13 Aug 2011

berbuka dengan sepam malboro




salam ramadhan

sempena bulan ramadhan dan aku baru lulus xam smalam aku nak menulis entri kempen.

tubuh kita memerlukan tenaga.salah satu sumber dari tenaga datang dari pengambilan glukosa. nanti adelah proses2 yang berlaku sehingga glukosa berubah jadi tenaga.aku dah lupa. sebelum diserap oleh tubuh, glukosa berada dalam darah. insulin diperlukan untuk menghantar glukosa dari dalam darah ke organ2 target. jika terlebih maka akan dipanggil hyperglycemia. kalau berkurang plak orang panggil hypoglycemia.yang aku nak tekankan kat sini adalah hypoglycemia.



hypoglycemia ni adalah keadaan dimana kau kekurangan kadar glukosa dalam darah kau.banyak benda bleh picu benda ni.terlalu banyak insulin, kurang intake (fasting) dan macam2 lagi.benda ni kalau awal2 ok lagi, tapi kalau sudah severe boleh bawak mati.oleh sebab low blood glucose level dalam badan maka tubuh akan mengisyaratkan kepada kita dengan simptom2 seperti weakness, rasa cam nak pitam, nadi berdegup kencang,tangan menggeletar, pandangan berpinau, kepala jadi lalok dan macam2 lagi sampai boleh jadi koma kalau sudah severe.Maha Suci ALLAH yang ciptakan mechanism2 yang sangat perfect dalam badan kita sehingga semuanya sudah dalam keseimbangan.

sebab aku share benda ni adalah sempena kita puasa ni.bila lapar kita pun akan alami gejala2 cam yang aku tulis kat atas tu jugak.tapi xdelah dengan berpuasa sampai kau boleh koma atau mati.bulshit je kalau kau ingat camtu. nampak tak hikmah dari berpuasa? dengan ALLAH beri kita sedikit experience tentang kelaparan, diharapkan supaya dapat merasakan apa yang orang yang tak bernasib baik(orang2 miskin, yang selalu lapar macam kat afrika tu) rasa. bukan saja2 suruh puasa maaa. supaya kita jadi lebih berhati perut dengan aware lah sedikit dengan sekeliling kita. supaya tak makan sorang bile ada lebih rezeki.



selain tu, entri kali ni jugak aku tujukan untuk golongan2 smokers diluar sana. sebenarnya boleh je kalau nak berhenti merokok. time puasa siang2 boleh je tahan tak merokok. saja je memang taknak berhenti merokok kan? badan kita takde pun mechanism untuk nikotin. xde pun istilah hyponicotinemia.kepala hotak sendiri je yang taknak berhenti. dah haram pun tetap isap jugak xde rasa berdosa lansung. apa cerita? semoga sendiri mau ingat supaya berhenti merokok.ambil momentum ramadhan untuk berhenti. duit rokok kalau kumpul bleh down payment kereta wooo.



ok sampai disini dahulu.wassalam

No comments:

Post a Comment