salam
kalini aku nak buat entri paling mengarut yang pernah ada. pasal kentot. benda paling common bagi semua orang.cuma ada yang menyembunyikan dan ada yang mengekspresikan secara terang lagi bersuluh.
kalau berbicara tentang kentot ni, kita akan dihadapkan dengan perspektif yang berbeza mengikut pandangan orang. kalau orang laki, kentot itu merupakan hal yang tidak terlalu untuk diperbesar2kan.kalau nak kentot tu ape nak malu? semua orang kentotkan? kalau bagi perempuan, mungkin kentut merupakan sesuatu yang taboo(aku pun xtau ape maksud taboo sebenarnya).sebab sepanjang hidup aku, dari kecik sampai besar, aku xpenah lansung dengar kawan2 maupun sedara perempuan aku kentot secara terang2. lain jantina lain perspektif agaknye.
cuma yang membezakan adalah sama ada kentut itu berbau atau tidak? orang cakap makin kau simpan, makin kau tahan makin hamlaw dia punya bau.itu menurut pengalaman sesetengah orang.tapi bagi aku kalau kau makan telor rebus sebakul, xpayah nak simpan pun kentot kau tetap akan berpuaka jugak.
dikesempatan ini aku nak berkongsi sedikit fakta menarik tentang aku dan kentot. semoga dapat membuka minda enkorang sekaligus menambah ilmu dibontot kau.
1) dulu waktu diasrama time form 1 dan form 2, aku mempunyai satu ritual yang sangat sacred.tetiap kali sebelum tido mesti tetiba rasa cam banyak je angin yang perlu untuk aku lepaskan. dan setiap hari jugaklah sebelum tido, seisi dorm aku akan dipenuhi dengan gelak tawa.mana taknye, tengah2 sedap nak tido, waktu suasana dah sunyi, aku dengan 'terpaksa' mengeluarkan angin yang sepoi2 bahasa tapi tidak mematikan itu.yang peliknya walaupun setiap hari aku dendangkan bunyik yang sama kepada member2 aku, mereka tetap jugak menyatakan bahwa mereka tak pernah bosan dengan ritual aku tu.tetiap hari mesti akan ada gelak tawa sebelum tido.
2) waktu form 2 jugak, aku ada sorang rival dalam bidang kentot mengentot ni.izry budak sebelah katil aku.kalau aku mempunyai kuasa untuk membunyikan kentot seperti halilintar, maka dia plak mempunyai specialty untuk memberi bau yang sangat puaka dalam kentot dia. aku selalu menganggap diri aku sebagai good side dan dia sebagai dark side.
3) pernah dulu waktu cikgu round dari dorm ke dorm utk check budak dah tido atau belum, aku buat benda yang seharusnya tidak dilakukan oleh pelajar smka. waktu cikgu datang ke katil aku (aku tidor di katil doubledecker belah atas), dengan sengajanya aku menghalakan bontot ke arah cikgu (dengan berpaling kearah berlawanan) dan dengan sengaja jugak aku melepaskan sedas kentot yang agak smart jugaklah bunyiknya.sambil menahan gelak dan sambil merasa cuak(sebab cikgu tu garang dan bawak rotan), aku perlahan2 mendengar cikgu tu keluar dari bilik dengan tergesa2.terperanjat agaknye.haha.malam tu seluruh bilik bantai gelak lepas cikgu dah pegi.adoyai.xmatang betol perlakuan aku tu.
4) dulu pernah sekali waktu f4, homeroom aku buat picnic kat batu pahat.kitorang naik van g sana. setiba disana, kami pun turun dari van. tetiba member aku bob seperti tercari2.aku tanya kenapa?. dia jawab "aku dengar bunyik orang bawak rxz tapi aku carik2 xde pun? ko ade nampak?".aku menjawab, "xde pulak aku dengar bunyik rxz kat sini bob, bunyik aku kentot adela". ternyata bunyik seperti motor rxz tu adalah bunyik kentot aku.bleh plak dia samakan bunyik kentot dengan rxz.
5) sekarang bile dah besau segala ritual2 yang dulu aku pernah buat seolah hilang dimamah usia.tapi muncul pulak ritual2 baru dengan timing yang baru.kalau dulu waktu malam.sekarang ni waktu subuh.biasanya lepas abes salam je secara automatik angin tu keluarje tanpa ade bendungan.seperti dikawal secara autonomic. tapi ada gak benefit yang kengkawan rumah aku dapat daripada ritual aku ni.setiap hari, housemate2 aku akan terjaga dengan sendiri akibat dari ritual aku yang sangat sacret ni. mereka mengaku bahwa bunyik kentot aku lebih senang terjaga daripada kunci jam.cuma sekarang makin lama aku makin merasakan bahwa ability aku untuk kentot lepas subuh macam berkurang.i don't know why.
6) kalau ada contest kentot yang bertahan lama, aku rasa aku bleh menang kot.aku pernah kentot selama sepuluh saat tanpa henti.dan aku yakin aku boleh memperbaharui rekod aku tu bila2 masa sahaja.
7)teringat dulu ustad ismail kamus pernah buat lawak pasal kentot.dia cakap kalau orang tanya kenapa kentot itu dibontot tapi bila wudhu' kena basuh muka? "sebab kalau kentot yang mana akan malu dulu? kan muka yang malu dulu.jadi sebabtu kena basuh muka" make sense.
ok la itu sahaja perkongsian ilmu aku untuk kali ni.semoga membuka paradigma minda korang tentang kentot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha. hampeh. baek punya entri.
ReplyDeletebenda baik tak elok simpan sendiri.haha
ReplyDeletecilakak..petik nama gua..hahaha
ReplyDeletewah darkside sudah datang.hahaha
ReplyDelete