13 Oct 2011

entri yang tidak racist lansung tentang melayu

assalamualaikum. salam bersatu untuk semua umat islam

topik kalini aku cuma mengutarakan pendapat peribadi.tiada unsur pecah belah.tiada sebelah mana2 parti.entri unity.



islam dan melayu dimalaysia memang tak dapat dipisahkan. sebut melayu automatik islam. sebut islam kat malaysia maknanya melayu. tapi bagaimana dengan bukan melayu yang peluk islam? senang cerita mereka pun kita panggil melayu jugaklah.sebab dalam perlembagaan kalau tak silap la melayu tu definisi dia adalah agama islam dan menjalani cara hidup seperti melayu.salah satunya adalah berbahasa melayu.jadi orang bukan melayu yang masuk islam pun secara automatik kita boleh panggil melayu jugak kat malaysia. kat malaysia ni melayu dan islam tu mungkin cuma perbezaan istilah je kot.



cuma mungkin masalah yang boleh timbul adalah seperti ada jugak melayu yang murtad. ada jugak melayu yang jahat.yang tolak hukum ALLAH terang2.yang menjadikan maksiat sebagai budaya.dan banyak jugak pemimpin2 melayu yang menjahanamkan hak2 orang dan menciptakan budaya yang merosakkan anak2 melayu dan suka memecahbelahkan orang melayu(tidak kira apa parti pun). mereka ni masih islam ke? nak dianggap melayu jugak ke? sebab melayu sangat sinonim dengan islam dan islam itu sinonim dengan keindahan,persatuan,keadilan,kebaikan. pening jugak beb. kalau diberi pertanyaan macam ni aku jujur tak tau nak jawab camne. senang cite baik guna perkataan islam je lah. sebab bila sebut islam maknanya positif semua. xde negatif lansung. kalau sebut melayu boleh je orang kaitkan dengan benda2 negatif. sedangkan islam tu perfect.tiada cacat cela.melayu yang ada cacat cela.



ok from now on kita sebut islam je. tapi kekadang bila ada yang terlepas cakap tersebut melayu untuk tujuan persatuan,untuk tujuan islam, untuk tujuan baik2 dan tiada bertujuan perkauman aku harap kau faham2 je la.yang penting dapat maksud dia. ok sampai sini dulu. ni pendapat peribadi aku je.kalau nak betah,atau tak setuju ikut suka kau la.tak luak pun aku punya pendapat ni.

p/s - BUKAN semua orang UMNO tu jahat(ada mereka yang masih belum nampak sebab dipergunakan dan diperalatkan) dan
TAK semua orang PAS tu baik ( sebab banyak yang taksub dengan parti dan rela bermusuhan dengan sesama melayu berlainan parti). kan lebih baik bersatu.
buang yang TAIK ambil yang BAIK.

2 comments:

  1. Asalamualaikum dR

    Dalam perlembagaan mmg didefinisikan melayu sebagai Islam. bila murtadnya seseorang Islam tu, maka hilanglah kemelayuannya. dalam erti kata lain, melayu dan Islam tu mesti sama2. tk boleh dipisahkan. bukan aku yang kata tapi ni Lord Reid and gang punya keje yang merangka perlembagaan persekutuan lebih 50 tahun dulu.

    hakikat di malaysia sekarang ni ialah umno bawak nama melayu dengan perjuangan kebangsaannya. nama pun pertubuhan kebangsaan MELAYU bersatu. nama melayu di situ. kita semua tahu perjuangan umno apa.

    parti PAS atau penuhnya parti islam semalaysia bawak nama ISLAM. jadinya agenda utamanya bukan mengenai Melayu tapi ISLAM.

    kalau rujuk kepada perlembagaan persekutuan yang digubal, kita boleh rumuskan dua2 parti ni memperjuangkan Islam dan Melayu sebab dua2 entiti ni tak boleh dipisahkan. Melayu mesti Islam. jika keluar dari Islam, maka gugurlah dianya sebagai melayu.

    rumusan yang boleh dibuat (berdasarkan hakikat sekarang) ialah bukan pas atau umno sebenarnya yang penting. tapi Islam dan melayu.

    kalau takde pas pun, kita masih Islam.
    dan sekalipun berkuburnya umno, kita masih melayu.

    cuma sekarang dua2 entiti ni penting dalam landskap politik malaysia. aku lebih suka kalau sekiranya umno memerintah dan pas menegur kesalahan yang umno buat secara berhemah. bak kata pepatah melayu, ibarat tarik rambut dalam tepung. rambut jangan bagi putus, tepung jangan biarkan berselerak.

    tak semestinya memerintah saja pas boleh laksanakan apa yang dihajatinya. apasalahnya beri kefahaman kepada umno supaya jadi pemerintah yang adil dan mengikut syariah dengan cara rundingan, syura dan bersabar. yang dikesalkan ialah dalam ceramah, pas gunakan sebagai pentas mengutuk apa yang umno buat. apa kesudahannya?

    aku pernah terdengar dari tokoh pas yang kata dulu pas pernah bagi peluang pada umno masa pas sama2 dalam bn. tapi dipergunakan dan dikhianati. pas bimbang perkara sama akan berulang sekiranya umno dan pas berbaik. masalahnya sekarang, takan takde kemaafan langsung? ataupun tak boleh kah kita bersangka baik? salah ke?

    ok, aku banyak sentuh mengenai pas sebab aku percaya pas ada fikrah berbanding umno/ tentulah pas akan lebih faham strategi yang boleh digunakan untuk memastikan umno boleh terima idea2 pas tanpa memecahkan masyarakat. pas ada ulamak yang bagus2. kenapa perlu gadaikan agama untuk kuasa yang sementara ni?

    tak semestinya dengan berkuasa saja kita mampu mengubah dunia..

    kepada umno, aku rasa kalau nak terus relevan, umno kena buat serupa bikin dan jangan hanya gunakan Islam ikut suka saja. terima separuh dan ketepikan yang separuh lagi. sebagai parti yang berkuasa dan berpengaruh, umno perlu melakukan perubahan 360 darjah meninggalkan apa yang mereka percaya ianya betul saja.

    aku tak sokong mana2 pihak. aku pandang dari sudut anak muda yang mahukan perubahan. dah jemu dan meluat tengok percakaran dua entiti penting ni seolah2 budak 5tahun yang berebut ais krim.


    dalam hidup ni bab bersangka baik,bersabar, bijak dan berhemah bukan hanya diaplikasi dalam diri individu tapi meluas termasuk kepada kedua2 parti (umno dan pas)


    bro, ayat lu yang bawak sekali tu sebenarnya rumusan paling TEPAT

    ReplyDelete
  2. well said bro. kita orang muda memang nak unity.cuma orang2 tua kita ni bermasalah sket.mungkin sebab pengalaman kot.dan satu lagi yang menyebabkan susahnye persatuan adalah jika pemimpin tu ada udang sebalik mee. ada yang jadi politician sebab nak kuasa dan harta.golongan2 camni cakap ape pun dia memang tak amik port punya.lu berbuih la buat statement dan ceramah serta demo dan buat surat tuntutan dia buat derk je.ada je alasan untuk betah balik dan sentiasa carik cara untuk terus berkuasa. islam dan melayu pegi mampos aku tak kesah.serius ada bro golongan pemimpin camni. sampai aku nampak macam mustahil je persatuan sebab golongan2 camni berada diatas.orang bawah kena ikut je la. persoalannya bilakah persatuan dapat tercapai? itu yang paling penting.sebab kalau asik camni je, asik bertelagah je makin lama makin hancur negara kita dibuatnye.if that happens bukan salah umno je tapi salah pakatan rakyat jugak.semua bertanggungjawab.

    ReplyDelete