2 Jan 2009

why.......

Sebenarnya ini adalah tajuk yang tipikal tetapi saya percaya bahwa setiap orang mempunyai pendapat yang berbeda2 tentang mengapa mereka ingin menjadi seorang dokter. Antara sebab2 yang saya pernah dengar adalah seperti kerana duit, kerana minat, disuruh oleh orang tua, oleh kerana kerja yang terjamin, kerana ingin tolong orang, dan macam2 lagi. Saya juga pernah bertanyakan hal ini kepada seorang pakar ortopedik. Saya bertanya kepada beliau apa yang seronok bagi beliau dalam menjadi seorang dokter? Jawapan beliau menarik bagi saya. Beliau menjawab bahwa seorang dokter sangat beruntung kerana kita dapat mengetahui apa sebenarnya proses2 yang berlaku didalam badan kita. Dan ilmu dan kemahiran ini tiada pada seorang engineer, lawyer, arkitek, dan sebagainya. Sekaligus jika kita mahu berfikir menunjukkan bahwa bertapa maha hebatnya ALLAH yang telah menciptakan tubuh badan kita sedemikian rupa serta proses2 yang berlaku dalam badan kita. Itu semua diciptakan ALLAH tidak lain hanyalah supaya manusia bersyukur dan tunduk pada kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Saya rasa sebagai seorang dokter kita harus mempunyai rasa yang sedemikian kerana tidaklah susah untuk kita membayangkan dan memikirkan bertapa maha kuasanya ALLAH dalam penciptaan manusia itu. Sepatutnya semakin tinggi dan banyak yang kita tahu mengenai perubatan, semakin dekatlah kita dengan ALLAH dan semakin merendah dirilah kita kerna kita mengetahui bertapa kerdilnya kita disisi ALLAH. Saya cukup benci dengan golongan dokter yang merasa jika makin banyak ilmu mereka,semakin tinggi title mereka, maka makin besarlah kepala mereka. Semua orang harus tunduk dan patuh dengan arahan mereka. Ini adalah golongan dokter yang bangsat dan tidak sadar diri. Tidak dinafikan memang ada golongan dokter sebegini. Membuatkan saya seperti ingin melayangkan satu dua das tumbukan padu maut tepat kemuka golongan dokter seperti ini. Bak pepatah orang melaka, BARU KO ADA AKAL.

Kalau untuk saya, ada alasan saya tersendiri mengapa saya ingin menjadi dokter. Alasan yang pertama mengapa saya ingin jadi seorang dokter adalah kerana untuk mendapat keredhaan ALLAH melalui pekerjaan saya. Pekerjaan seorang dokter adalah pekerjaan yang sangat mulia. Pesakit datang kepada kita dengan masalah2 kesihatan dan kita merawat dan menghilangkan masalah mereka dengan izin ALLAH. Ketika sakit sudah pastilah agak sukar untuk melakukan ibadat tetapi setelah sihat maka mereka dapat beribadat seperti biasa. Kita pun dapat saham yang baik jugak. Banyak pahala yang kita boleh dapat.Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang mendapatkan balasan syurga hanya dengan memberi minum anjing yang kehausan? Itu baru anjing. Inikan pula manusia yang dalam kesusahan? Pergh.......

Yang kedua adalah tugas seorang dokter memenuhi kehendak naluri saya(walaupun sebenarnya saya x sesuai untuk belajar perubatan sebab pemalas nak studi). Maksud saya seperti ini, kalau nak merawat pesakit, bukan setakat kena cukup ilmu dan kepakaran je tetapi kena punya hati nurani untuk merawat pesakit tersebut. Mungkin kata yang cocok disini adalah empati.

Yang ketiga of course money. Siapa la yang xnak duit oi. Saya lupa ada satu hadis ke atau pepatah arab yang bunyinya begini, addunia bil mal walakhirah bil amal yang maksudnya untuk hidup didunia kita memerlukan harta dan untuk akhirat plak kita perlukan amal. Money is very important sebenarnya.tapi xperlulah kita menjadi hamba duit. biar duit tu jadi hamba kita. Maksudnya disini dengan rezki yang berkat kita xperlu risau akan kekurangan, Kalo kita syukur maka ALLAH akan tambah dan tambah lagi. no need to doubt about that.

Okla sampai sini jela tulisan saya yang xseberapa dan kucar kacir ni.

No comments:

Post a Comment