salam atas kamu
dalam dunia nikan, setiap ape yang kita buat atau pegang, mesti dan wajib akan ada orang atau golongan yang menentang dan tidak sependapat dengan kita. pro dan kontra tu mesti ada. even benda yang paling perfect dalam dunia iaitu ISLAM.walaupun perfect tetap jugak ade yang tak setuju.tetap jugak ade yang menentang.
contoh lain seperti kalau kau suka bersedekah, mesti ada orang2 kedekut yang tidak setuju dan bagi seribu alasan untuk tidak suka bersedekah.kalau kau sokong kerajaan,yang lain akan sokong pembangkang. kalau kau seorang yang mempunya peribadi yang baik, mesti akan ade orang yang tidak senang hati dengan kau punya. pro dan kontra katdalam dunia ni seolah2 macam yin dan yang.
begitu jugak dengan peristiwa yang baru terjadi kat malaysia - bersih. mesti ade patriot yang kontra dengan bersih tu. secara jujur, aku tidak tahu terlalu banyak.sket2 je amik tahu dari kedua2 pihak kerajaandan pembangkang. secara jujur jugak aku antara sokong dan tak sokong pasal bersih ni. sokong sebab matlamat dia baik nak mintak PRU bersih dan adil. satu lagi sebab ulama pun ikut sokong bersih.kan ulama pewaris nabi.kita ynag kurang ilmu agama ni kena la ikut cakap ulama. kalau reason aku tak sokong plak adalah sebab ambiga tu ada berkaitan dengan IFC.dan satu lagi, walaupun dalam bersih kita bleh tengok perpaduan antara rakyat malaysia, kau takleh nafikan jugak bahwa bersih juga menambahkan pecah belah antara kelompok yang sokong kerajaan dan yang tidak.camne nak unite kalau jurang perpecahan makin melebar?
secara jujur jugak, aku merupakan orang yang tidak berpihak dengan mana2 fahaman politik. aku lebih kepada menyokong individu. ulama itu sudah tentu. ada individu2 dalam pakatan rakyat yang aku boleh terima, begitu juga kerajaan. kalau dalam pakatan rakyat, sudah tentulah aku sokong ulama2 PAS. tidak lain tak bukan kerana mereka berpolitik untukmenegakkan islam.ape lagi alasan untuk aku menolak mereka? TIADA. setiap apa yang mereka buat sudah tentulah mereka sudah landaskan dengan ilmu agama mereka. kalau dalam kerajaan pulak, aku boleh terima pemimpin2 UMNO yang dari penampilan mereka menunjukkan mereka masih mengamalkan ajaran islam.ini boleh dilihat dari pemimpin2 yang tak tinggal solat, bleh jadi imam, anak bini mereka menutup aurat dan kalau kita mintak bantuan mereka tolong.contohnya cam pak ketua menteri melaka,dan yb kawasan aku.tapi kadang2 orang bleh cakap,"alah alau umno tu same je semua. kronisme, suka makan duit rakyat.".itu urusan dia dengan ALLAH. kalau xde bukti baik jangan sedap mulut main tuduh2.kalau ye pun benar, daripada duduk hentam menghentam kan ke baik kalau tegur secara baik?pegi jumpa, tegur.kalau dia dengar, ok bagus. kalau keras kepala barulah jatuhkan pemimpin camtu.
sebenarnye kalau nak unite senang je. pemimpin2 kena unite. secara automatik rakyat yang terdiri daripada pengikut dan penyokong kepada pemimpin2 tu akan follow their leaders punya. atas gerak bawah mesti ikut punya. tinggal yang kat atas tu je camne mereka nak unite.
aduh panjangla plak kalo bab2 politik ni.okla sebagai penutup,aku secara peribadi mengharapkan sangat supaya ade perpaduan dikalangan umat islam.disamping tu aku harap non muslim dapat respect islam dan tidak merasakan bahwa islam itu menjadi thread kepada mereka.dan satu lagi yang tak kurang penting aku berharap agar orang2 dan golongan2 yang bertanggungjawab nak menjatuhkan islam dan menjahanamkan malaysia segera jatuh dan mengundurkan diri.kalau tetap keras kepala jugak aku bermohon kepada ALLAH supaya nyawa mereka dicabut supaya mereka tidak lagi membuat kerosakan yang lebih parah di muka bumi malaysia yang tercinta ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagi aku, isu Bersih dimainkan untuk lebih memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan Melayu di Malaysia.
ReplyDeleteDan aku pun setuju dengan idea perpaduan UMNO dan PAS.
setuju umno dengan PAS bersatu.demi masa depan agama dan bangsa..buka mata.ramai yg akan halang penyatuan ni.tapi demi anak cucu..harap pemimpin boleh berfikir dengan lebih luas dan terbuka
ReplyDeletetu lah yang terbaik.penyatuan bukan atas dasar bangsa tapi atas dasar agama. yang taik semua dibuang yang baik dijadikan pemimpin.baru mlaysia sejahtera.
ReplyDeletemacam tu lah. sebenarnya dua2 ada pro dan kontra. dalam baik2 pas ada juga celanya. dalam cacat2 umno ada juga baiknya.
ReplyDeleteseringkali dikata umbo lah yg hipokrit umno lah yg itu ini, pas juga apa kurangnya.
sering dikata pas lah yg menipu pas lah yg itu ini, umno pun banyak helahnya..
ada apa pada parti? semuanya pada individu itu sendiri. cuma jika individu seorang shj bdiri gah di dalam parti, tidak ada juga geraknya..
klau dapat buang atau jatuhkan golongan yang buat najis dalam kedua2 pihak mungkin kita boleh unite.cuma tak tau bila saja.masalahnya dua2 keras kepala.
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeleteinilah akibatnya kalo meletakkan parti lebih tggi dari agama.
tkda yg lebih tggi dari Islam.
aku teringin nak tengok pemimipin Pas dan umno duduk semeja, berbincang masalah ummah sangkutkan parti masing2 diluar pagar dan bercakap atas kapasiti saudara Islam.
busuk2 umno tu pun, mereka Islam.
dan sebaik mana pun ahli Pas tu, umno tetap saudara mereka.
kita berdepan dengan banyak lagi musuh Islam. tapi kalo sesama Islam pun bermusuh, boleh ke nak lawan musuh Islam?
mengenai bersih, pihak penganjur percaya mereka berjaya. berjaya apanya kalo kerajaan buat tuli tak tahu je? tapi yg lebih di highlight ialah pasca 9 julai yakni kesalahan pihak itu ini. inilah yang tersiratnya.
pihak bersih ada MP yg menafikan 2/3 kerajaan dlm parlimen. kenapa tidak gunakan suara tu dulu? kalo tak berhasil, baru turun ke jalanan..
aku sygkan malaysia. moga Islam bersatu di tanahair kita ni satu masa nanti..
aku bukan ahli Pas atau penyokong umno. Aku lahir, hidup dan matiku hanya sebagai seorang Islam.
salam bro. couldn't agree more. 100% true.
ReplyDelete