28 Jan 2010

nasik minyak sedap giler............

wassalamualaikum.

posting kali ni adalah mengenai perkahwinan. sejak dua menjak ni aku rasa terlalu banyak teman dekat maupun saudara aku yang akan melansungkan perkahwinan. aku sedikit terperanjat. kenapa mereka2 itu sudah mau kawen? padahal umur2 mereka itu tak jauh beza ngn aku.paling satu dua taun.kalo member2 aku lagi la same umur dengan aku. kenapa dengan mereka ini? tidak terlalu cepatkah mereka untuk berkahwin sekarang? perasan baru je abes sekolah kemarin. bukankah mereka2 dulu pernah melakukan benda2 xsenonoh dan benda2 bodoh dengan aku bersama2?borak2 benda xsenonoh jugak? ai tup tap dengar cite dah nak kawen plak.terperanjat aku.

tapi bila pikir2 balik sebenarnya aku yang terlupa bahwa umur aku dan mereka2 itu sebenarnya sudah meningkat dan sudah boleh mendirikan rumah tangga.even ade member aku yang sebaya dah ade anak lima taun dah.btol2 la. taun ni aku dah 24.giler kejapje rasa waktu berlalu.dan bila merenung balik rupa2nya kengkawan dan saudara2 aku sudah berkerjaya dan punya pendapatan sendiri. mungkin seiring dengan berkejaya mereka juga semakin matang sehingga mereka telah naik level serius dalam hidup mereka.dan mungkin aku belum sampai level seperti mereka sehingga aku belum lagi untuk memikirkan untuk kehidupan serius apatah lagi perkahwinan.mungkin sebab aku belum berkerjaya lagi kot.hidup aku pun masih kucar kacir lagi.belum siap lagi untuk kearah situ.bukannya tidak terfikir, tapi mungkin belum waktunya.tapi dalam pada itu the search is still on. kepada muslimah2 yang berwajah ayu, berhati mulia dan taat pada agama yang berminat sila hantarkan penyertaan anda ke email saya yerk.surat menyurat tidak dilayan.hahahaha.

tapi to be honest bagi aku perkahwinan bukan benda yang simple dan dibuat dengan tergopoh gapah. xperlu kau takut atau melenting ibarat cacing kepanasan kalau kau blum ada jodoh dan umur kau sudah lanjut.mcm ade sesetengah member aku cam dah desperate xkawen2 lagi sebab umur dah lanjut.biarlah member2 kau dah kawen dulu.xperlulah kau nak ikut diorang jugak nak cepat tapi persediaan xde.aku ada dua makcik yang sudah umur 50lebih tapi belum kawen.tapi mereka bahagia saja tidak mengeluh pun.hidup mereka pun senang kerana dikelilingi oleh adik beradik dan saudara serta anak2 buah yang care terhadap mereka.xde anak pun xpe sebab anak buah banyak bleh jaga diorang termasuklah aku.

bagi aku perkahwinan memerlukan sebuah tanggungjawab yang besar.dan aku bukanlah seorang pemimpin yang baik tapi aku lebih suka bekerjasama.sebab leader is a one man job sedangkan kerjasama lebih bagus kerna dapat give and take disitu.maksud aku dengan bekerjasama maka akan saling membetulkan antara satu sama lain.kalo untuk aku, kalo sudah berkahwin satu hari nanti maka tanggungjawab aku adalah membawa seluruh keluarga aku masuk ke syurga dengan mendapatkan redha ALLAH.dan itu tidak mudah.makanya sekarang aku belum lagi memikirkan tentang perkahwinan kerna aku tau aku masih belum siap.mudah2an semakin berlalunya waktu akan mempersiapkan aku untuk memikul tanggungjawab itu.

dan sebagai penutup aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua saudara2 aku dan kengkawan aku yang ingin melansungkan pernikahan pada taun ini. semoga sakinah mawaddah warohmah bersama2 dengan kalian.amin...............

2 comments:

  1. kau dah 24 pis. haha. aku dah 22. tup tap tup tap 22! peh

    ReplyDelete
  2. tu ar dulu kau ngn aku sama tinggi.skang aku pendek giler dari kau.haha

    ReplyDelete