27 Feb 2010
tu la kau aku dah cakap kau xnak dengar
dalam hidup ada suka duka,
biasalah dunia. kadang2 kita suka, kadang2 berduka,
dan tiap2 suka dan duka itu ada awal dan ada akhirnya,
jika hari ini kau berduka maka mungkin esok kau mungkin gembira,
dan sebaliknya berlaku jika hari ini kau gembira,
dan perkara yang sama berulang lagi dan lagi dan lagi sehingga waktu berlalu menninggalkanmu,
dan kau terus terleka kerana selalu memikirkan suka dan duka kehidupan dunia kau itu,
terlalu penting bagimu semua itu,
sehingga sampai pada suatu waktu dimana semua suka dan duka dunia itu tidak lagi berguna untukmu,
kerana kau akan pergi ke dunia yang baru,
maka tersentaklah kau pada waktu itu,
memikirkan apakah persediaanmu untuk kedunia yang baru itu?
apakah sewaktu kau sibuk dibuai suka duka dunia dahulu kau telah mempersiapkan dirimu untuk dunia yang baru?
atau tidak ada persiapanmu sama sekali?
berbahagialah jika kau telah mempersiapkan dirimu untuk duia yang baru,
dan rugilah jika sewaktu kau sibuk memikirkan suka duka duniamu, tidak ada satupun persiapanmu ke dunia baru itu,
kerana disitulah akan tetap dan kekal wujudmu,
tiada lagi pengakhiran disitu, tidak ada lagi toleh kebelakang,
sekali kau bersuka, SELAMANYA KAU BERSUKA,
sekali berduka, TERUSLAH KAU BERDUKA,
oleh itu bersiaplah kau selagi punya masa,
siapa tahu nanti besok engkau telah tiada.............................
21 Feb 2010
vintage
nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
pokok bunga melor, tanam tepi pantai,
itik bertelur, ayam menetas,
cik baba jatuh dalam parit,
cik aminah ketawa jerit2,
naik kereta api sampai kuala lumpur,
dapat bini cantik terselit bawah dapur.
p/s - saja mengembalikan kenangan waktu kecik2.lepas dengar lagu philgrims tadi tetiba timbul idea nak post benda ni.
- aku tertanya2 sape la yang buat lagu ni ek.
- dan aku rasa mungkin budak2 zaman sekarang dah xtau lagi lagu ni kot.lebih2 anak2 lot2 yang dok kat kl sana.
15 Feb 2010
last2 aku gak yang kaya
miskin dan kaya……….
sape nak jadik miskin?????????
sape nak jadik kaya????????
korang rasa tuhan tu adil x???????
ada orang dia jadikan kaya, ada org ditakdirkan miskin……..
nape dijadikan seperti ini??????????????
haha misti la ade sebab…..
sebabnya adalah supaya dunia ni seimbang…..
kalo semua kaya atau semua miskin camne rupa jadik dunia ni nanti?????????????
misti kacau bilau……..
tapi korang rasa jawapan kat atas tu dah cukup ke nak kata tuhan tu adil?
haha apela koang ni……tuhan tu bukan setakat adil, tapi MAHA ADIL…..
dengan cara ape dia berlaku adil?
banyak wei…..
korang pikir2 kenapa Allah perintahkan supaya kita tunaikan zakat????
salah satunya sebab Allah tu MAHA ADIL la……..
supaya orang kaya xmakan harta tu sensorang je tapi orang miskin pon dapat gak merasa…….
kekadang kita tgk orang kaya,duit banyak tapi kesihatan xdapat,macam2 sakit ade…..
tapi oang miskin walaupun xmewah tapi sihat je kita nengokkan…..
contohla tgk bebudak2 pengemis,dioang makan benda2 kotor pun relaks je xkena penyakit pun……..
tapi tgkla orang kaya,makan benda2 bersih pun kena diabetisla,hemorragic strokela,non hemorragic strokela,blood pressure meningkatla,memacamla…….
last2 duit bebanyak tu kasik doktor gak…..
doktor gak yang kaya……..
tapi tu la………
ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI MAHA BIJAKSANA…………….
end of my blog…………………
gi makan jap laaaaaaa……………
eh lagi satu lupa………
orang alim2 cakap biar miskin didunia jangan miskin akhirat………..
the real end of this blog…………
12 Feb 2010
pergh xbleh tahan ar tengok dia..........
what i found interesting about woman is everytime i see a beautiful one, the next time there wil be even more beautiful than the last one.and the same goes next time.interesting.memang btol la macam lirik inteam 'wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah'.wanita juga boleh menjadi nightmare bagi lelaki jikalau lelaki senang terperdaya dan terlalu leka dengan keindahan wanita itu.jika digoda oleh wanita dan terperdaya, maka disitulah yang dinamakan nightmare kepada lelaki.rentan mendapat murka ALLAH.macam2 boleh jadi.
maka disini saya menasihati diri saya dan lelaki2 supaya bijak dalam menikmati hiasan dunia.jangan sampai hiasan dunia itu menerjerumuskan anda ke lembah kebinasaan.mawar yang cantik jangan disangka tiada berduri.memang aku admit kekadang xleh nak kawal mata ni.kadang2 bila nampak perempuan seksi dan cantik sampai xberkedip dan telan air liur. aku akui tu kekhilafan dan kebodohan aku sendiri.iman yang lemah punca itu semua.lebih2 lagi zaman sekarang. depan belakang, kiri kanan, dimana2 perempuan berpakaian tidak proper.tapi mudah2an aku dan kau semua dilindungi oleh ALLAH dari fitnah akhir zaman ini.mudah2an seiring waktu berjalan, semakin lama kita berhijrah kearah yang lebih baik dan semakin bertambah kekuatan iman.sedikit demi sedikit.perlahan tapi pasti.AMIN
7 Feb 2010
raja ali haji : the real hero. bukan macam kebanyakan pemimpin zaman sekarang
Syahdan
Adalah beda antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan pula bermula arti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendak pada sempurna perkataan pada satu-satu pasangnya bersalahan dengan gurindam. Adapun arti gurindam itu yaitu perkataan yang bersajak juga pada akhir pasangannya tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.
Bermula inilah rupanya syair.
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur
INI GURINDAM PASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA
Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji
INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi
INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikitpun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor
Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi
Pekerjaan takbur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih
INI GURINDAM PASAL YANG KELIMA
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
INI GURINDAM PASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi
INI GURINDAM PASAL YANG KETUJUH
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur
Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar
INI GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN
Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar
Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Ke’aiban orang jangan dibuka
Ke’aiban diri hendaklah sangka
INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di situlah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru
INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil
INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujjah
Hendak dimalui
Jangan memalui
Hendak ramai
Murahkan perangai
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS
Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta
Tamatlah gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga kepada tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima Negeri Riau Pulau Penyengat
3 Feb 2010
dulu lain sekarang lain
Salam
Dulu,
Dulu waktu aku kecik2, aku xpernah kenal erti konflik, aku xpernah mengenal erti perkauman, aku jugak xpernah mengenal erti politik kotor, jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Waktu dulu aku xpernah dengar hak2 bumiputera dipersoalkan.apatah lagi sultan dilecehkan. Lebih2 lagi nabi dihina.xpernah sama sekali. Dan aku juga xpernah melihat konflik antara agama dibicarakan.semuanya saling hormat menghormati.
Dulu waktu aku sekolah, kalau aku salah, cikgu velu rotan aku selamba je dan aku pun xpernah lihat bangsa ape cikgu velu tu.begitu jugak cikgu mutiah. Xpernah dia beza2kan antara pelajar india dan bangsa lain. Cikgu julie pun sama gak.kalau aja muzik, sape yang xreti main recorder dia ketuk je tangan tak kira melayu, cina atau india. Member2 aku pun camtu gak. Dulu sama2 dgn nantha kumar main kejar2 time rehat. Member cina bawak bekal babi waktu rehat xde pun aku pelik atau aku kutuk sebab aku tau cina memang makan babi. Itu dia punya kepercayaan. Aku hormat. Pastu kalo ngn shanon lim aku selalu tanya camne pengalaman dia tgk cd blue yang bapak dia beli.xde pun racial prejudice waktu itu.pastu kat taman aku plak petang2 aku main sembunyik2 dengan daryl, jiran cina aku.kadang semunyik depan rumah uncle shankar. Dia xmarah pun. Waktu anak uncle shankar kawin, dia siap datangkan tukang masak muslim supaya jiran2 melayu dapat datang sekali.
Tapi sekarang,
Ape dah jadi dengan zaman sekarang? Antara kaum jadi memanas. Ada semacam prejudice dalam diri kita. aku tekankan benda ni bukan kerana omong kosong semata2.tapi aku pun pernah mengalami jugak racial prejudice tu.pernah aku pergi tempat yang majoriti bukan bangsa melayu dan aku serta kawan2 aku xdipandang lansung.dilayan last2 je.dipandang slack ade la.Hak bumiputera dipersoalkan, raja2 dilecehkan, nasionalisme makin memudar.Yang paling ketara aku tgk sekarang adalah dari segi bahasa. Bahasa malaysia nampaknya dah jadi bahasa sekunder.bahasa inggeris dah jadi bahasa primer. Sekarang ni aku dah xnampak kemesraan antara kaum seperti dulu.politik pun kucar kacir.pembangkang ngn kerajaan sama je semua. Semua ada udang disebalik batu.Kecuali yang dasar perjuangannya adalah kerana agama dan humanity. masing2 nak memburukkan antara satu sama lain. Tu belum lagi masuk tajuk menjilat demi kepentingan peribadi lagi. Pastu plak sekarang samseng dimana2. Semua nak tunjuk berkuasa. Ada backup sini ada backup situ dibelakang mereka. Pokoknya kalau nak banding zaman dulu dengan sekarang memang jauh beza la. Pertanyaannya adalah KENAPA BOLEH JADI BEGINI??????