22 Mar 2011

you tak suka you bleh keluar..........

salam kepada semua

kalini aku nak berkongsi pendapat peribadi aku laa.mungkin topik ni agak berat sket.aku tak bermaksud lansung nak berat sebelah.cuma mengutarakan pendapat saja.entri kalini pasal hak2 bumiputera, dan kurang bersetujunya aku terhadap kaum yang demand lebih2.

malaysia dah merdeka lebih dari 50 tahun.selama 50 tahun kita sudah hidup aman damai dan saling toleransi antara kaum.masing2 dapat hak masing2. yang bumiputera dapat lebih sikit.yang bukan bumiputera pun dapat hak jugak.tapi takdelah sama special dengan bumiputera.tapi tak jugak mereka dapat hak yang tidak patut sebagai seorang warganegara.

bagi aku, fair lah jika bumiputera mendapat hak2 yang sedikit lebih special dari yang bukan.ibarat macamnilah. malaysia ni ibarat rumah. bumiputera adalah tuan rumah.nonbumi plak tumpang kat rumah tu awal2nye.so bila dah lama duduk situ, tuan rumah pun bagi lah yang tumpang rumah dia tu nak buat ape pun buat lah.nak pakai dapur ke, nak guna ruang tamu ke, nak mandi ke buatlah.tuan rumah bagi orang yang tumpangtu buat lah macam rumah sendiri.sebab dah lama kot duduk sama2.kawtim je la.tapi rumah itu tetap milik tuan rumah. ibarat dia camtulah.

sekarang aku tengokla, makin lama ada sesetengah golongan yang makin besar kepala.kadang2 mempersoalkan hak2 bumiputera.ada yang buat video pastu sebarkan kat youtube cakap malaysia anggap golongan mereka sebagai 2nd class citizen.tak cukup dengan tu,kadang2 mereka mempersoalkan jugak tentang hukum islam yang berlaku kat malaysia ni.mereka cakap malaysia terlalu mementingkan agama islam je.agama lain tak bebas menjalankan agama diorang.bulshit betol lah diorang ni.

aku tau, kadang2 dengar macam kurang adil antara hak bumiputera dan non bumi.contoh cam biasiswa untuk further study.ni pun banyak gak golongan yang mempersoalkan.ada yang cakap buat ape bagi kat bumiputera?belajar bodoh tapi bleh masuk universiti.mereka kalau nak masuk universiti kena put extra effort baru dapat.ade gak yang berpendapat dengan adanya hak2 bumiputera akan menjadikan kita lebih malas dan kurang produktif.mungkin betul pendapat camtu.tapila sebagai 'tuan rumah', bagi aku wajarlah kita dapat sedikit kelebihan.dan bagi aku itu adalah fair la jugak tengok realiti sekaranglah.sape yang mendominasi ekonomi kita sekarang?non bumi kan?cuba ko pegi kat bandar2 besar.lebih banyak kedai2 nonbumiputera berbanding bumiputera.top ten orang terkaya kat malaysia pun diorang gak dominasi.xkan 2nd class citizen bleh dapat camtu kot?

cuba bayangkan dengan hak2 istimewa yang kita dapat pun kita tak boleh nak dominasi dalam bidang ekonomi, apatahlagi bila hak2 tu dihapuskan dan disamaratakan? aku rasa merempatla kebanyakan dari kita.ini mungkin puncanya dari sikap kita jugak sebab sudah terbiasa dapat bantuan.tapi fenomena ni bukan terjadi kat malaysia je.cuba tengok kat england sana.cuba pergi tengok kedai2 kat town dia.lebih banyak didominasi oleh golongan migran daripada penduduk asal.lebih banyak PAKI.penduduk asal lebih pandai lepak kat pub, minum, main, tengok bola dan gado.dan dimana2 golongan penumpang ini akan lebih hardworking daripada golongan tuan rumah,

dan sebagai point terakhir aku rasa masalah2 ni timbul mungkin kerana keserakahan sesetegah golongan.makin maju negara kita, makin gah orang mau mengumpulkan wang dan harta benda.dan kadang2 benda ni terhambat oleh kerana adanya hak2 kaum bumiputera.dunia modern mengajarkan kita yang paling penting adalah duit.oleh sebab tu semua orang berlumba2 mengejar itu.kadang2 memang nampak cam tak adil, nampak cam berat sebelah.tapi hakikatnye takdelah seteruk yang disangka.takdelah sampai golongan non bumi sampai merempat.hak diorang pun terjaga juga.and furthermore kekadang gov kita pun sampai melebihkan golongan diorang lagi.tanah2 orang2 bumiputera banyak je yang kerajaan jual kat golongan non bumi untuk dijadikan lahan bisnes.sampai tergadai tanah orang bumiputera kadang2 punya 'baiknya' gov kita.itu pun diorang nak mintak macam2 lagi?kalo mintak pelempang takpela boleh kita bagi.ni mintak lebih2 agak2 ar.

p/s : agaknye mereka2 ni nak malaysia jadik cam singapore kot?oh lupa tajuk diatas tu xbermaksud nak provoke pun.xbermaksud ape2.exagerate je

5 comments:

  1. simpit a.k.a. vesparados22 March 2011 at 10:10

    i'm sorry bro, no offence, tp aku kurang setuju dgn topic ko hari ini, dan sepatutnye ko sebagai org islam, sejak lahir, di mana islam itu sgt mementingkan keadilan. menurut aku, siapa sebenarnye bumiputera di tanah melayu ni? apakah "cina" atau "india" atau "melayu" sekalipun boleh memilih untuk lahir sebagai bangsa ape? di lahirkan di mane? itu semua kuasa tuhan. semua manusia sama, tak kira warna kulit, atau budaya, yg membezakannya hanyelah ketakwaan kepada Allah S.W.T. kita tak boleh pilih bulu, semua manusia patut dapat hak yg sama sebagai manusia, di mana yg berusahalah yg mendapat mengubah nasibnye, bkn atas dasar bumiputera or non-bumiputera. kalau ko berkata begini, takde bezanya dgn pendapat Hitler, aryan power, white power, malay power. kita seharusnye kembali kepada Al-Quran yg sgt mementingkan keadilan, ADIL. Secara jujurnye aku mengatakan kerajaan singapore lebih adil terhadap rakyatnye, yg mengutamakan individu2 yg berusaha untuk mengubah nasibnye, bkn atas dasar bangsa.
    maafkan aku sekali lg bro, bkn aku nak menyinggung ape2 pihak, menurut aku ko lebih tahu dlm agama berbanding aku, marilah kita same2 memahami al-Quran, bkn sekadar menyanyikannye, open ur eyes, insyaAllah. sorry sekali lg, next time kite jumpe, boleh borak lebih panjang lg, maafkan aku sekali lg.
    a'kum.

    ReplyDelete
  2. Salam dR

    bagi aku plak, isu ni kite kena pandang dari pelbagai sudut. yg pertama, nonbumi rs diri mereka 2nd class citizen sebb terlalu byk kelebihan diberi kpd bumiputra. kalo dikira keadilan, adil ke org2 yg kurg cerdik dpt tempt dlm biasiswa kerajaan ke luar negara dn universiti2 terbaik hanya krn dia bumiputra?
    kalo kite kat tmpt dorang pn kita akn rs benda yg sm. vice versa

    yg kedua, bumiputra sepatutnya malu selepas berpuluh tahun disogok mcm2 kemudahan tp masih kt takuk tu. aku bg cth, dr 10 org kwn bumiputra yg aku tanya, 7-8 org prefer nk makan gaji dgn gomen berbanding berniaga walaupn meniaga tu sunnah Nabi SAW.
    tambahan, bumiputra walaupn dh dpt mcm2 tp masih rs dengki dgn golongan nonbumi sebbnya rs haknya semakin terhakis. mana tak terhakis jika kita hanya harapkan bantuan dan sokongan gomen semata2

    satu lg, aku rs kita patut risau kalo negara kita diperintah oleh nonbumi bukan ats dasar keadilan sebaliknya bimbang undang2 islam disalah tafsir dan Islam terus luput sikit2 mcm kat turki dan bosnia sebb pemerintahan sekular. sedangkn pemerintahan skrg oleh kongsi kuasa bumi & nonbumi pn Islam terasa asing inikan pulak jika totally oleh nonbumi atau lebih tepat-nonmuslim.

    aku tk takut anak2 aku nt tk dpt biasiswa gomen ke luar negara jika sebb proses merit 100% dilaksanakan atau tk diberi tender projek gomen pd ms depan tapi yg aku takutkan anak2 aku hilang islamnya..

    nonbumi berjaya disebbkn mereka sedar mereka bukan orang asal. sebb tu dorang usaha gigih nak majukn diri berbanding bumiputra yg terbuai2 dgn kononnya bumiputra adalah tuan. one day tuan akan merempat dinegara sendiri sebagaimana aborigines di australia yg kini hanya dijadikan tarikan pelancong atau puak indian di amerika yg menjual New york hanya selepas disogok dengan beberapa botol wine oleh pendatang british dgn harga tak smpai seribu pound tapi skrg hartanah new york mencecah trillion dollar..

    wake up and kembali kepada Islam yg sebenar2nya. inshaAllah.

    p/s:

    pepatah cina ade menyebut, kalo taknak bagi seseorg tu mati kelaparan, jangan diberi ikan setiap hari. tapi ajarkan dia memancing supaya dianya dapat makan ikan hari2..


    apa yg aku tulis, reflect diri aku sendiri khususnya.
    untuk aku, kepada aku dan dari aku.


    wallahualam bisawab


    susah2 kite bakor je!!

    kehkehkeh~

    ReplyDelete
  3. 1. aku setuju dengan simpit dan yusuf mujahidin.diorg pn x mntk lahir kt msia. Bkn salah diorg nenek moyang diorg si Tan Ceng Lok sain agreement waktu buat perlembagaan sblm merdeka dl.cuba ko tmpt kn diri ko kt tmpt diorg.x ke rs tebakor je.
    2. Tun Abdul Razak mengamalkan DEB sbgai salah satu cara untuk memajukan org melayu (kuota org melayu di Uni,tubuhkan PNB,etc)tapi dah lbh 25 tahun mentaliti org melayu tak berubah banyak.walaupun ramai org msia skrg msk U last keje msk MLM gak.xde yg nk berusaha keras gn tulang empat kerat asyik nk harap kn kroni aje.

    just a 2 cent of me..

    p/s:ko kn cek link ni..http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/teori-konspirasi-itu-bodoh.html

    ReplyDelete
  4. aku sokong THE DR.first..ape kata kita belajar sejarah balik..tentang pecah dan perintah yg diamalkan british.masa tu lah mulanya sosioekonomi orang melayu terletak di strata sosial yang terendah.ini terjadi kerana orang india,cina diberi peluang untuk bekerja,diberi peluang belbagai sedangkan bangsa melayu ditempatkan dipinggir bandar,menjalankan ekonomi sara diri.dan awak semua jangan lupa,rata2 semua orang melayu beragama islam xkira la islam pada nama sahaja.jadi kalau jatuh je melayu.secara tak lansung hilanglah islam dimalaysia.Sebab tu dari kita asyik kutuk bangsa kita baik.baik kita bagi penyedaran kepada bangsa kita untuk maju.dan lagi 1.jangan pandai bercakap je.adalah bagus jika golongan bijak pandai melayu berkumpul dan berbincang untuk memajukan melayu tanpa terikat dengan tujuan2 politik.

    ReplyDelete
  5. betul tu.mulianya melayu kerana islam.tiada islam tiadalah kemuliaan melayu itu.

    ReplyDelete