31 Jul 2011

gaduh jalanan dan bela diri dan ramadhan

salam ramadhan buat semua

entri kalini berbau martial arts.macam biasa entri bersifat general. martial arts dan streetfight. benda yang sama tapi berbeza.sama sebab sama2 bermotif untuk fight. berbeza sebab prinsip dan cara pembawaan yang berbeza.



anda boleh belajar martial arts tapi belum tentu anda boleh mengaplikasikan apa yang anda belajar untuk keadaan sebenar.dibawah ni aku cuba simpulkan kenapa martial arts dan streetfight tu berbeza.

dalam martial art, elemen yang paling diutamakan adalah seni.cara anda menumbuk, cara anda menendang, cara anda mengelak, cara anda kekuda/stunt,dan sebagainya.berbeza untuk setiap martial arts.silat ada cara tumbuknya, karate dan taekwando juga berbeza.kalau dalam streetfight sudah tiada masa untuk berseni2.baru anda pasang kekuda orang dah layangkan sedas snap kick kat muka.




kedua, dalam martial arts, setiap dari tindakan yang kita buat tu kita sudah jangka kerana memang diberitahu dulu oleh mahaguru kita sebelum kita lakukan.contohnya dalam permainan buah pukul atau one step sparring.kita diajar untuk menepis atau mengelak serangan2 yang kita sudah diberitahu dulu.tapi dalam keadaan sebenar kita sendiri yang perlu membaca sekaligus mengatasi serangan lawan.



ketiga, cuba anda tengok jika ada free sparring dalam martial arts.block kemana, stunt kemana, semua hilang.pakai gado koboi jugak.satu lagi kalau dalam ring ada rules dan wasit/pengadil boleh hentikan kalau terjadi sesuatu.tapi kalau kat luar tidak ada semua itu.antara hidup mati.





ok point2 diatas aku buat bukan untuk blame martial arts.cuma sebagai nasihat kepada pengamal2 seni beladiri yang sudah salah konsep.sebab ada pengamal2 seni bela diri yang terlupa akan fakta ini.mereka merasa semakin tinggi bengkong/tali pinggang yang mereka capai berarti semakin hebat mereka.salah besar tu.sebenarnya dalam martial arts itu sudah lengkap dan penuh ilmu untuk mempertahankan diri.macam mana nak serang, part2 mana yang patut kita serang, macam mana nak jaga range, cara2 block/tepis, dan macam2 lagi.cuma sebagai pengamal bela diri tidak boleh amik bulat2 dan ikut saje.yang penting faham dan kena fleksibel.ini kata2 yang aku penah dapat daripada beberapa cikgu2 martial arts.


orang yang hebat adalah orang yang belajar dan faham prinsip2 dalam bela diri dan dapat mengaplikasikan prinsip2 itu dalam apa jua keadaan.orang yang hebat adalah orang yang humble.ikut resmi padi.

jika anda melihat fighter2 besar dan hebat, mereka semua adalah orang yang ada latar belakang martial arts.mereka2 ini hebat kerana mereka tidak cuma hafal mati pergerakan2 yang mereka belajar tetapi mereka2 ini menyerap ilmu, faham dan mereka fleksibel, boleh menyesuaikan dengan keadaan.dan yang paling penting antara semua, mereka2 berlatih dengan sangat gigih dan keras.itu kunci mereka.

ok sampai sini dulu.yang diatas cuma pendapat peribadi aku saja. i'm no pro. selamat berpuasa dan beramal dibulan ramadhan.salah silap aku mintak maaf. nak berkongsi sket. amalkan setiap malam dibulan ramadhan baca surah al-mulk dan surah al-fateh.semoga ALLAH membuka pintu makrifatNYA untuk kita.semoga ramadhan kalini menjadi ramadhan yang paling baik sekali jika dibanding dengan ramadhan yang dulu2.sekian wassalamualaikum

25 Jul 2011

ada gua kesah dengan lu?????

assalamualaikum

dalam hidup seringkali kita memikirkan apa pendapat dan pandangan orang lain terhadap kita.kita ambik kesah pandangan orang lain terhadap kita. lebih2 lagi mereka2 yang masuk dalam kategori 'budak alim' atau 'budak baik'. mereka2 ini lebih lagi memelihara diri dari mendapat pandangan serong dari orang lain. semua kena jaga. takut orang cakap ape plak nantikan?


sebenarnya bagus memelihara diri dan cover2 diri untuk mengelak dari mendapat pandangan negatif dari orang lain.tapi adakah niat kita tu betul2 ikhlas? betul2 untuk memelihara diri? bukan niat untuk nampak baik? dua benda ni adalah benda yang nampak macam sama tapi beza dia macam langit dan bumi.satu dapat pahala dan satu
dapat dosa sebab berpura2.





contoh simple, kalau seorang lelaki, biasanya buat baik dan cover2 supaya dimata perempuan ( apelagi kalau perempuan yang dia minat) dia kelihatan baik.secara automatik saham pun naik. perempuan pun camtu gak. cover ayu, cover tutur kata, supaya nampak cam solehah. penting untuk diketahui bahawa ni semua contoh saja.tiada kaitan dengan sesiapa pun.

tapi diatas semua, yang paling penting adalah kita dengan ALLAH.daripada kita susah payah untuk mendapat pujian dan mendapat title 'baik' atau 'alim' dari manusia, lebih baik kita berserah diri pada ALLAH saja. adalah lebih baik kita buat sesuatu tu untuk dikembalikan kepada ALLAH saja.apatah lagi bab2 ibadat.jangan buat memain woo.....boleh jatuh syirik kalau niat terpesong.nauzubillah sesangat. baik dihadapan manusia belum tentu baik dihadapan ALLAH.sebab kalau kita serahkan semuanya kepada ALLAH itu merupakan yang terbaik bagi kita.kalau benda tu baik dihadapan ALLAH, berarti kita dapat pahala.kalau benda tu kurang baik, berharaplah semoga ALLAH lindungi kita. kan ALLAH itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA KUASA?

aku nak eleborate lebih2 pun xberani sangat sebab ye lah diri sendiri memang jauh dari perfect.takut dalam diri pun ade perasaan nak dapat pujian dan pandangan baik orang.cuma aku berharap semoga kita semua dilindungi ALLAH dari sifat mengharapkan sesuatu selain dari keredhaan ALLAH.amin. sampai disini dulu

20 Jul 2011

something to share

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada blog ini dan tidak perlu backlink..cukup sekadar sebarkan, dan menjadi manfaat pada semua - malaysiasensasi.net
MalaysiaSensasi.Net: [Mesti Baca] 7 Sunnah Penting

p/s - point satu, dua, tiga, empat, lima,........ adoyai macam semua tak buat.sedih dengan diri sendiri.sama2 le kita memperbaiki diri step by step.

10 Jul 2011

lu nak bersih lu pegi cebok lu punya bontot laaa

salam atas kamu

dalam dunia nikan, setiap ape yang kita buat atau pegang, mesti dan wajib akan ada orang atau golongan yang menentang dan tidak sependapat dengan kita. pro dan kontra tu mesti ada. even benda yang paling perfect dalam dunia iaitu ISLAM.walaupun perfect tetap jugak ade yang tak setuju.tetap jugak ade yang menentang.

contoh lain seperti kalau kau suka bersedekah, mesti ada orang2 kedekut yang tidak setuju dan bagi seribu alasan untuk tidak suka bersedekah.kalau kau sokong kerajaan,yang lain akan sokong pembangkang. kalau kau seorang yang mempunya peribadi yang baik, mesti akan ade orang yang tidak senang hati dengan kau punya. pro dan kontra katdalam dunia ni seolah2 macam yin dan yang.




begitu jugak dengan peristiwa yang baru terjadi kat malaysia - bersih. mesti ade patriot yang kontra dengan bersih tu. secara jujur, aku tidak tahu terlalu banyak.sket2 je amik tahu dari kedua2 pihak kerajaandan pembangkang. secara jujur jugak aku antara sokong dan tak sokong pasal bersih ni. sokong sebab matlamat dia baik nak mintak PRU bersih dan adil. satu lagi sebab ulama pun ikut sokong bersih.kan ulama pewaris nabi.kita ynag kurang ilmu agama ni kena la ikut cakap ulama. kalau reason aku tak sokong plak adalah sebab ambiga tu ada berkaitan dengan IFC.dan satu lagi, walaupun dalam bersih kita bleh tengok perpaduan antara rakyat malaysia, kau takleh nafikan jugak bahwa bersih juga menambahkan pecah belah antara kelompok yang sokong kerajaan dan yang tidak.camne nak unite kalau jurang perpecahan makin melebar?




secara jujur jugak, aku merupakan orang yang tidak berpihak dengan mana2 fahaman politik. aku lebih kepada menyokong individu. ulama itu sudah tentu. ada individu2 dalam pakatan rakyat yang aku boleh terima, begitu juga kerajaan. kalau dalam pakatan rakyat, sudah tentulah aku sokong ulama2 PAS. tidak lain tak bukan kerana mereka berpolitik untukmenegakkan islam.ape lagi alasan untuk aku menolak mereka? TIADA. setiap apa yang mereka buat sudah tentulah mereka sudah landaskan dengan ilmu agama mereka. kalau dalam kerajaan pulak, aku boleh terima pemimpin2 UMNO yang dari penampilan mereka menunjukkan mereka masih mengamalkan ajaran islam.ini boleh dilihat dari pemimpin2 yang tak tinggal solat, bleh jadi imam, anak bini mereka menutup aurat dan kalau kita mintak bantuan mereka tolong.contohnya cam pak ketua menteri melaka,dan yb kawasan aku.tapi kadang2 orang bleh cakap,"alah alau umno tu same je semua. kronisme, suka makan duit rakyat.".itu urusan dia dengan ALLAH. kalau xde bukti baik jangan sedap mulut main tuduh2.kalau ye pun benar, daripada duduk hentam menghentam kan ke baik kalau tegur secara baik?pegi jumpa, tegur.kalau dia dengar, ok bagus. kalau keras kepala barulah jatuhkan pemimpin camtu.




sebenarnye kalau nak unite senang je. pemimpin2 kena unite. secara automatik rakyat yang terdiri daripada pengikut dan penyokong kepada pemimpin2 tu akan follow their leaders punya. atas gerak bawah mesti ikut punya. tinggal yang kat atas tu je camne mereka nak unite.

aduh panjangla plak kalo bab2 politik ni.okla sebagai penutup,aku secara peribadi mengharapkan sangat supaya ade perpaduan dikalangan umat islam.disamping tu aku harap non muslim dapat respect islam dan tidak merasakan bahwa islam itu menjadi thread kepada mereka.dan satu lagi yang tak kurang penting aku berharap agar orang2 dan golongan2 yang bertanggungjawab nak menjatuhkan islam dan menjahanamkan malaysia segera jatuh dan mengundurkan diri.kalau tetap keras kepala jugak aku bermohon kepada ALLAH supaya nyawa mereka dicabut supaya mereka tidak lagi membuat kerosakan yang lebih parah di muka bumi malaysia yang tercinta ni.

hati kau tengah panas? jom kasik cool down dengan entri ni

Ali bin Abi Talib r.a berkata :

"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu
berkata: Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang
telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak diberikan kecuali
kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W.bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi:'Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,maka
setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa
meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.


Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul
sebelumku,

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap
orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api
neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di
mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu
adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin
yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya'
berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan
diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi
oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T.
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang,lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama 30
hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar
selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia
Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa
itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh
perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya(daging yang tumbuh
dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang
titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada
kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah
(kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita
gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing
masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK
MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw,"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu.

KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian
Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah
saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa
(ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan
syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh,lalu mereka semua datang dengan membawa dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh
dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak
melebihi daun-daun kayu dibumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam
Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan
mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah : 237 )