salam ramadhan
sempena ramadhan ni aku nak berkongsi sedikit.benda ni untuk aku khususnya dan semoga bermanfaat.
kekadang kita seronok tengok kelemahan orang lain sehingga membutakan penglihatan kita dari melihat keburukan dan kekurangan diri sendiri.cukup nampak sedikit saja kekurangan yang ada pada orang lain untuk kita judge orang itu buruk semuanya.kita tend untuk mentertwakan dan cenderung untuk memandang rendah dan sebelah mata kepada orang itu.mungkin kita terlalu perfect agaknya.
ingatlah, dalam dunia, walau apa pun kau, besar mana pun kau, cantik mana pun kau, pandai mana pun kau, kaya giler babi pun kau, tidak pernah semua itu dapat meningkatkat darjat kau berbanding orang lain. benda yang dapat meningkatkan darjat kau adalah seberapa takutnya kau pada maha pencipta.lebih tunduk dan patuh kau padaNYA maka lebih tinggilah kau disisiNYA. buat ape nak bersusah payah untuk dapat penghargaan dari manusia? TAK GUNA.........
ada kenalan aku ni.dia ni jenis kalau berborak, xpernah masuk.lain yang orang cakap, lain yang dia tangkap.dan atas sifat dia ni, ada sesetegah orang yang menganggap lawak dengan mamat ni sehingga kalau mamat ni cakap benda yang betul pun orang akan gelak jugak sebab orang ingat dia cakap tak nyambung. tapi aku pernah tengok depan mata aku mamat ni sewaktu berdoa hampir nak menangis. aku rasa orang yang bercakap dengan normal dan lancar pun susah nak menangis kerana ALLAH
ada lagi satu. kenalan lain. dia ni pantang nampak makanan.apalagi makanan orang lain.mulalah mata melilau dan hati sudah tak tenteram selagi tak mendapatkan makanan tu.pantang member beli makanan, mesti dia nak mintak.nak beli sendiri kedekut. tapi dalam sifat dia yang begitu, mamat ni lah antara orang yang paling rajin sembahyang jemaah dekat masjid.aku yang xkedekut ni pun boleh kira dengan jari je sembahyang kat masjid.
jadi pengajaran dari dua kisah diatas, setiap orang, tak kira yang normal, yang pelik, yang baik, yang jahat, MESTI akan ada sesuatu qualiti yang baik dari diri mereka yang mungkin orang lain pun xleh nak capai qualiti atau tingkat tu.dan, siapa tau, mungkin dengan qualiti tu, ALLAH angkat darjat mereka lebih tinggi dari kita. kita pulak sebab sibuk tengok kelemahan orang, darjat kita plak yang turun.semoga ALLAH jauhkan dari begitu.
sampai disini dulu.semoga sama2 dapat muhasabah diri dan memperbaiki diri mengikut kemampuan masing2.xmampu banyak2 sikit2 dulu.semoga ALLAH lindungi hati orang2 yang beriman dari terpesong dan rosak.AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allahuakbar, entri yang ringkas tapi menyentap jiwa!
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeleteaku ade sorang kawan, zahirnya dia mmg penuh dengan sifat keji. tapi satu yg bagus ttg dia, kalo kwn2 susah dia sanggup susahkan diri dia lebih.
sekurang2nya masih ada sifat murni dalam jiwa dia.
yg baik tu kita amik jadikan pengajaran dan yg buruk tu kita set sebagai sempadan
:)
banyak pengajran yg boleh dpt dari sini.best entry.semoga dpt terus istiqamah.
ReplyDeletefaiz - entri untuk diri aku sebenarnya.semoga kita memperbaiki diri
ReplyDeleteyusuf - tu la bro,jahat2 orang pun mesti ada benda baik dalam diri mereka.kita pun sama.
jannahtul firdaus - terima kasih sudah membaca.semoga bermanfaat.amin