kembali lagu negeri melaka yang setiap hari isnin selalu dinyanyikan waktu perhimpunan. enjoy


Melaka negeri bersejarah tempat tumpah darah kita,

dijunjung dengan sepenuh jiwa untuk maju dan jaya,

rakyat Melaka sudah bersatu padu, berikrar taat setia,

jujur berkhidmat setiap masa MELAKA MAJU JAYA............


p/s - klik sini untuk mendengarkan lagu.

23 Sep 2010

bukan berrtujuan nak bodek kerajaan

salam

kalini cuba kita merenung sejenak tentang negara tercinta kita ni. MALAYSIA. msia adalah bagi aku negara yang paling bertuah sekali didunia. tidak berlebihan statement aku tu jika kau bandingkan dengan mana2 negara lain dari banyak aspek. biarpun kau bandingkan dengan negara yang lebih mundur atau kau mahu bandingkan dengan negara yang lebih maju dari kita. kita tetap lebih bertuah dari mereka.

aku bagi aspek2 yang rambang2 je la. cuba kaau tengok kat negara kita.ada orang mati kebuluran? ada orang dilanda kelaparan kerana tidak mampu walaupun sesuap nasi? tidak ada. walaupun pemimpin negara kita ada yang korup, tapi bagi aku pembahagian kemakmuran didistribusikan secara merata sehingga tidak ada yang sampai nak makan pun tiada duit.tidak ada.tentang masalah2 pembahagian kemakmuran yang tidak adil seperti royalti, kronisme dan sebagainya itu kita tolak tepi dulu. itu urusan mereka2 yang palat dengan tuhan. dimsia yang susah mungkin masih ada.tetapi susah dimsia dengan susah dinegara lain adalah satu jurang yang sangat berbeza.tak perlu susah2 pergi ke afrika untuk lihat kesusahan orang, tengok diASEAN sahaja sudah cukup. negara2 jiran kita seperti kemboja, filipina, laos, myanmar dan negara 'best friend' kita, indonesia (best friend le sangat, hak tuih). golongan2 yang susah disana adalah berkali2 lebih susah daripada golongan susah dimsia. susah dimsia mungkin kerana tak cukup untuk memenuhi keperluan lain seperti pakaian dan tempat tinggal. ye lah, sebab masih banyak jugak pemimpin kita yang belum bersih sepenuhnya.makanya jadi seperti itu.

tengok plak dari segi lain seperti kesihatan dan pendidikan. kat msia, cukup tunjuk IC dan bayar singgit sudah boleh mendapatkan perawatan diklinik2 kerajaan secara percuma. bahkan klinik2 pakar kerajaan juga.kalau nak diikutkan, bukannye murah ubat2 zaman sekarang.pastu plak kalau ada yang doktor mintak buat xray dulu, itu pun kalau nak diikutkan semua pakai duit.mahal semua tu.tapi oleh sebab makmurnya negara tercinta ini kita cuma perlu tunjuk IC dan bayar seringgit sahaja. sampai macam tu skali. dekat amerika pun takde seberuntung kita. aku rasa banyak dari korang dah penah tengok tentang dokumentari pasal buruknya sistem pelayanan kesihatan kat amerika. nak kena buat insurance dulu baru boleh sakit.kalau xde insurance mati la jawabnye. nak aku cerita pasal indonesia gak ke? tak payahla kau pun tau kot. teruk.

mengenai pendidikan pun sama.mungkin kita tak seberuntung negara2 maju seperti jerman, belanda dan sebagainya dimana pelajar2 mereka ditaja sepenuhnya untuk belajar even diluar negara. satu sen pun tak yah bayar balik. negara kita mungkin belum sampai tahap tu. tapi takde la buruk sangat beb.kalo yang blajar dalam negara, ada ptptn, ada jpa, ada mara. luar negara lagi banyak sponsor2. merata dunia gak pelajar2 kita dihantar untuk sambung belajar. walaupun ada yang full scholar dan ada yang separuh2 tapi aku rasa tu pun dah besar gak nikmat kita dapat camtu.berapa ramai rakyat2 negara kita yang dah berjaya dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan penting dalam negara? sampaikan kesyarikat2 korporat yang besar pun ada.

ni point yang paling penting skali. dan mungkin aku rasa point inilah yang menyebabkan ALLAH memberi nikmat kemakmuran kat negara kita. MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG MEMENTINGKAN ISLAM. kebanyakan rakyat kita masih lagi tinggi sesitiviti terhadap agama.tengok haritu kes penggunaan nama ALLAH kat gereja.berapa banyak yang melenting? satu lagi yang bagus adalah kedudukan dan pandangan2 ulama dinegara kita masih didengar dan dijunjung tinggi. mana2 amalan khurafat yang dulu orang2 lama amalkan seperti mandi safar, puja kubur dan sebagainya sekarang semua sudah tidak ada atau paling tidak berkurang.ini gara2 orang dengar cakap ulamadan ustaz2. islam juga boleh diamalkan secara bebas tanpa ada tekanan dari mana2 pihak. sesetengah negara lain, kalau nak amalkan ajaran islam, ada tekanan dari kerajaan mereka.seperti pemakaian tudung, laungan azan, larangan menyimpan janggut dan sebagainya. tak cukup dengan tu, kita dimalaysia ni disiapkan juga dengan bermacam2 pertubuhan agama tak kira daripada kerajaan maupun ngo. JAKIM, IKIM,PUM, PERKIM, ABIM,PEKIDA, PUSAT ZAKAT, SIJIL HALAL MALAYSIA, YAPIM, dan macam2 lagilah pertubuhan2 islam yang ada dimalaysia ni dan semua itu bertujuan untuk memudahkan umat islam kat malaysia ni untuk mengamalkan ajaran islam dan merujuk jika ada ape2 masalah.tinggal kita manfaatkan atau tidak je. bagi aku yang kurang cuma tinggal nak laksanakan syariat islam seratus peratus je dekat msia ni. kita toloak tepi dulu hal2 yang lain seperti maksiat2 dikalangan rakyat malaysia dan sebagainya.

sebagai penutup, bagi aku, negara msia kita ni paling best in the world. aman, makmur, peluang untuk berjaya terbuka luas kepada semua golongan, makanan sedap2, awek muslimah yang cun2 ramai, sambut raya paling meriah, dan macam2 lagilah. aku dah duduk kat negara indonesia yang tidak seberapa beruntung seperti kita, dan aku dapat lihat perbezaan yang amat ketara antara kedua2 negara.dan juga banyak sedara2 dan rakan2 aku yang belajar dinegara2 maju dan mereka juga berpendapat yang sama seperti aku. MALAYSIA LEBIH BEST. benda2 yang tak best pasal msia masih banyak lagi dan masih perlu penanganan bersama juga.tapi kita tolak tepi dulu la benda2 tu. orang cakap, kita akan terasa sesuatu nikmat kalau nikmat itu ditarik dari kita. waktu itu barulah kita sedar bertapa besarnya nikmat itu. jadi jangan sampai kita dimalaysia pun jadi seperti itu. semoga kemakmuran kita berkekalan sampai bila2. dan semoga ALLAH memberi kita pemimpin yang baik dan menjatuhkan pemimpin2 yang jahat dan juga pemimpin2 yang bersekongkol dangan orang kafir dan yahudi dengan tujuan untuk menjatuhkan negara kita. semoga kita dijauhkan dari mereka. AMIN. ALLAHUAKBAR! MERDEKA!

8 Sep 2010

amnesia nya kita.........

salam

kali ni aku nak sampaikan mesej untuk kita semua sentiasa ingat untuk mensyukuri nikmat2 ALLAH dan merenungkan dan mengagumi kebesaran ALLAH. kenapa? kerana tidak terhitung banyaknya nikmat ALLAH pada kita. berzilion2. cukup kita lihat pada diri kita sahaja sudah terlalu banyak nikmat yang ada pada diri kita sendiri.terlalu banyak kebesaran ALLAH untuk kita renungi dan kagumi.

cuba kita tengok diri kita sekarang dengan diri kita sebelum sekarang.betapa dari setetes air mani, kita berproses sehingga menjadi diri kita yang sekarang. cuba tengok diri kita sekarang pulak. kaki, tangan, mata, lubang hidung, telinga, semua ALLAH jadikan cukup masing2 ada dua buah. tengok kaki kita, dua2 sama panjang, tangan pun sama. jari masing2 ada sepuluh, tak kurang, tak lebih. tengok pulak bertapa besarnya nikmat ALLAH dengan memberi kita menghirup oksigen dalam jumlah tertentu, setiap masa.semuanya free of charge.ALLAH menentukan berapa jumlah oksigen yang perlu kita hirup setiap kali bernafas. kalau terlebih, maka rongga dada kita akan terlebih expansion sehingga mungkin boleh terjadi trauma dan sebagainya. kalau kurang plak berarti kandungan oksigen tak mencukupi untuk keperluan tubuh sehingga mungkin boleh terjadi hipoksia dan sebagainya.semua tu ALLAH telah ukur betul2 dan begitulah adanya.itulah jumlah yang sesuai untuk kita. MAHA BESAR ALLAH.

kita tengok pulak kebesaran ALLAH yang lain2. kenapa ALLAH mengharamkan minuman keras? supaya mengelak dari efek2 negatif yang terhasil dari minuman keras itu.salah satunya adalah penyakit hepatic cirhosis dimana jaringan hati kita diganti dengan jaringan fibrotik.dan proses ini adalah irreversible.kita tau bahwa hati salah satu tujuannya adalah untuk meneutralkan toksin2 dalam badan, dan jugak untuk storage lemak dan macam2 lagi.dengan berubahnya jaringan hati itu tadi maka secara tak lansung fungsi2 hati juga menjadi terganggu. MAHA SUCI ALLAH yang lebih tahu apa yang baik untuk hambaNYA dan apa yang tidak.tetapi kebanyakan manusia tidak memperhatikan.ASTAGHFIRULLAH.

kalau kita lihat, terlalu banyak nikmat2 dan kebesaran ALLAH yang ada dalam diri kita dan juga sekeliling kita. kita boleh lihat macammana ALLAH jadikan otak sebagai pusat dari kawalan kepada seluruh proses2 yang berlaku dalam tubuh. macam mana brain stem tugasnya mengawal sistem vital kita seperti jantung dan sebagainya.bagaimana otak sebelah kiri boleh mengawal pergerakan tubuh disebelah kanan dan sebaliknya. ALLAH juga menciptakan sistem saraf pusat dan sistem sarap periferi.bagaimana kedua2nya secara syncronize melakukan tugasnya.macam mana ALLAH menjadikan sistem simpatik dan para simpatik.macammana jika keadaan yang 'terlebih' atau 'terkurang' kedua2 sistem ni menjalankan peranan masing2.

kita lihat juga bagaimana ALLAH menjadikan organ2 dalaman kita yang masing2 punya peranan yang begitu crucial bagi tubuh kita.bagaimana sistem pencernaan kita berfungsi, bagaimana proses peristaltik menjadikan makanan2 yang kita makan dapat turun ke perut, usus dan sebagainya.dari setiap bahagian ada proses2 pemecahan makanan dan proses penyerapan serta proses pembuangan.semua itu menghasilkan tenaga, dan zat2 yang penting untuk keperluan tubuh kita, serta membuang dari sisa2 yang tidak perlu untuk tubuh kita, agar tidak terjadi mudharat. semua itu sangat spesifik ALLAH rancang dan beri untuk kita. kita lihat juga bagaimana pentingnya buah pinggang tujuannya untuk menyaring bahan2 yang diperlukan dan yang tidak diperlukan oleh tubuh kita.kita lihat juga bahwa dari buah pinggang juga dapat mengatur tekanan darah dalam tubuh kita supaya kekal dalam keseimbangan. semua itu amat penting bagi tubuh manusia.jika salah satu sahaja tidak berfungsi dengan baik, maka yang lain pun ikut sama mendapatkan efek negatif juga. maha suci ALLAH yang menjalankan proses2 itu tanpa pernah sekalipun alpa. MAHA BESAR ALLAH yang menciptakan berbilion2 manusia dari adam sampai sekarang dan MAHA BESAR ALLAH yang tetap memelihara proses2 yang berlaku dalam tubuh badan setiap manusia tanpa ada satupun kelalaian. ALLAH MAHA BESAR.


mengapa aku tulis benda2 diatas? supaya kita sama2 dapat membuka mata dan hati kita dalam melihat betapa MAHA BESARNYA ALLAH dan betapa kita seharusnya bersyukur dengan berzilion2 nikmat yang sepanjang saat kita dapat dari ALLAH.ALLAH tidak pernah sekali pun merasa penat dan jemu untuk memberi kita nikmat2NYA. ALLAH juga tidak pernah lalai walau sekelumit pun dalam menjalankan proses2 yang berlaku dalam tubuh badan kita.apatah lagi dalam proses2 diluar tubuh badan kita.setiap proses2 yang berlaku dialam ini dari partikel2 atom sehingga ke sistem cakrawala.ALLAH itu MAHA BESAR. cuma kita selalu saja lupa dan leka serta alpa dalam melihat dan mensyukuri KEBESARAN ALLAH.memang itu nature kita. kita mudah lupa.kita juga mudah jemu dalam mengingati ALLAH. mudah2an ALLAH memberi ampunan kepada kita dan tetapkan iman dalam hati kita.AMIN.sekian dulu