11 Jun 2011

layakkah kau menjadi mak orang?

salam atasmu

entri kalini cuma bersifat pandangan peribadi je. takde niat nak kutuk sape2. entri bersifat random dan general.

camni. semua orang pasti mempunyai ibu yang terbaik didunia.statement ini adalah sangat betul untuk semua orang. sebab dengan ALLAH bagi orang tua yang terbaik maka sebab itulah kau orang semua menjadi seperti apa yang kau orang jadi sekarang. setidaknya kau hidup sampai harini.ibu2 kita adalah ibu terbaik dalam dunia kita adalah tak lain kerana mereka telah menjalankan 'tugas keibuan' mereka dengan sangat baik. sebab itu kita sebagai anak mendaulatkan mereka sebagai ibu terbaik didunia kita

cuba tengok mak2 kita semua. mereka adalah roll model yang sangat perfect untuk kita semua dari kita kecik sampai besar gedabak sekarang ni.ibu2 zaman dulu telah menjalankan tugas mereka sebagai ibu dengan sangat perfect. cuba tengok mak2 kita dulu. biar belajar sampai phd pun, biar kerja tinggi mana pun, tapi tetap pandai masak. pandai buat kerja rumah. pandai mengaji dan ajar anak2 mengaji, seolah sifat2 keibuan tu macam secara alami sudah ada pada mereka.senang citer ibu2 zaman dulu adalah ibu2 yang tip top dalam menjalankan peranan sebagai seorang ibu.

bagi aku kan, mak2 kita ni diorang pandai menjalankan tugas sebagai ibu tidak lain kerana dari zaman muda mereka sudah dilatih dan sudah terbiasa dengan sifat baik untuk menjadi seorang ibu, dan mereka juga dari muda sudah mempunyai skill2 yang diperlukan untuk menjadi seorang ibu. zaman dulu mana ada istilah bohsia, awekz, bitch, chia, barai, dan sebagainya. istilah2 xbest ni baru ada zaman2 sekarang je.ni meunjukkan bahwa perempuan zaman dulu, bagi aku la, mungkin lebih berkualiti dari sekarang.

aku bukan ape, cuba tgk zaman sekarang. ramai golongan yang lebih mengejar pendidikan lebih dari benda lain sehingga aspek2 sebagai seorang bakal ibu dilupakan.bandingkan dengan ibu2 zaman dulu.pendidikan tinggi tapi tetap cekap menjalankan peranan sebagai seorang ibu. tapi ada segelintir perempuan sekarang? belajar tinggi2 tapi xpandai masak, xpandai buat kerja rumah.pandai nak melawa je. ade yang lagi teruk lepas makan, pinggan pun suruh orang lain basuh.serius aku penah jumpa perempuan camni. pastu plak kalo ko pegi mall2 cuba usya orang2 yang sedang berkapel. peluk sana sini, raba xtentu hala. awek pun biar je balak dia buat camtu.last2 clash jugak. xke macam 2nd hand je jadiknye nanti.tu belum masuk bab2 3gp lagi.malas la aku nak elaborate panjang2. kalo tgk dari pemakaian pun sama gak.ramai yang pakai tudung tapi terjojol2.tersembul2. dia bleh buat relak je.ape cerita?adakah dengan kualiti2 seperti ini yang mahu dijadikan modal untuk mendidik anak kau kelak?

mintak mahap le kalo bahasa agak kasar.xde niat nak attack sesapa pun. cuma aku tetiba terfikir je pasal benda ni. bagi aku, kita adalah kita yang sekarang ni xlain kerana peranan yang sangat besar dari seorang ibu. peranan ibu tu lebih besar dari seorang bapa dalam terbentuknya peribadi seorang anak sehingga seorang anak tu berjaya. kebanyakan dari kita kalo ada masalah mesti beritahu mak dulu kan? ape2hal mesti mak dulu. nabi pun mengangkat darjat seorang ibu lebih dari seorang bapa. ni menunjukkan bertapa crucialnya menjadi seorang ibu dan yang lebih penting lagi, menjadi ibu yang baik.

jadi, bila tengok keadaan sekarang ni, khususnya kaum perempuan modern, bolehkah mereka menjadi seorang ibu yang baik seperti mana golongan2 ibu sebelum mereka? adakah pengaruh era modernisasi dan teknologi maklumat berperanan mengubah kualiti perempuan zaman sekarang? atau mungkinkah ibu2 zaman akan datang akan menjadi ibu2 yang lebih baik dari yang sebelumnya? anda fikir2kanlah.saya pun xtau apa jawapannya.
sekian dulu terima kasih.

p/s - sekali lagi aku nak tekankan, tiada sesiapa yang di 'attack' dalam entri ni. semua ni bersifat umum je.pandangan peribadi je.

- laki2 zaman sekarang pun sama gak.makin teruk.berbeza dengan zaman dahulu. cuma aku tidak tekankan kerana faktor ibu lebih besar dari bapa dalam pembentukan peribadi seseorang. mungkin lain kali aku buat pasal bapa zaman modern plak pulak.

8 comments:

  1. tunggu post bapa zaman moden lak

    ReplyDelete
  2. thanks for the visit.kalo ada idea dan kesempatan nanti akan dibuat. kalo nak cerita pasal lelaki mungkin lagi teruk rasanya.

    ReplyDelete
  3. ape bole buat..bila terkejar2 benda yg tak pasti.mcm ni la..kadang2 aku tgk..bapa2 moden pn 1..dorang xkisah ke anak bini xpakai tudung,tergedik2 bila jumpa laki.walhal sbgai suami@bapa..kita juga punya tanggungjwb kt dorang.dan mak2 moden..jgn nak salahkan anak klu perangai cam setan..tengok camne kita didik anak kita kehh..jgn sebok ckp pasal anak org(haha.aku slalu kene kutuk ngan makcik aku dulu)

    ReplyDelete
  4. haha. mintak2 kita semua jauhla dari menjadi orang tua/ bakal orang tua yang xbtol.

    ReplyDelete
  5. salam dR

    kesedaran tu akan datang dengan tanggungjwb disamping usaha yang tak kenal erti putus asa..

    moga kita dan keturunan dijauhkan dari bersikap mcm kat atas tu..

    btw, sehat bro?
    :)

    ReplyDelete
  6. salam to my brader yusuf a.k.a peng yu

    alhamdulillah sehat bro dan aku sentiasa menantikan entri2 ko yang bermotivasi tu.haha. semoga sehat jugak bro.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the thought. Really meaningful.
    Nak share sedikit; cita-cita yg paling besar dalam hidup sy adalah menjadi seorang surirumah bila berkahwin nanti dan ingin menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang terbaik yang dapat melahirkan dan mendidik anak2 yang soleh dan solehah. Ada yg pernah mengutuk cita2 sy tapi sb mereka kata, "belajar tinggi2 tapi nak jadi suri rumah?"

    And I want to ask for your opinion too, about my ambition. Betul kah apa yg mereka kata itu tak berbaloi?

    -Anon-

    ReplyDelete
  8. saya nak bagi opinion lebih2 pun xsesuai sebab i'm no pro. tapi memang xde salah pun dengan niat awak tu. belajar tinggi2 kan dapat ilmu. lagipun sebagai perempuan, awak nak kerja atau tidak semua tu terserah diri awak la.sebab kalo dah berkeluarga yang wajib bagi nafkah itu suami. kalaulah awak dapat suami yang berpendapatan tinggi, saya cadangkan awak teruskanlah dengan niat awak nak jadi surirumah. tapi kot2 awak dapat suami yang income sederhana, saya rasa adalah lebih baik awak bantu dengan bekerja kot. sebab sekarang ni semua naik.ekonomi pun xmenentu. seorang ibu rumah tangga yang baik xkan menjadikan kesibukan dalam pekerjaan sebagai alasan untuk tidak menjadi ibu rumah tangga yang baik. semua bergantung dekat diri sendiri. terima kasih sudah melawat blog saya. saya cuma bagi pendapat peribadi saja.

    ReplyDelete