salam ramadhan buat semua
entri kalini berbau martial arts.macam biasa entri bersifat general. martial arts dan streetfight. benda yang sama tapi berbeza.sama sebab sama2 bermotif untuk fight. berbeza sebab prinsip dan cara pembawaan yang berbeza.
anda boleh belajar martial arts tapi belum tentu anda boleh mengaplikasikan apa yang anda belajar untuk keadaan sebenar.dibawah ni aku cuba simpulkan kenapa martial arts dan streetfight tu berbeza.
dalam martial art, elemen yang paling diutamakan adalah seni.cara anda menumbuk, cara anda menendang, cara anda mengelak, cara anda kekuda/stunt,dan sebagainya.berbeza untuk setiap martial arts.silat ada cara tumbuknya, karate dan taekwando juga berbeza.kalau dalam streetfight sudah tiada masa untuk berseni2.baru anda pasang kekuda orang dah layangkan sedas snap kick kat muka.
kedua, dalam martial arts, setiap dari tindakan yang kita buat tu kita sudah jangka kerana memang diberitahu dulu oleh mahaguru kita sebelum kita lakukan.contohnya dalam permainan buah pukul atau one step sparring.kita diajar untuk menepis atau mengelak serangan2 yang kita sudah diberitahu dulu.tapi dalam keadaan sebenar kita sendiri yang perlu membaca sekaligus mengatasi serangan lawan.
ketiga, cuba anda tengok jika ada free sparring dalam martial arts.block kemana, stunt kemana, semua hilang.pakai gado koboi jugak.satu lagi kalau dalam ring ada rules dan wasit/pengadil boleh hentikan kalau terjadi sesuatu.tapi kalau kat luar tidak ada semua itu.antara hidup mati.
ok point2 diatas aku buat bukan untuk blame martial arts.cuma sebagai nasihat kepada pengamal2 seni beladiri yang sudah salah konsep.sebab ada pengamal2 seni bela diri yang terlupa akan fakta ini.mereka merasa semakin tinggi bengkong/tali pinggang yang mereka capai berarti semakin hebat mereka.salah besar tu.sebenarnya dalam martial arts itu sudah lengkap dan penuh ilmu untuk mempertahankan diri.macam mana nak serang, part2 mana yang patut kita serang, macam mana nak jaga range, cara2 block/tepis, dan macam2 lagi.cuma sebagai pengamal bela diri tidak boleh amik bulat2 dan ikut saje.yang penting faham dan kena fleksibel.ini kata2 yang aku penah dapat daripada beberapa cikgu2 martial arts.
orang yang hebat adalah orang yang belajar dan faham prinsip2 dalam bela diri dan dapat mengaplikasikan prinsip2 itu dalam apa jua keadaan.orang yang hebat adalah orang yang humble.ikut resmi padi.
jika anda melihat fighter2 besar dan hebat, mereka semua adalah orang yang ada latar belakang martial arts.mereka2 ini hebat kerana mereka tidak cuma hafal mati pergerakan2 yang mereka belajar tetapi mereka2 ini menyerap ilmu, faham dan mereka fleksibel, boleh menyesuaikan dengan keadaan.dan yang paling penting antara semua, mereka2 berlatih dengan sangat gigih dan keras.itu kunci mereka.
ok sampai sini dulu.yang diatas cuma pendapat peribadi aku saja. i'm no pro. selamat berpuasa dan beramal dibulan ramadhan.salah silap aku mintak maaf. nak berkongsi sket. amalkan setiap malam dibulan ramadhan baca surah al-mulk dan surah al-fateh.semoga ALLAH membuka pintu makrifatNYA untuk kita.semoga ramadhan kalini menjadi ramadhan yang paling baik sekali jika dibanding dengan ramadhan yang dulu2.sekian wassalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul!
ReplyDeletei'm in taekwondo tpi mmg teori2 tu suma guna pakai masa training je semata.
in real life, xde nya tiba2 nk block n kick mcm master ajar. free sparring pun xde nya nk guna sgt asas yg dh blaja tu.
bila kena serang btol, kena pkai common sense.
tade nya nk igt balik kick or punch btol ke x masa tu.
pk nk selamatkan diri je. huuu
avoid is the best way.memang itu prinsip asas dalam keadaan sebenar.
ReplyDeleteSometimes the best way to win a fight is to avoid it
ReplyDeletememang betol tu
ReplyDeleteaku minat giler kickboxing dengan muay thai..
ReplyDeletebagus tu bro.martial art ni selain untuk bela diri, melatih untuk disiplin gak.buat kita tak cepat melenting. lagipun islam kan menggalakkan kita menguatkan diri.go for it bro
ReplyDelete