salam
kalini aku nak berborak2 kosong tentang hubungan antara agama, kaum, parti, perkumpulan, dan macam2 lagi.
kekadang bila bukak youtube, tengok video2 tentang macam2 hal.yang beragama ni mengutuk yang beragama tu. yang bangsa ni benci kat bangsa tu. yang parti ni maki parti yang satu lagi, dan seterusnya.senang cite banyaklah kalao nak diperatikan. aku jadi terpikir, kenapa benda2 camni boleh terjadi?mungkin kalini aku kecikkan sket skop aku terhadap situasi yang berlaku kat negara kita.
aku rasa korang pun mungkin dah banyak tengok video2 yang sewaktu dengan ape yang aku list kat atas tu.cuba tengok kat negara kita. kalo dalam bab2 agama, tengok haritu isu pasal interfaith comitee, camne dioang buat tuntutan yang macam nak memperlecehkan islam. pastu tengok plak haritu permohonan pemakaian nama ALLAH digereja. ada jugak isu ketidakpuasan umat agama lain terhadap azan yang katanya mengganggu ketenteraman orang lain.isu murtad, dan macam2 isu lain lagi yang mungkin korang lagi banyak tau.aku xberniat sama sekali nak provoke sesapa dalam hal ini.cuma nak cari ape punca dia je.hal2 ni memang nampak cam kecik je sebab kita cuma tgk internet dan baca sok kaba je, tapi bila dibiarkan melarat, xmustahil kita pun akan kena imbas dia jugak.
bagi akula, punca terjadinya masalah2 kat atas ni banyak.tapi yang paling utama skali adalah ketidakfahaman orang2 bukan islam terhadap islam.siapa yang patut disalahkan? SEMUA ORANG! kau, aku, masyarakat kita, pemerintah, media,dan semua elemen yang terlibat. oleh kerana kita tidak menunjukkan contoh yang baik dan tidak mau memberi kefahaman kepada mereka2 ini maka hasilnya seperti yang kita lihat sekaranglah ni.macam2 tentang islam sudah mula dipersoalkan secara lantang.kau dan aku bersalah sebab kita tidak menujukkan perilaku islam yang sebenarnya.
aku bagi contoh simple je la, nabi dah bagi guide bahwa dalam radius 40 rumah depan belakang kiri kanan kita adalah jiran kita dan nabi mintak kita berbuat baik kepada jiran.jiran maknanya kita kenal dan ambil tahu serta membantu kalo mereka ada masalah. ADE KITA BUAT BETUL2???xde beb.mengaku je la.sama je aku ngn kau. mungkin sesetengah dari kita ada buat. mungkin dalam 4-5 rumah boleh la kita buat.tapi sisa2 20 - 30 rumah lagi tu?silap2 kenal pun tidak.lebih2 lagi mereka2 yang tinggal dekat town.pagi bangun g keja atau kuliah, petang balik, sibuk buat hal sendiri.paling2 bila jumpa jiran yang kenal, senyum2 sket, tegur2 sket, bunyik2 hon sket, dah.pastu masuk rumah buat hal sendiri.
cuba bayangkan, kalau dengan jiran2 dalam radius 40 rumah tu pun kita sudah tidak terlalu saling memperdulikan, apatahlagi mereka2 yang jauh? apatahlagi terhadap kaum dan agama lain? macamana nak bina hubungan antara agama yang baik?camne orang bukan islam nak paham tentang islam? kita dah contradict betul dengan ape yang nabi pernah buat.zaman nabi dulu ada seorang kafir yang buta dan xberdaya.tiap2 hari nabi beri dia makan dan sebelum itu nabi kunyahkan dulu makanan tu baru nabi bagi dia.last2 bila orang kafir tu tau bahwa itu nabi, terus dia masuk islam.kalo sekarang lain.ape yang kita buat sekarang, buat orang non muslim jadi mempersoalkan ajaran islam adela.betol tak?
yang diatas tu baru satu contoh dari memacam contoh dari perilaku kita yang tidak mencerminkan agama kita yang sebenar. aku, kau, dan semuanya.
sekarang yang xkurang penting jugak adalah sikap pemerintah kita.bagi aku, kat msia ni bukannya kurang organisasi kerajaan maupun NGO yang bertujuan memberi kefahaman terhadap islam.tapi masalahnye adalah tidak dipakai dengan betul.terlalu dikongkong.cakap lantang sket kena ban.cakap pedas sket kena ISA.masalah kita ni adalah pemimpin kita diperingkat paling tinggi tu merupakan orang yang tidak layak sebagai role model dalam islam.i'm refering to our pm.pernah tak dia explain dekat non muslim apa itu islam yang sebenarnya? look at his wife and family?mencerminkan muslim sebenar tak? i dont think so. kalau dalam keluarga saja sudah tidak boleh memberi kefahaman terhadap agama, apatahlagi masyarakat?lebih2 lagi kepada non muslim? jangan salah paham disini, aku bukan anti umno atau menyokong pembangkang.aku lebih kepada individu yang memimpin.seperti contoh dato nik mustapha dan ketua menteri melaka dato ali rustam.aku sokong beliau kerana bagi aku beliau berperanan dalam pembangunan melaka yang pesat.lagi satu isteri beliau juga memakai tudung, dan beliau juga selalu pergi ke majlis2 dimesjid2 menziarah orang maninggal dan sebagainya.yang lain2 tu antara beliau dengan tuhan.aku tak campur.bagi aku yang penting kau memperjuangkan islam dan muslim dan kau tidak mencemarkan nama islam, aku pasti sokong kau tak kira parti apa kau berada.
dibawah pemerintahan juga terselit peranan media sebagai alat memberi kefahaman tentang islam.media pun sama gak.bila bukak berita, sket2 pasal politik, pasal prk, pasal pembangkang, pasal kerajaan. pembangkang kutuk kerajaan, kerajaan counter balik.sama la dua2. luar dari tu, sibuk dengan sinetron, melodila, rancangan hiburanlah dan macam2.pasal agama ada sket je.al kuliyah, chanel oasis, tanya ustaz.tu pun xleh bincang lebih2.khutbah jumaat pun sama.semua ditentukan oleh kerajaan.padahal pemimpin tertinggi kerajaan kita tu knowledge agama dia cukup2 makan je.pastu sedap2 dia je nak tentukan apa yang boleh dibincangkan pasal agama dan apa yang tidak.kepala bapak dia la.bukan nak dengau cakap ulama, lagi melawan adela.camne tak timbul masalah?
ok itu baru kita sentuh bab2 hubungan antara umat beragama.belum lagi antara kaum, parti politik dan perkumpulan2. ape yang aku tulis kat atas yang mungkin agak pedas tu aku tidak bermaksud lansung nak melemparkan kesalahan kepada sesetengah pihak saja dan menyembunyikan kesalahan aku.bagi aku kita semua salah.aku salah, kau salah, mereka dan keluarga mereka pun salah.pemerintah pun salah jugak. kita yang bertanggungjawab atas hal ini.sedar ataupun tidak.banyak lagi sebenarnya faktor2 yang boleh dikaitkan.tapi yang kat atas tu pun dah panjang lebar dah.kalo nak tulis yang lain memang xcukup muka suratle jawabnye.dan sebagai penutup jomlah kita sama2 berdoa kepada ALLAH semoga ALLAH mengampunkan kesalahan kita ni dan membuka hati kita dan memberi kita ruang untuk memperbaiki kesalahan kita supaya menjadi lebih baik lagi.kekuatan datang dari ALLAH.dan dengan kekuatan yang ALLAH beri sahaja kita boleh berubah kearah yang lebih baik.semoga ALLAH melembutkan hati pemimpin2 kita juga untuk lebih dekat kepada islam supaya sekaligus mendidik kita rakyat2 kecil ni untuk kembali pada islam jugak.kalo mereka tetap keras kepala semoga ALLAH gantikan mereka dengan yang lebih baik.AMIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setiap perkara tu dtgnya dr dlm diri.
ReplyDeletebile perhatikan kerosakan muka bumi depan mata sendiri, kdg2 terkeluar jugk kata2 ni
"ape nak jd skrg ni..?"
bila ingat balik hadith nabi yg mn org yg cakap mcm tu sbnrnya lebih rosak dr kalangan mereka yg dikata rosak tu - aku jd tersentak
ape yg dh aku buat utk merubahnya?
semoga sedikit sebanyak ape yang kita kongsi kat blog ni merupakan sedikit dari usaha kita la bro ek.cam ko tulis kat blog ko la, ingin mengubah dunia tapi diri sendiri belum berubah.serius aku terasa betul tuh.tapi mudah2an usaha seciput kat blog ni adela sket benefit dia.nak buat lebih2 diri sendiri pun xbetul lagi.
ReplyDelete