salam
malam ni malam raya. besok kita akan menyambut raya. tapi sebelum beray sakan aku ingin mengajak kita semua pikir kejap.kejap je. camni, kan raya tu maksudnya kita meraikan kemenangan kita semasa bulan ramadhan? melawan hawa nafsu dan rasa hati kita? dalam kata lain idul fitri adalah untuk mereka yang menang. so aku nak mengajak kita semua sama2 fikir kejap je. tanya dalam diri kita. "ramadhan taun ni aku menang ke? atau ramadhan ni aku sekadar lapar dan dahaga je tapi tak dapat ape2? kalau begitu layakkah untuk aku menyambut hari raya sakan?
kalo aku sendiri aku pun tak tau ape jawapan dia. tapi satu hal aku sentiasa optimis dan husnuz zhon dengan ALLAH. mudah2an kalau tak menang total pun menang sikit pun ALHAMDULILLAH. mudah2an kita suma termasuk dalam golongan orang yang berjaya dalam bulan ramadhan ni. amin
p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA. AKU MENGHARAPKAN AGAR KORANG MEMAAFKAN DOSA AKU PADA KORANG JIKA AKU PERNAH BERBUAT SALAH PADA KORANG. AKU HANYALAH ORANG BIASA YANG SELALU BERBUAT KESALAHAN.MAAFKAN AKU. SEMOGA KAU2 SEMUA DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment