24 Feb 2011

otai2 fighter.........

salam to all

entri kalini berbau martial arts lagi.kalini aku nak listkan hero2 martial arts dari pandangan mata aku.mereka2 ni hero bagi aku atas sebab2 tertentu.semua ni dari analisa aku secara rambang je.



1)nabi muhammad SAW
di samping seluruh aspek kehidupan baginda yang memang menjadi role model bagi setiap manusia, aku rasa aspek keberanian nabi juga patut dijadikan role model juga.dari sirah2 yang pernah aku baca, banyak contoh2 keberanian nabi yang boleh kita jadikan contoh.kalau pemimpin lain, bila perang mereka akan duduk diam dan cuma bagi order saja.tapi nabi adalah pemimpin yang terlibat sendiri dalam peperangan.bukan main2.yang paling aku kagum adalah perang badar.3ratus lebih lawan seribu pastu menang plak.pergh.itu salah satu bukti bahwa nabi seorang yang kuat.disamping sahabat2 baginda seperti saidinia ali, hamzah, umar dan lain2 lagi.mereka2 ni true hero.




2)bruce lee
ini juga merupakan otai bagi aku dalam martial arts.kehebatan mamat ni xbleh disangkal lagi.banyak je pelakon2 martial arts kat dunia ni, tapi aku idolakan bruce lee ni sebab dia punya power bukan cuma lakonan.dia memang betul terer.mamat ni power sebab kelajuan tumbukan dan tendangan dia yang sangat superb.tahukah korang bahwa filem2 bruce lee yang korang tengok tu sebenarnya sudah dioter dengan melambatkan pergerakan yang bruce lee dah buat tu.kira dalam keadaan real tendangan dan tumbukan dia jauh lebih laju berbanding di filem.selain tu bruce lee merupakan seorang yang mempunyai kekuatan tendangan dan tumbukan diatas rata2.dia punya one inch punch dan jump side kick kalau kau orang penah tengok memang perrgghhh, power siot. satu lagi dia ni power dari pandangan aku sebab pernah belajar dengan master of wing chun iaitu yip man. bagi aku wing chun adalah salah satu martial arts yang sangat efektif untuk real condition a.k.a streetfight dengan menerapkan elemen kelajuan, kekuatan dan kelembutan.





3) sammo hung
kau orang pernah tengok martial law?atau cite kungfu dulu2? pernah tengok tak satu mamat gemok ni.dia muka nampak cam bodo je.badan plak gemok giler stok xleh nak angkat kaki.tapi kau orang jangan tertipu dengan fizikal dia.mamat ni adalah salah satu idola aku sebab kelincahan dia dalam fighting.aku rasa aku bleh bezakan jika pelakon martial arts tu betul2 power atau cuma power dalam lakonan je.dan sammo hung adalah fighter yang betul2 power.walaupun gemok, tapi kelajuan dan ketangkasan dia dalam berlawan xdapat disangkal lagi.mamat ni power gak buat benda2 akrobat cam handspring dan aksi pusing2 lain.selain dari kelajuan dan kelincahan, sammo hung juga mempunyai tumbukan dan tendangan yang sangat kuat.aku penah tengok dia tendang satu mat saleh ni sampai mat saleh tu terangkat kedua2 kaki dan tercampak adalah dalam 3-2 meter gak.kagum betul aku.selain tu mamat ni juga mengidolakan bruce lee.




4) tony jaa
yang ni aku rasa semua orang kenal.ong bak, tom yam gong, personal body guard adalah antara filem2 dia.seperti yang aku tulis sebelumnya, banyak je sebenarnya aksi2 martial arts dalam lakonan yang nampak cam gempak tapi dalam real life xleh nak pakai lansung.aku bagi contoh dalam cite undisputed 2, dia punya scene gado bukan main gempak lagi.terlompat2, berpusing2.stylo je lebih.cuba praktikkan dalam real fight?buat jadi lauk bleh la.tapi benda ni tidak berlaku untuk tony jaa.walaupun dalam aksi2 dia ada banyak aksi2 akrobat dan pusing2 tetapi mamat ni punya style of fighting memang boleh untuk dipakai dalam real fight.tony jaa mempunyai badan yang sangat lentur tapi keras.muay thai le katakan.dan dia tau betul cara untuk block bermacam cara serangan serta counter serangan tu balik dengan cara yang efektif.kalau biasanya kita cuma guna tumbukan dan tendangan,dia pakai lebih.lutut, siku, kepala dan kombinasi dari semua tu pun dia bleh pakai.giler kau,camne aku xcakap dia power, cuba kau kira berapa banyak jurus2 dan buah2 pukul yang dia dah pakai dan tunjuk kat korang dari ong bak 1 sampai 3, tom yam gong, dan cite2 dia yang lain?banyak giler seh. aku paling kagum adalah dalam satu scene tom yam gong waktu dia lawan sekelompok mat saleh pakai kot.semua main jurus patah2 je.giler ah.




5) bas rutten
kalau kau peminat MMA dan biasa tengok UFC kau mesti kenal dengan mamat ni.dia antara orang lama dalam MMA ni.dia ni bukan pelakon tapi memang seorang fighter.dia pernah menjuarai UFC heavyweight taun brape ntah aku lupa. kalau 3 idola aku diatas sebelumnya memasukkan elemen seni dalam fighting mereka, tapi mamat ni berbeza.biasala mat saleh mane la reti seni2 ni.badan keras semacam je.tapi itu tak menjadikan dia tak power.malah dia ni antara orang yang efektif ketika berlawan.kalau martial arts pada dasarnya ade elemen seperti kekuda, bunga dan sebagainya,dia tidak.konsep dia sebenarnya yang aku pahamla adalah blok seperlunya saja dan counter attack.kekadang, xyah block pun, kau cuma perlu ambil jarak atau step kebelakang/kiri/kanan sket sudah cukup.asal serangan tu tak kena kat kau.satu lagi yang best sebab dia pandai lock dan grap kau sampai kau tak berdaya.aku xleh bayang camne lauk aku kalau sparring ngn dia.laju doh dia.





6)ALLAHYARHAM dato Meor Abd Rahman
bagi mereka2 yang pernah belajar silat gayung, pasti kenal dengan beliau.beliau merupakan pengasas pertubuhan silat gayung.aku sempatla belajar silat gayung kejap waktu skola dulu dan aku amati bahwa silat gayung adalah martial arts yang not bad at all.kalau awal2 memangle bosan sebab belajau basic je.tapi bila aku tengok makin tinggi level kau makin macam2 jurus yang superb.dan aku tengokla, tak semua orang mampu untuk sampai ke peringkat tertinggi gayung tu.aku pernah baca cam artikel pasal tingkat2 dalam gayung ni dan cara2 untuk sampai tingkat tu(tapi aku dah lupa).tapi yang aku ingat adalah setakat ni, tingkat yang paling tertinggi cuma dato meor je yang sampai.dalam silat ada macam2 elemen.aku pun xpaham sangat.tapi bagi aku, yang istimewa dalam silat ni adalah seni dia tu.gerakan2 dia cantik betul.kalau kau tengok tempur2 cam tempur bersenjata, memang kagum lah.aku jadi teringat kat zaman2 hang tuah.agaknye zaman dulu2 mesti lagi mantapla.tapi jangan kau tertipu.dalam kelembutan dan kecantikan silat itu jangan kau sangka cuma boleh dipakai untuk buat pertunjukan saja.dalam real fight, silat adalah antara martial arts yang boleh kau terapkan.kau jangan salah, MMA yang kau tengok ada elemen kunci2 dan grap2 tu banyak yang mereka ambil dari silat.okeh berbalik kepada kenapa aku jadikan dato meor ni sebagai idola aku dalam martial arts.aku dah explain kat atas tentang ape yang power tentang silat, dan beliau adalah salah satu pengasas silat.kau pikir sendirila power ke tak power.even bruce lee pun pernah berbincang dengan dato meor pasal martial arts.kalau cerita yang dato meor kalahkan bruce lee tu kau jangan percaya la.dongeng je tu.


7)rashid dzulkarnain (tiada gambar)
yang terakhir ni mungkin kau tak pernah dengar kot sebab dia bukan selebriti atau pengasas silat.tapi beliau adalah pakcik aku yang merupakan seorang sensei pertubuhan aishoto ryu seibukan karate do melaka.beliau juga merupakan pengasas kepada sebuah martial art yang dinamakan sebagai 'survival art' dimana beliau menciptakan teknik2 yang sangat efektif untuk digunakan dalam real condition fight tanpa perlu kau untuk menggunakan basic2 seperti kekuda dan sebagainya.pakcik aku punya figure lebih kurang cam sammo hung tapi kau jangan tertipu dengan luaran.dia mendedikasikan sebahagian besar hidup dia pada martial arts.antara sebab aku mengidolakan beliau adalah kerana kekuatan beliau yang luar biasa.dengan badan yang besar dan berat tapi boleh pumping cuma guna tiga jari saja.beliau juga mempunyai tumbukan dan tendangan yang berat.pernah dia mendemonstrasikan tumbukan dia sampai orang yang kena tumbuk tu tercampak dan terangkat kedua belah kaki.he even once beat mahathir's bodyguard.banyak lagi cerita luar biasa pasal beliau tapi aku rasa sikit2 cukuplah untuk aku ceritakan.

ok setakat disini dulu.sampai lain kali.sekian wassalam..........

4 comments: