Saya sangat suka sekali dengan bola sepak. tak kesahla bola padang ke street soccer ke atau futsal. Xtau kenapa.Sampai saya ni lebih memberi perhatian dan lebih boleh fokus terhadap bola daripada medik.haha teruk betul. Bukan ape, mana xnye skarang saya blum klinikal lagi. biasanya lepas xam je terus lupa. saya belum mempunyai peluang untuk aplikasikan ape yang saya blaja. camne nak fokus camtu? InsyaALLAH lepas klinikal nanti saya akan fokusla balik kat dunia medik ni. InsyaALLAH bulan 3 ni saya wisuda.doa2kanle saya wahai kengkawan sekalian.
Ok berbalik kepada masalah bola tadi. Saya pun xtaula kenapa saya suka sangat dengan bola. Sampai seriusnya saya dengan bola, kalo ada game2 besar epl saya dan bebudak saya bukan sahaja sekadar menonton, tetapi kami menganalisa dan belajar dari permainan itu sekali.dimana sepatutnya seorang centre back berada, macam mana sepatutnya pertahanan harus satu line, apa tugas2 seorang striker dan sebagainya. Serius x seriusla kitorang pasal bola ni.haha.
Kalo tim bola sepak Malaysia plak, xtaula mungkin mentaliti pemain kot. terikut sangat dengan gaya epl. suka long ball. Ape cerita?? cuba main simple pass mesti boleh punya. Indonesia dan Vietnam dah buktikan dah. Kita je xnak berubah lagi.
Sebenarnya saya dulu adalah seorang yang kaki bangku dan xtau ape pun pasal bola. waktu form five offside pun saya xtau. jahil btol time tu. Pastu datang makassar plak kebetulan bebudak batch saya (G.U) kaki bola plak. nak x nak saya pun terikut la. Kitorang semakin lama semakin develope cara permainan kitorang. Dan skarang, xdinafikan lagi team kitorang merupakan team yang paling digeruni oleh setiap budak Malaysia kat sini. We may not win all the tournaments but in every game that we lose, we just dont have luckje.haha. serius beb.
Bagi saya yang penting skali dalam bola sepak ni adalah mentaliti. skill tu no dua. itu boleh develope (cam saya. haha). dan saya berharap agar national team kita dapat mengubah mentaliti diorang. Saya tgk diorang ni banyak yang gaya je lebih. kekadang tahan bola pun hancur.ape cite? patutnya bila main untuk negara tu bersungguh2la. pupukla sket sifat patriotik tu nak harumkan nama negara. Jadikan Indonesia dan Vietnam sebagai patokan dimana mereka boleh developed dan improved.Mereka mempunyai rasa cinta kepada negarayang tinggi sehingga mereka bermain dengan penuh semangat. Saya rasa tula masalah dengan Malaysians skarangni. semangat cintakan negara dah makin berkurang asik bertelagah je dengan perbedaan politikla, perbedaan kaumla sampai nasionalism tu dah memudar. Semua orang semakin mementingkan diri sendiri.Saya harap Malaysia menjadi harmoni seperti waktu saya kecik2 dahulu dimana saya rasa dulu kita lebih cintakan negara berbanding sekarang.orait thats all. peace y'all.
No comments:
Post a Comment