10 Sept 2009

otak ade, pakai.............



salam

aku cuma nak beri nasihat kepada semua orang supaya dalam setiap tindakan yang ingin kita lakukan lebih2 lagi tindakan yang crucial seperti tindakan yang melibatkan orang lain dan memberikan impak kepada orang lain, MAKA GUNAKANLAH AKAL FIKIRAN YANG TELAH DIBERI OLEH ALLAH SUBAHANAHUWATA'ALA DENGAN SEBAIK2NYA. ALLAH telah memberi akal fikiran kepada manusia supaya kita dapat membezakan antara baik dan buruk. JANGAN IKUT NAFSU, JANGAN IKUT PERASAAN, JANGAN IKUT EMOSI, NANTI MEMBAWA KESAN BURUK KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN JUGA. kalo tidak kita tidak ada bezanya dengan binatang yang tidak diberikan oleh ALLAH dengan akal. manusia semakin menuju kepada sifat2 haiwan. kerna itu kita bisa lihat sekarang ni dunia sudah macam mane kroniknya. oleh sebab itu jugaklah dimana2 kita lihat banyak sekali bencana2 yang berlaku. itu semua peringatan dari ALLAH kerna tersasar jauhnya manusia dari jalan yang sepatutnya diikuti. so marilah kita sama2 kembali kepada sifat asal manusia yang diberi akal fikiran oleh ALLAH supaya dengan akal fikiran itulah kita terhindar dari kehancuran dan kemusanahan dan menuju kepada kebahagiaan.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
( al-Baqarah ayat 11 - 12)

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. ( al- A'raaf ayat 56)

p/s : kalau perangai dah serupa binatang buat ape bercakap bahasa manusia lagi? baik menggonggong je lagi baik. makan tido mengawan je. benda lain dah xyah buat dah. btol x?

3 comments:

  1. pe punca yer lem? xkan sebab tarian je kot?

    ReplyDelete
  2. bukan bendera malaysia la deran bakar apis, belang tak cukup...ehhee

    ReplyDelete
  3. faez- sebab media mengapi2kan tu yang terbakar tu

    khabab- tu ar sampai bakar bendera tu.ape nak jadi la.

    ReplyDelete