30 Aug 2009

kenapa dengan engkau ni??????

salam
ada segelintir perempuan yang selalu untuk memperjuangkan hak kesamarataan dengan laki2. "ape yang laki2 dapat, kita pun boleh dapat juga, apa yang laki2 buat, kita pun boleh buat juga", kata mereka.even ada yang nak jadik imam solat kalo semayang dengan laki2 pun ada.punyala dhsyatnye. tapi dalam sesetengah keadaan, kenapa perlu ada ungkapan2 seperti 'ladies first', "awakla pergi tempat jauh tu, saya kan perempuan", "perempuan mane boleh buat keja berat2 ni, awak je la ek", "awakla yang jaga malam, saya perempuan bahaya kalau balik malam2" dan sebagainya.

disini la yang buat aku xpaham. kenapa bila awak tau awak tu kurang berdaya, tapi tetap juga awak nak mempersoalkan hak2 kesamarataan antara gender awak dan lelaki?even kalo boleh awak nak jadi pemimpin dan memimpin golongan laki2.tapi sebenarnya awak tau awak lemah. awak tau golongan awak ni ada satu elemen iaitu emosi yang boleh memberi efek yang tidak baik dalam decission making. ni la masalah dengan sesetengah perempuan zaman sekarang.dengan semakin meningkatnya taraf hidup dan social economy so awak mula rasa bahwa awak berhak untuk mempersoalkan hak kesamarataan.

aku bukanlah golongan yang memandang rendah dengan keupayaan perempuan tetapi bagi aku masing2 ada peranan masing2. ada waktunya perempuan perlu dilebihkan dan adakalanya laki2 perlu dilebihkan. even kalo harta wasiat pun kalo xsilap aku anak laki akan dapat lebih dari perempuan. tu ALLAH yang tentukan. masih awak tidak berpuas hati?

aku juga bukan anti dengan perempuan. cuma aku agak bengang dengan idea pemikiran golongan perempuan seperti itu. battle of the sex seharusnya tidak wujud. aku sangat meninggikan darjat perempuan, mana taknye, dua orang yang paling aku sayang kat dunia adalah perempuan ( mak ngn nenek), pastu laki2 ( baba ngn adik aku), dan orang2 yang aku sayang kebanyakkannya perempuan (makcik2 n sedara2).

korang xkanle tak tau bahwa nabi pun mengangkat darjat perempuan dengan sangat tinggi. dalam quran jelas mengatakan bahwa laki2 adalah pemimpin kepada perempuan.bukan bermaksud laki2 berhak melakukan apa sahaja kepada perempuan tetapi oleh kerna ALLAH memberikan laki2 dengan kekuatan dan ALLAH memberikan perempuan dengan kelembutan, maka laki2 diberi tugas sebagai pemimpin. so ape lagi yang nak dopersoalkan?so berhentilah dari berfikir tentang siapa yang lebih superior dan siapa yang inferior. macam tadi yang aku tulis, masing2 ada peranan masing2 dan itulah yang menjadikan dunia ini tetap berputar.

p/s - 'awak' disini aku tujukan untuk golongan yang selalu mempersoalkan hak2 antara laki2 dan perempuan. post ini aku tidak tujukan kepada mana2 individual tetapi secara umum sahaja.

21 Aug 2009

seloka ramadhan

pagi2 ke kedai kopi,
niat di hati nak makan roti,
bulan ramadhan sudah kembali,
setelah lama aku menanti, (ye ke? mudah2an)

roti sepinggan xcukup lagi,
sebab xcukup, ku tambah lagi,
taun lepas punya terawih banyak tak pegi
harap2 taun ni tak berulang lagi.

habis makan ku senang hati,
perut penuh xberbunyi lagi,
bulan ramadhan tempat mengisi,
pundi amal untuk kemudian hari.

pulang kerumah tengok tv,
xde cerita ku pasang dvd,
cuma satu hal yang aku belum mengerti,
kenapa setiap kali puasa makin bertambah beratku ini?

sedang asyik kutengok dvd,
tiba2 letrik pun mati,
harta yang lebih janganlah makan seorang diri,
ingatlah kat orang lain, tolonglah dibagi2 (maksud aku pada orang yang kurang berkemampuan)

letrik mati, kusakit hati,
rupa2nya bil tertunggak lagi,
sekian dulu pantun ku ini,
semoga diakhir ramadhan, kemenangan menanti (amin)

16 Aug 2009

tribute to the legend.......


tak gendong, kemana2.....
tak gendong, kemana2....
enak donk, mantep donk,
daripada kamu naik pesawat kedinginan mendingan tak gendong toh? enak toh? mantep toh?
ayoooo kemana?
tak gendong, kemana2....
tak gendong, kemana2....
enak tau,,,
HAHAHA....

where..... are u going?
ok...... i am walking,
where..... are u going?
ok...... my darling,

HAAAAAAAA ...... HAAAAAAAAA........... HAAAAAAAAAA......... HAAAAAAAAAAAA

ps/ Al Fatihah to mbah surip the legend. http://www.youtube.com/watch?v=u55fa718OkQ (sori ar beb aku lupa cara nak download file dari youtube ar)

14 Aug 2009

kehilangan yang tiada pengganti

AL FATIHAH buat ustaz Asri Rabbani yang telah meninggal dunia pada tanggal 13 ogos 2009. Semoga rohnya diberkati ALLAH dan ditempatkan dalam golongan hamba2NYA yang soleh. Kita telah kehilangan seorang pendakwah dalam bidang nasyid yang tidak ada pengganti. aku dari kecik lagi sudah menggemari lagu2 ustaz asri dari beliau masih di nadamurni lagi.bagi aku suara ustaz asri ni yang paling sedap, merdu. serius suara dia memang sedap banget.adala dua tiga kali aku pernah menonton persembahan live dari rabbani dan memang tidak ada beza suara dia live ataupun dalam radio. dan yang paling penting lagu2 beliau semua berkonsepkan ketuhanan, dan menyuruh orang untuk berbuat baik.mudah2an itu dapat membantu beliau ketika diakhirat nanti. selamat jalan ustaz Asri. semoga engkau diberkati.amin

9 Aug 2009

betol ke???? ntah le.......

salam

kemarin dekat tvone ade tayang detik2 penangkapan nordin mat top. aku smalam layan gak ar siaran tu. macam movie pun ade gak. dekat 18 jam serbu last2 polis dapat gak tawan rumah yang didalamnya ada 'nordin mat top' tu ( aku buat tanda petik sebab sampai skarang polis xberani nak declare yang diorang bunuh tu nordin mat top sebab belum tes dna).tapi kalo dari surat kabar local diorang menyangkal itu nordin atas sebab2 tertentu.

ok la betul tu nordin ke atau tidak tu aku xkesah.bukan tu yang aku nak bicarakan disini.yang aku nak bicarakan.yang aku nak bicarakan disini adalah mengenai pengeboman. betul atau tidak?

secara jujur aku pun sampai skarang memang xleh nak cakap atau nilai ini betul ke atau tidak. sebab golongan2 ulama dan agama pun ada yang pro dan kontra tentang benda ni. ada yang memetik dari ayat quran, aku lupa surah dan ayat brape tapi ayat hujung2nya maksudnya begini "janganlah kamu letakkan diri kamu dalam kebinasaan" (maaf mungkin ada yang boleh memberi lebih detail ayat ini).dan dari ayat ini mereka memutuskan bahwa tindakan pengeboman ini bertentangan dengan ajaran islam.

tapi aku cuba melihat dari sudut pandang golongan 'mujahidin' ini jugak. dulu aku pernah tgk temuramah dengan arwah amrozi. ketika ditanyakan mengapa mereka pilih jalan begini maka mereka memberikan penjelasan mereka. amrozi bilang dia sebenarnya berperang dengan amerika dan sekutu2 yahudi amerika. dari penjelasan amrozi, sebenarnya kita ni sedang dijajah oleh amerika dan sekutu2nya tapi cuma kita je xsedar. lihat saja ekonomi kita semuanya berkiblatkan ke sana.ekonomi amerika jatuh, habis satu dunia kucar kacir jadinya. kemudian, kita tengok sistem pentadbiran dan pemerintahan? demokrasi, liberal dan sebagainya, itu yang dibesar2kan dan dianuti. syariah, hudud, semua tu dianggap kolot. ironisnya yang menganggap kolot tu adalah orang yang mengucap LAILAHAILLALLAH.xtaula mungkin dia cuma mengucapkan di lidah saja tanpa ada rasa kebesaran ALLAH. terus, lihat anak2 muda zaman sekarang? cara hidup mereka? cara berpakaian mereka? pergaulan mereka? kebanyakannya berkiblat ke barat. itu sebab golongan muda sekarang ni sangat lemah, tiada jati diri, sebab pegangan agama dalam diri sangat lemah.berapa ramai anak muda yang sekarang ini memikirkan tentang hari akhirat? rata2 tidak memikirkan itu kerna terlalu sibuk dengan kenikmatan dunia ni.

dan daripada sebab2 kat atas tu amrozi menjelaskan bahwa amerika sedang menjajah orang muslim kat nusantara dan oleh sebabtu gak mereka memutuskan untuk berperang dengan amerika dengan cara mereka sendiri (mengebom tempat2 maksiat dan aset2 amerika di indonesia)

aku rasa ada betul gak ape yang amrozi cakap tu.kita sebenarnya memang dijajah.cuma xsedar je. tapi mengenai cara melawan penjajahan melalui peristiwa pengeboman tu aku serahkan pada ALLAH. cuma ALLAH yang bisa menentukan itu benar atau salah. tapi aku sokong niat golongan2 ini kalo betul memang niat mereka 100% untuk memperjuangkan islam. tapi kan ade pepatah yang mengatakan matlamat xmenghalalkan cara? camne plak tu yerk? WALLAHUA'LAM. kita serahkan semua kepada ALLAH. mudah2an dengan niat yang murni ALLAH bagi keampunan dan ape yang mereka mau yaitu shahid.

aku disini cuma boleh menyimpulkan bahwa mengenai betol atau tidak tindakan mereka ini, semuanya diantara mereka dan ALLAH. tetapi jika mereka melakukan ini 100% demi islam, maka aku rasa aku sokong kot. ape2 yang ko perjuangkan asal itu mengikut syariat dan berlandaskan islam, aku sokong kau. tapi kalo perjuangan kau lain daripada itu, PERGI MAMPOS SAMA ENGKAU!!!!!!!!!!

2 Aug 2009

hoi gemok! lawak lah kau ni!

salam

entri kali ni mengenai golongan2 seperti aku. tapi sebelum tu aku tau skarang ni kat msia tengah kurang stabil sket tapi malas aku nak tulis pasal benda2 tu. buat sakit kepala je pikirkan keadaan msia skarang. semua xnak mengalah. yang pro kerajaan tetap ngn pendirian dioang begitu juga yang pembangkang. aku sampai dah naik muak dah dengan pergolakan.aku benci ketegangan dan sewaktu2 dengannya. aku dambakan keamanan dan saling menghormati antara satu sama lain. sebabtu kalau main bola petang2 aku xsuka main ganas sebab aku rasa dengan main ganas maka itu boleh menimbulkan ketegangan dan dari ketegangan macam2 benda bleh jadi. kalau nak bertindak ganas, bertindak ganaslah ditempat yang betul, dengan musuh anda sebagai contoh. tu prinsip aku. aku bencikan keganasan tetapi bila sewaktu2 memerlukan aku untuk bertindak ganas maka akan aku lakukan. tapi cuma dengan musuh aku sahaja ( musuh disini adalah orang jahat yang mencari gara2 dan juga orang jahat yang mau mencari masalah dengan muslim).

alamak ni dah salah entri ni. tadi aku nak tulis benda lain skali muqadimah jadi benda lain plak. ok kembali pada topik asal. xlama dulu aku pernah tgk satu cerita di hbo ni pasal org gemok. dalam cerita tu dia mengetengahkan apa2 permasalahan orang gemok. seperti kurang keyakinan dirila, cepat tersinggung dengan pendapat orang la dan sebagainya. disini aku mau memberi pendapat aku kepada dua golongan. satu kepada golongan orang gemok dan satu lagi kepada golongan yang mencemuh orang gemok.

ok kepada golongan orang gemok yang cepat sensitif sebab awak pikir orang gelak kat kegemukkan awak ataupun awak sensitif bila ditegor pasal berat badan awak. wake up! aku pun gemok gak. dan sudah pasti orang yang gemok itu menjadi gemok kerana intake yang berlebihan dari orang biasa. dengan erti kata lain gemok itu terjadi kerana seseorang tu kuat makan atau banyak makan. so awak jadik gemok tu sebab sape? sebab diri awak sendiri! sape suruh banyak makan? terimalah akibat dari banyak makan tu! kalo xmo gemok kontrol la makan tu supaya jadik kurus dan nanti orang xcakap pasal awak lagi.bersenamke atau apeke. ini tidak, keja nak sensitif je bila org tego pasal berat badan awak tapi yang awak pegi kuat makan tu buat ape? padan kan dengan muka awak sendirila! bongok jugakla kalo mengikut pandangan aku.haha

ok kepada golongan yang suka memperlekehkan atau make fun dengan orang gemok. orang tu nak gemok ke atau nak kurus ke lantak dia la asal dia xmenyusahkan ko. yang ko nak susah ati dengan diorang apsal? diri sendiri dah perfect sangat ke? mungkin ko mempunyai figure yang perfect tapi ade satu benda yang buruk dari korang golongan ni. hati korang agak bermasalah sket. korang tidak mempunyai hati yang baik.orang kalo hati baik xde nak make fun atau menyakitkan hati orang lain. maksudnya disini korang pun sama jelek atau buruk nya dengan orang lain.so xyahla nak bajet bagus.ada paham?

ok sebagai kesimpulan aku nak cakap kat sini ade ape dengan kegemukkan?aku pun dalam kategori gemok gak tapi xde pun aku nak sensitif2 sebab berat badan aku berlebih. ape yang org kurus buat semua aku boleh buat ( kecuali pakai pakaian saiz kecik2la itu xbleh.haha). gemok ni bukan penghalang bagi aku.petang2 bleh main bola macam2 skill aku bleh buat.even ade skil2 yang aku bleh buat tapi member2 aku yang kurus pun xleh buat.haha.tapi banyak gak yang aku kantoi waktu main petang2 tu. yang penting bagi aku adalah gaya hidup sehat. aku bersukan, aku xmerokok, xisap dadah, tidak mengamalkan pergaulan bebas. jadi xbanyak benda yang aku perlu khawatirkan daripada kegemukkan aku ni. begitu juga dengan kau2 orang gemok2 diluar sana.janganla buat kegemukkan sebagai alasan. kau gemok sebab kau jugak. jadi kalo xnak gemok kurangkan makan dan banyakkan senaman. titik. senang cerita.

ada ape2 yang mau dikongsi?.....................