19 Dec 2009

ni hal orang laki je. orang pompuan toksah sebok.

salam.
kalau dulu waktu aku skola menengah dulu waktu tu zaman underground tgh naik. so macam2 kumpulan yang timbul. budak punkla, skinheadla, budak hadcorela, budak grungela, budak hiphopla, emola, budak black dan macam2 lagi. bangge kalo dapat pegi function, gig dan sebagainya.kalo ari sabtu ngn ahad pegi mall memang muka2 ni je la yang nampak.lebih2 lagi kat tempat snuker ngn tempat2 game. pastu tersenggol sket nak gado.panggil budak2 dia pastu gado.kalo sorang2 xberani tapi kao ramai diala hero. sebab tu waktu dulu ramai yang nak join benda ni. mungkin sebab nak jadik gah dan nak ade backup kalo bergado.

tapi tu dulu.skang dah slow dah.mungkin masih ade tapi dah tak banyak lagi.masing2 dah bosan agaknye dengan perjuangan masing2.tapi aku tengok keadaan sekarang sebenarnya sama dengan keadaan dulu cuma situasi dia sedikit berubah. kalo dulu grup berdasarkan genre musik.skangni berdasarkan nombor dan warna plak. 30 la, 31 la, 77 la, 19 la, seratus dua puluh sembilanla, merahla, putihla, kelabula dan sebagainya.kalo dulu jadik budak skin skang jadi budak 3 kaler plak. sama dengan dulu.kalo dulu gado panggil budak2 grup dia, sekarang dah panggil adik beradik plak.potong sini potong sana. masih sama gak dengan dulu.bangga dengan kelompok dia. padahal sebenarnya tujuan kelompok kau tu ditubuhkan adalah untuk amar makruf nahi munkar. untuk membela agama dan kebajikan orang islam. murni tu tujuan camtu.

so dari pandangan aku keadaan dulu dengan sekarang ni xjauh berbeda.budak2 melayu(bukan semua) kita memang cenderung untuk nak ade backup supaya nampak kuat.aku buat post ni bukan untuk attack maupun blame mana2 pihak tapi semacam ayat penyata saja.mengekspresikan saja.cuma nasihat aku bukan xboleh nak jadik gangster atau fighter atau nak jadik kuat, tapi biarla tujuan kau itu baik untuk membantu orang yang dalam kesusahan dan melawan mereka2 yang cuba menjatuhkan maruah kau apatahlagi kalau agama yang dipertaruhkan.ini tidak, amar makruf nahi mungkar tapi semayang seminggu skali.pastu nak blaja buah ni buah tu, ilmu ni ilmu tu, nak blaja tassauf la, ilmu agama yang tinggi2 la tapi rukun solat pun kau tak hafal.kan tak betul tu.yang penting sekali adalah setiap ape yang kita buat ni niat harus kerana ALLAH. baru betul jadiknya.kalo niat kerana benda lain tu yang jadik menyimpang tu.ok sampai disini dulu.

2 comments:

  1. Member kau yang ajak kau naik kapal tu, kau ikut dia tak? Tak perlu pun benda ni semua. Kita ada keluarga masing2. Ada kawan2 masing2. Setiap benda ada karma dia sendiri. Hari ni aku di atas, esok aku di bawah. Tak boleh ubah semua tu.

    Aidilfitri akan datang aku balik. Harap satu keluarga semua dapat berkumpul.

    ReplyDelete
  2. aku pun tak tau nak buat keputusan lagi tapi nanti2lah baru aku pikirkan.btol cakap kau.keluarga dah cukup untuk harungi segalanya.dah cukup kuat dah.bgus aish raya ni ko balik eh?cun2. belikan aku tshirt lonsdale satu.hahaha.jenama budak2 skin slalu pakai tu dulu2 selain fred perry.haha

    ReplyDelete