30 Aug 2009

kenapa dengan engkau ni??????

salam
ada segelintir perempuan yang selalu untuk memperjuangkan hak kesamarataan dengan laki2. "ape yang laki2 dapat, kita pun boleh dapat juga, apa yang laki2 buat, kita pun boleh buat juga", kata mereka.even ada yang nak jadik imam solat kalo semayang dengan laki2 pun ada.punyala dhsyatnye. tapi dalam sesetengah keadaan, kenapa perlu ada ungkapan2 seperti 'ladies first', "awakla pergi tempat jauh tu, saya kan perempuan", "perempuan mane boleh buat keja berat2 ni, awak je la ek", "awakla yang jaga malam, saya perempuan bahaya kalau balik malam2" dan sebagainya.

disini la yang buat aku xpaham. kenapa bila awak tau awak tu kurang berdaya, tapi tetap juga awak nak mempersoalkan hak2 kesamarataan antara gender awak dan lelaki?even kalo boleh awak nak jadi pemimpin dan memimpin golongan laki2.tapi sebenarnya awak tau awak lemah. awak tau golongan awak ni ada satu elemen iaitu emosi yang boleh memberi efek yang tidak baik dalam decission making. ni la masalah dengan sesetengah perempuan zaman sekarang.dengan semakin meningkatnya taraf hidup dan social economy so awak mula rasa bahwa awak berhak untuk mempersoalkan hak kesamarataan.

aku bukanlah golongan yang memandang rendah dengan keupayaan perempuan tetapi bagi aku masing2 ada peranan masing2. ada waktunya perempuan perlu dilebihkan dan adakalanya laki2 perlu dilebihkan. even kalo harta wasiat pun kalo xsilap aku anak laki akan dapat lebih dari perempuan. tu ALLAH yang tentukan. masih awak tidak berpuas hati?

aku juga bukan anti dengan perempuan. cuma aku agak bengang dengan idea pemikiran golongan perempuan seperti itu. battle of the sex seharusnya tidak wujud. aku sangat meninggikan darjat perempuan, mana taknye, dua orang yang paling aku sayang kat dunia adalah perempuan ( mak ngn nenek), pastu laki2 ( baba ngn adik aku), dan orang2 yang aku sayang kebanyakkannya perempuan (makcik2 n sedara2).

korang xkanle tak tau bahwa nabi pun mengangkat darjat perempuan dengan sangat tinggi. dalam quran jelas mengatakan bahwa laki2 adalah pemimpin kepada perempuan.bukan bermaksud laki2 berhak melakukan apa sahaja kepada perempuan tetapi oleh kerna ALLAH memberikan laki2 dengan kekuatan dan ALLAH memberikan perempuan dengan kelembutan, maka laki2 diberi tugas sebagai pemimpin. so ape lagi yang nak dopersoalkan?so berhentilah dari berfikir tentang siapa yang lebih superior dan siapa yang inferior. macam tadi yang aku tulis, masing2 ada peranan masing2 dan itulah yang menjadikan dunia ini tetap berputar.

p/s - 'awak' disini aku tujukan untuk golongan yang selalu mempersoalkan hak2 antara laki2 dan perempuan. post ini aku tidak tujukan kepada mana2 individual tetapi secara umum sahaja.

2 comments:

  1. hahaha... kalo dah namanye 'laki' ngan 'pompuan', takkan sama punye... percayalah, kalau semua org sibuk menuntut hak, dunia takkan aman. sebelum tuntut hak sendiri, tanya dulu, kita dah bagi belum hak org lain... huhu...

    ReplyDelete
  2. itu maksud aku.masing2 buat je hal masing2.

    ReplyDelete