13 Oct 2011

kisah nabi jatuh pengsan apabila diberitahu tentang neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibril:

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

p/s - di ambil dari blog rakyat marhaen

4 comments:

  1. salam dR

    terima kasih atas perkongsian.
    gerun mendengarkan kebenaran neraka.
    semoga kemungkaran yang kita tinggalkan dan amalan baik hidup kita di dunia ini menghindarkan kita dari neraka jahanam.
    Ameen.

    ReplyDelete
  2. saja nak kongsi

    Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

    "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

    Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
    oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
    ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
    kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
    menjawab:

    "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
    golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
    sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
    adalah seperti berikut:-

    1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
    mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

    2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
    melengah-lengahkan solat lima waktu.

    3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
    dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

    4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
    berdusta.

    5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
    mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

    6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
    balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

    7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
    darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
    kebenaran.

    8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
    kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
    sebelum bertaubat.

    9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
    Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

    10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
    menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
    ibu bapanya.

    11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
    bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
    kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


    Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

    12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
    titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
    dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
    dalam keadaan bertaubat."

    ReplyDelete
  3. astaghfirullahalazhim. pergh cuaknye. semoga rahmat ALLAH menyelamatkan kita dari termasuk dalam sebelas golongan yang masuk neraka tu.amin

    ReplyDelete