27 Feb 2010

tu la kau aku dah cakap kau xnak dengar

salam

dalam hidup ada suka duka,

biasalah dunia. kadang2 kita suka, kadang2 berduka,

dan tiap2 suka dan duka itu ada awal dan ada akhirnya,

jika hari ini kau berduka maka mungkin esok kau mungkin gembira,

dan sebaliknya berlaku jika hari ini kau gembira,

dan perkara yang sama berulang lagi dan lagi dan lagi sehingga waktu berlalu menninggalkanmu,

dan kau terus terleka kerana selalu memikirkan suka dan duka kehidupan dunia kau itu,

terlalu penting bagimu semua itu,

sehingga sampai pada suatu waktu dimana semua suka dan duka dunia itu tidak lagi berguna untukmu,

kerana kau akan pergi ke dunia yang baru,

maka tersentaklah kau pada waktu itu,

memikirkan apakah persediaanmu untuk kedunia yang baru itu?

apakah sewaktu kau sibuk dibuai suka duka dunia dahulu kau telah mempersiapkan dirimu untuk dunia yang baru?

atau tidak ada persiapanmu sama sekali?

berbahagialah jika kau telah mempersiapkan dirimu untuk duia yang baru,

dan rugilah jika sewaktu kau sibuk memikirkan suka duka duniamu, tidak ada satupun persiapanmu ke dunia baru itu,

kerana disitulah akan tetap dan kekal wujudmu,

tiada lagi pengakhiran disitu, tidak ada lagi toleh kebelakang,

sekali kau bersuka, SELAMANYA KAU BERSUKA,

sekali berduka, TERUSLAH KAU BERDUKA,

oleh itu bersiaplah kau selagi punya masa,

siapa tahu nanti besok engkau telah tiada.............................

No comments:

Post a Comment