14 Aug 2009

kehilangan yang tiada pengganti

AL FATIHAH buat ustaz Asri Rabbani yang telah meninggal dunia pada tanggal 13 ogos 2009. Semoga rohnya diberkati ALLAH dan ditempatkan dalam golongan hamba2NYA yang soleh. Kita telah kehilangan seorang pendakwah dalam bidang nasyid yang tidak ada pengganti. aku dari kecik lagi sudah menggemari lagu2 ustaz asri dari beliau masih di nadamurni lagi.bagi aku suara ustaz asri ni yang paling sedap, merdu. serius suara dia memang sedap banget.adala dua tiga kali aku pernah menonton persembahan live dari rabbani dan memang tidak ada beza suara dia live ataupun dalam radio. dan yang paling penting lagu2 beliau semua berkonsepkan ketuhanan, dan menyuruh orang untuk berbuat baik.mudah2an itu dapat membantu beliau ketika diakhirat nanti. selamat jalan ustaz Asri. semoga engkau diberkati.amin

No comments:

Post a Comment