29 Jun 2011

rock2 jugak solat jangan tinggal

assalamualaikum

bersempena isra' mikraj kalini entri aku bermotif solat. tapi ini entri solat versi aku. aku xkan mengajak orang buat benda yang aku sendiri pun xbuat. contohnya solat berjemaah kat masjid. walaupun mengajak orang solat berjemaah kat masjid tu baik, tapi jika diri sendiri tak buat bagi aku seperti ada something wrong saja(walaupun sebenarnya dalam islam kau boleh mengajak orang berbuat baik walaupun benda tu kau pun tak buat).ibarat ketam mengajar anak berjalan betul. jadi entri solat kalini adalah entri solat versi aku.

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." al 'ankabut ayat 45





aku rasa kau orang mesti sudah familiar dengan ayat ni kan? solat memang mencegah perbuatan keji dan mungkar. aku pernah mengalami peristiwa dimana aku terlepas dari melakukan dan terjerumus untuk melakukan perkara mungkar. xperlulah aku ceritakan dengan detail. syukur ALLAH selamatkan aku.

"kenapa perlu solat? sebab kekadang walaupun aku solat, hidup aku tetap ditimpa bermacam2 masalah. exam fail, berniaga rugi, eksiden, kena tipu, sakit, dan macam2 lagi masalah yang nampak macam xde efek pun kalau aku solat"

mungkin sesetengah orang beranggapan bahwa solat tu tak memberi benefits apa2 pun. untuk berjaya, kita perlu usaha. solat tu macam membuang masa. nanti dah tua baru solat. semua pendapat ni adalah pendapat yang sangat keliru dan bodoh. sebab mereka2 yang tidak solat ni cuma celik mata zahir saja tapi mata hati sudah buta.

tak yah tengok jauh2. tengok diri sendiri je. dari hujung rambut sampai hujung kaki. dengan segala fungsi2 yang berjalan lancar. mata dapat melihat, lidah dapat berbicara, tangan dan kaki dapat bergerak, dan banyak lagi miracles yang ada cuma ditubuh kita sahaja. tidakkah itu sudah cukup untuk kita bersyukur pada ALLAH? bermacam2 nikmat yang ALLAH beri tanpa kau sedari. mata hati je yang dapat melihat dan merasai betapa nikmatnya pemberian ALLAH. terlepas dari segala masalah yang membelenggu kehidupan kita, sebenarnya ALLAH memberi kita lebih banyak daripada ALLAH menguji kita. ALLAH uji sikit je dengan masalah, tapi bagi nikmat yang berbilion2 banyaknye pada kita. bukankah itu alasan yang kuat untuk kita bersyukur dan menunaikan solat?

jadi disini aku menyeru diri sendiri dan semua agar tunaikanle solat sebab solat tu tiang agama. janganlah tinggalkan solat dengan sengaja. kalau tak terkejut time subuh, qadha' la semayang kau tu. semoga ALLAH mengampuni dosa2 kita dan semoga kau selamat dunia akhirat. dari berbilion2 nikmat2 ALLAH, ALLAH cuma mintak kita solat je.tak susah pun. solat tu pun untuk kita sendiri jugak. hidup aman dowh kalau solat.pecayalah cakap aku. gua tak bohong lu bai.ok sampai disini saja.

4 comments:

  1. Salam


    menurut Imam Ghazali, benda paling ringan dlm dunia ni ialah meninggalkan solat.

    terima kasih bro
    entry yg mengingatkan. nice~

    ReplyDelete
  2. salam. terima kasih bro. semoga kita dan keluarga kita dibawah lindungan dan rahmat ALLAH.amin

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. sekarang bab solat ni mcm semakin diringan ringankan j.. n me maself pn admit selalu j lgkpkn solat sndri tp xmampu na tego org depan mate yg tak solat...


    payah.

    ReplyDelete
  4. sama2.time kasih melawat blog ni. semoga yang baik dijadikan manfaat. n one thing kena bersyukur sebab ALLAH pilih kita jadi golongan orang2 yang mendirikan solat.

    ReplyDelete