24 Jun 2010

gurindam seringgit setengah

solat mau jaga.....

solat mau jaga agar kau tak terleka
solat mau jaga supaya kau dipeliharaNYA
solat mau jaga supaya selamat kau kat dunia
solat mau jaga agar kau xmasuk neraka


solat mau lengkap.....

solat mau lengkap supaya hidup kau sedap
solat mau lengkap agar dosa2 kau lenyap
solat mau lengkap supaya rezeki kau mantap
solat mau lengkap mudah2an masuk syurga tanpa hisab


solat mesti penuh.....

solat mesti penuh supaya hidup xceroboh
solat mesti penuh agar sakit jadi sembuh
solat mesti penuh jangan kau buat2 bodoh
solat mesti penuh supaya kau jadi contoh


solat jangan tinggal.....

solat jangan tinggal agar kau tak macam dajal
solat jangan tinggal supaya tak jadi bebal
solat jangan tinggal biar kau sihat mental
solat jangan tinggal sebelum nanti kau meninggal


solat 5 waktu.....

solat 5 waktu jangan kau buat xmenentu
solat 5 waktu biar rezki kau laju
solat 5 waktu menghadap kau yang SATU
solat 5 waktu sebelum kau jadi kaku

p/s : "Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan." albaqarah ayat 110

20 Jun 2010

SABAU JE LE.................

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

(DIPETIK DARI ILUVISLAM.COM)

p/s : semoga kau2 dan juga aku yang sedang diberi ujian oleh ALLAH dapat melalui dan menempuh ujian itu dengan sabar dan dengan hati dan fikiran yang tenang dan terbuka. semoga kita menemukan jalan keluar. everything happens for a reason.semoga pada akhirnya kita dapat rasakan manisnya hasil yang ALLAH siapkan oleh kerana kita sabar menempuh ujian ALLAH.amin

15 Jun 2010

friendship for all. (dedicated to you)

salam

for this time i wud like to write and share about friendship. for me. sincerity is the key to a good friendship. friendship that last forever. or we call it ukhwah in islam. if we are sincere and understanding to each other, no matter what comes ahead, the bond will remain.and our friendship is strenghten day by day.


i have lots of friend. and they come from a variety of background. from upper class, to middle class. from rich family to average family. and they come in all size and shape too. when i was a kid i used to think that to be friend with the one who come from rich and wealth family, we have to follow their way. so during that time i used to have a low self esteem because i assume that i'm out of their class.i come from a middle class family. so probably i can't afford to have the same thing that they have. expensive toys, clothes and so on.

but when i grew up, i came to realize that a true friendship is not determined by your social status or how good looking you are or how smart you are but sincerity does. you accept them the way they are, realizing that no body is perfect in this world. as long as they have a good attitude and they don't do something that makes you suffer like backstabbing or something similar then you can call it a good frienship. and of all, a friend that leads you to be a good muslim,always remind you to good deeds, that is the ultimate friend u can have. u are blessed to have a friend like that.

ALHAMDULILLAH i have many good friends. from the friend that i have known for more than 15 years, to friends that i just met for several years. some of them are very rich and some of them are just like me. from the orang bandar to orang kampung. from anak dato' to anak orang biasa2. for me they are all same regarding of their social status. i never see any of their background to be friend with. a kind hearted person is enough to be my good friend. but what i notice, many of my good friends, they have similar lifestyle like me, the typical malay boys lifestyle, eventhough they come from a wealth family. i kinda respect that. humble. very nice of them.

and last but not least, to all my friends from my childhood one to nowadays friend, may our ukhuwah remains forever. may ALLAH bless u all and lead you to success and glory to whatever you are doing as long they do not break the syariah rules.amin. friendship forever. islam forever. palestine forever.

p/s - this entry is dedicated to all my good and bestfriends, from my childhood time,( edry,fudhail, aidil, aji, bitek, fahimi,jijul,najip,mat and the rest of you...), to budak2 sultan (you know who you are, i mean all of you,) majuscopians, (bob, amer, din, arul, sifue, botak, and the rest of you guys, kalo nak taip penat siot), kmm ( iera, fariz, jain, basyirah, zul, dan semua h3p5 dan hayat 3), and last but not least, to unhas mates ( all of you). and not forgetting to new friends which i knew for several weeks, or months ( sol, eleyna,fahri, and many more). god bless u all. amin. maap kalau tidak sempat untuk menyatakan nama2 anda.tidak berarti nama anda tidak ada, anda saya lupakan. anda tetap dihati dan tetap kawan saya. peace........

12 Jun 2010

buat ape gado2. kan adik beradik, satu kapal lagi.....

salam

entri kali ni bermotif perpaduan umat islam tidak kira apa fahaman kau pegang. kita tau kat dunia ni banyak organisasi dan fahaman2 islam yang bermacam2. kalau kat indonesia ada nahdatul ulama dan muhammadiyah. kalo kat arab saudi mereka banyak mengikut fahaman wahabi. kalo kat india ngn pakistan plak sudah tentu lah terkenal dengan tabligh. kalo kat msia ape ek? yang aku au kita kat msia ni kalo tanya mesti kita jawab mazhab syafi'e sebagai mazhab rasmi msia. dan macam2 lagi fahaman2 dan organisasi islam yang ada kat dunia ni yang berbeza2 pendekatan mereka terhadap islam. tapi pada dasarnya tauhid mereka sama iaitu mengESAkan ALLAH. basic rukun islam tetap sama. cuma masalah lain yang beza2 pemahaman antara satu sama lain.

permasalahan yang aku nak timbulkan dekat sini adalah kenapa dengan perbezaan pendapat dan sudut pandang mereka terhadap sesuau permasalahan dalam islam menjadikan kita berpecah belah antara satu sama lain? yang bukan wahabi cakap wahabi xbtol terlalu tegas sangat. yang bukan tabligh cakap tabligh tinggal anak bini. pastu tabligh lebih kepada amar makruf. yang nahi mungkar xtekan sangat.semua nak salahkan antara satu sama lain. masing2 membela merekalah yang benar. merekalah pahlawan islam.merekalah yang mewakili islam yang btol.

sebenarnya orang2 yang selalu nak bertelagah tentang perbezaan pendapat dan pendekatan kepada islam, mereka tidak paham sejarah. sebenarnya lain tempat maka lainlah perangai dan kultur dan cara sesuatu kaum tu.senang cakap, lain tempat lain cara. contoh orang arab, mereka bangsa yang keras, oleh sebab itu fahaman wahabi lebih famous dan lebih diterima dan sesuai di saudi oleh kerana sikap keras mereka itu.berlainan dengan kita kat nusantara yang lebih lemah lembut maka dengan pendekatan keras tu kita rasa cam lain daripada kultur kita. sebab tu kat nusantara ni xbanyak sangat yang ikut fahaman wahabi.kalo orang india plak kalo kita berlembut ngn dioang, maka diorang dengar, tapi kalo kita kasar maka diorang melantun balik. maka dengan sifat yang begitu, pendekatan tabligh yang lebih menekankan amar makruf sesuai diterapkan dikawasan sana. masing2 ikut kesesuaian dengan sifat sesuatu kaum tu.tapi pada dasarnya semua fahaman ni sama je pegangan tauhid iaitu berpegang pada kalimah syahadah jugak.

zaman nabi dulu pun sewaktu menghantar utusan dalam menegakkan kalimah ALLAH,nabi memberikan arahan yang berbeza mengikut tempat yang ingin dituju. contoh waktu nabi hantar sahabat ke yaman, nabi berpesan supaya ikut quran dan sunnah maka tidak akan tersesat. waktu sahabat yang ingin ke parsi kalo xsilap, nabi pesan lain plak. kalo xsilap, nabi berpesan supaya sahabat kabarkan ke penduduk sana, kalau mahu selamat, masuklah islam, kalau tidak mahu, bayar pajak, kalau tidak mau jugak maka akan dihukum.(cerita yang diatas ni kalau aku tersalah, betulkan aku yer). disini sudah menunjukkan nabi memberikan pendekatan yang berbeza terhadap kauam yang berbeza mengikut kesesuaian kaum itu. jadi jika ada perbezaan dalam organisasi dan sesuatu fahaman, itu adalah kerana perbezaan nature sesuatu kaum itu. kena faham benda ni.sebab kalau tidak tau macam mana sejarahnya sebabtulah terjadinya perpecahan antara umat islam sekarang. kita sekarang ni kalau tengok orang lain berbeza dari kita je biasanya kita cakap orang tu sesatla, radikal la dan macam2 lagi.padahal kita pun tak tau sangat pasal fahaman orangtu, sejarah dia camne.alih2 main tuduh je ni sesat, tu tak betul. padahal ilmu kita cukup2 makan je.mana boleh camni kawan..


aku penah dengar ada ustad ni buat perumpamaan camni. kita ni umpama bahan2 yang nak digunakan untuk buat kek. masing2 mengaku dialah bertanggungjawab untuk buat kek yang sebenar. tepung mengaku dialah kek yang sebenar. camtu gak dengan benda2 lain. kayu api yang nak bakar kek pun mengaku dialah yang betanggungjawab untuk buat kek yang sebenar.gula dan bahan2 lain pun sama gak. camtu gak pertubuhan2 islam ni.masing2 cakap merekalah islam yang sebenar. kita cuma perlukan seseorang yang bleh satukan bahan2 ni untuk menjadikan kek yang sebenar. barulah semua akan merasakan enaknya dan cantiknya kalau kek tu dah jadi. begitu jugak islam. kalo bersatu semua2 fahaman2 ni maka masing2 akan melihat kebesaran dan keindahan islam tu sendiri.barulah islam kuat.


jadi kat sini aku mengajak kita semua muslim untuk bersatu tanpa melihat fahaman mana yang kita ikut. hormat dengan pendapat orang lain asalkan tidak bercanggah dengan quran dan sunnah. aku percaya fahaman2 yang berbeza2 ni mereka pun berpegang pada quran dan sunnah jugak.cuma intrepretasi berbeza mengikut ulama2 yang berbeza.bukankah kita mengucap syahadah yang sama? baca quran yang sama? beriman kepada nabi yang sama? dan kiblat kita pun sama jugak kan? bukankah itu sudah cukup untuk menjadikan kita satu? ustad aku kat melaka pernah bitau aku camni." buat apa kita dengan berbeza pendapat nak bertelagah? awak sembahyang, saya pun sembahyang. lepas sembahyang awak tak nak wirid xpe itu ikut awak, saya nak wirid. apa yang lebih penting adalah saya dan awak yang sama2 sembahyang ni kan lebih baik kita sama2 berganding bahu untuk mengajak mereka2 yang belum sembahyang. itu lebih baik daripada kita duduk bertelagah tentang wirid lepas sembahyang tu bidaah atau tidak.banyak benda lain yang lebih penting lagi."

ok sampai disini dulu. semoga bermanfaat

p/s - entri ni ditujukan jugak untuk perpaduan umat islam kat msia xkira apa fahaman politik kau. aku percaya orang2 bawah yang sokong umno banyak yang baik2.cuma sesetengah pemimpin atasan je yang cam pundek.contoh cam najib monggolia.kan baik kalau anda memilih pemimpin umno yan lain yang lagi baik,banyak lagi pemimpin umno lain yang baik.kalo yang cam haram kasik turun la. untuk penyokong pas plak.daripada korang 24 jam blame umno xtentu pasal dan kerajaan kan lebih baik ko guna pendekatan yang lebih berhikmah seperti ajak bebuat baik kepada penyokong umno.aku yakin manusia ni fitrah dia nak berbuat baik sebenarnya.dan banyak penyokong umno tu tak sejahat seperti segelintir pemimpin atasan mereka yang macam haram tu. aku yakin kalau cara yang btol maka orang umno dan pas boleh bersatu.sebab sama2 melayu sama2 islam.jadi apa kata kita carik jalan supaya kita boleh bersatu. insyaALLAH makin maju dan berkatlah msia ni jadiknya kalau kita bersatu.

10 Jun 2010

kan bagus kalu negara aku pakai sistem islam dalam pentadbiran

salam

bila umur aku sudah makin meningkat sekarang barulah aku sedikit2 nampak bahwa indah, bahagia dan makmurnya jika kita hidup dalam sistem islam. barulah aku sedikit2 nampak kenapa islam suruh ni dan kenapa islam melarang itu. dan semuanya sudah jelas sekarang. semuanya ALLAH telah atur untuk manusia ikut dan kalau manusia ikut maka benefitnya punyalah banyak tak terkata. kan best kalau negara aku jalankan sistem2 islam dalam setiap aspek kehidupan. xdela banyak masalah yang timbul macam sekarang. yang xleh belah bila dah bertimbun2 masalah pun pemimpin kita masih gak xsedar2.tetap gak nak ikut sistem dari barat.ikut islam sket2 je. ni semua mungkin berpunca dari sistem pendidikan kita gak kot.kiblat kita kat arah barat kot.sebab tu rata2 pemimpin kita pun xterbukak minda dan fikiran untuk jalankan pemerintahan ikut sistem islam. kepala hotak kau berjambul lah kalau kau ingat sistem islam tu kolot. kepala hotak kau tu yang kolot. aku yang baru tau sket2 je pasal islam pun dah nampak bahwa islam itu sangat indah dan menguntungkan semua pihak.


aku bengang la dengan sesetengah pemimpin yang pada ic tulis islam, tapi bila sesetengah orang yang lain yang ingin mengetengahkan sistem islam untuk diaplikasikan dinegara kita, maka pemimpin2 bangsat ni dengan cara keji mereka selalu saja menyekat usaha2 murni itu.kalo camnila ape beza kau dengan zionist tu sial? at least zionist tu pun ganas terhadap bangsa lain tapi dengan bangsa sendiri dia jaga. ini kau dengan bangsa lain bukan main kau baik lagi tapi bila orang seagama kau terapkan islam kau yang lebih2 menolak. betul2 yaushu la kau ni.


aku harap golongan2 pemimpin seperti ini supaya mereka cepat turun dan semoga ALLAH gantikan mereka dengan golongan yang ingin menegakkan syariah islam. orang tak nampak je islam tu indah.aku pun belum merasakan sebab kat negara aku pick and choose pasal islam dan belum buat sepenuhnya sistem islam.tapi jauh dilubuk hati aku, aku sangat yakin dengan keindahan islam jika diterapkan dalam setiap aspek kehidupan.jahat2 aku pun aku tetap berharap seperti itu.alasan dia sangat mudah.sedangkan sistem yang diciptakan manusia sahaja kau sudah nampak benefit dia, inikan pula sistem yang ALLAH cipta.sudah tentulah jauh lebih baik. okla itu saja untuk kali ni.sekian wassalam.

4 Jun 2010

kalaulah........

Salam
Macam biasa blog aku kalo xtulis benda2 mengarut rasa cam xlengkap je. Jadi kali ni aku nak cerita sket tentang sedikit tentang salah silah keturunan aku melalui datuk belah mak aku. nama arwah datuk aku abdul kadir.dan dari nama abdul kadir aku rasa korang dah tau datuk aku orang mana. Kadir adalah nama tipikal untuk mamak.haha. datuk aku berasal dari india bagian utara. Dengan kata lain datuk aku berdarah hindustan. Kalo xsilap aku dia datang msia sebelum merdeka lagi dengan dua abang dia. Dan datuk aku dok kat johor dan bekerja dengan sultan johor pada waktu tu. Jadi pegawai kalu tak silap aku.aku rasa dari dulu kat msia ni asal kau orang islam je memang senang nak dapat keja kat msia.dan datuk aku pun camtu gak kot. Dan datuk aku berkahwin dengan dua orang, dan nenek aku merupakan isteri kedua datuk aku. nenek aku pulak merupakan orang cina yang dari kecik sudah duduk dengan orang melayu.jadi sudah tidak ada cina lagi dalam diri nenek aku. oleh kerana datuk aku sudah bekerja dan berkeluarga disini maka dia sudah tidak ada rasa mau pulang lagi ke india. Jadi sewaktu kedua2 abang2 dia nak balik india balik dan diorang ajak datuk aku balik skali datuk aku xnak. Dan hasilnya kitorang terputus hubungan dengan keluarga di india.bukan kerana bergaduh tapi sebab lepas datuk aku dah meninggal jadi kitorang pun tak tau kat mana abang2 dia tinggal.senang cerita lost contactla. Aku rasa macamtu lah kot.

Kenapa aku cerita tentang salah silah aku kat atas? Ok kita masuk kepada part mengarutnya. Sebenarnya aku dapat idea nak buat entri ni lepas aku tertengok channel zee. Channel hindustan tu. Harus difahami bahwa aku bukan sengaja mau tengok hindustan tu, Cuma terbukak saja. Haha.tapi bila dah bukak maka aku pun ‘ter’layan’ la lagu2 dia.haha. pastu bila aku tengok heroin2 dia yang cantik2 tu tetiba dalam kepala hotak aku pun cam terfikir. Alangkah bestnya kalau aku tak lost contact dengan keluarga aku di india sana. Sudah tentu banyak sedara2 aku kat sana yang pure hindustan dan cantik2 macam karisma kapoor, juhi chawla, sonali bendre, dan rani mukerjee serta preety zinta.sebab makcik aku cakap datuk aku ngn abang2 dia agak good looking jugak dan abang2 dia berkulit putih semua.datuk aku je agak gelap sket.tapi gen diorang hanya sedikit je yang turun kat aku ar.hahaha. jangan2 salah satu aktress hindustan tu ada bau2 bacang dengan aku kot.haha. kalo keluarga aku masih berhubungan dengan keluarga disana kan bagus.senang je bleh suruh mak aku usyakan sedara2 hindustan yang cun2 kat belah sana.pergh kan best kalo camtu. Kawen ngn hindustan aku camtu. Mesti member2 aku jeles gilerla dengan aku.haha.tapi apakan daya semua tu Cuma mimpi aku disiang hari. Xkan pernah mungkin menjadi realiti kecuali dengan izin ALLAH saja. Alaaahaaaiii. Naseb2…………..

p/s : al fatihah untuk arwah datuk aku. semoga datuk tenang dialam barzakh sana. Amin.dan tak lupa juga aku untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan2 supaya tetap berdoa untuk keselamatan umat islam terutama dipalestin dan semoga yahudi zionist dihancurkan oleh ALLAH. dari zaman nabi2 terdahulu asik buat hal je yahudi ni.aku bengang btol la.dan satu lagi jangan lupa memboikot barang2an yahudi itu. kalau xdapat secara besar2an yang kecil2an pun xpe yang penting ada usaha.

2 Jun 2010

belajar tinggi2 tapi otak taruk kat bontot (masih entri palestin)

salam

aku amat pelik dengan pemerintah negara2 arab dan negara2 islam yang lain kenapa mereka sangat takut untuk memberikan bantuan terhadap musllim2 di palestin menentang zionist? aku rasa mereka bukan orang2 bodoh. setidaknya pendidikan mereka pasti sampai tahap master. tetapi kenapa dengan pendidikan yang tinggi dan intelektual yang ada pada mereka tidak membuatkan mereka untuk berfikir benda2 yang sangat simple? adakah mereka terlalu memandang tinggi terhadap ketenteraan israel sehingga mereka sudah menyerah kalah sebelum sempat mencuba walau sekali? apa guna bajet berbilion2 yang mereka peruntukkan untuk ketenteraan mereka jika begini jadinya?

tidakkah mereka melihat bagaimana hanya dengan senjata2 terbatas seperti roket pelancar yang dimiliki hamas sudah cukup untuk menggentarkan israel sehingga setiap hari israel seperti dibayangi mimpi ngeri dan selalu mereka memikirkan cara2 dan taktik2 kotor bagaimana mereka boleh melenyapkan hamas dari palestin? lihat sahaja penyerangan terhadap mavi marvara baru2 ini. bukankah tujuan mereka menyerang itu supaya bantuan tidak boleh masuk ke gaza? apa tujuannya? sudah tentu untuk menyekat hamas. bukankah itu menjadi bukti ketakutan mereka pada hamas sehingga bermacam2 taktik keji mereka gunakan untuk melenyapkan hamas.padahal kelengkapan hamas itu terlalu jauh tertinggal jika mau dibandingkan dengan ketenteraan yang dimiliki israel.mereka cuma berbekalkan keyakinan yan kuat kepada ALLAH sahaja. dan itulah sebenarnya senjata mereka yang paling kuat.ALLAH bersama mereka.kerana itu mereka masih tetap bertahan dan melawan.kalau hidup pun mereka menang, kalau mati pun mereka menang.

cuba bayangkan kalau setiap negara islam yang ada didunia ni bersatu hantar tentera kesana. sudah pasti kekuatan kita akan meningkat berkali2 ganda sehingga aku yakin israel pasti musnah. jangan lupa, walau secanggih mana pun senjata yang dimiliki israel, mereka tetap manusia biasa, tidak akan pernah sempurna.pasti ada cacat cela.mereka berjuang atas nama manusia dan kezaliman.kita berjuang atas nama tuhan. sudah tentulah ALLAH akan memberi bantuan.

aku tidak faham kenapa mereka2 pemimpin2 negara2 islam tidak boleh berfikir seperti yang aku tulis diatas. KENAPA? kenapa aku dan teman2 aku yang rata2 masih mahasiswa biasa yang pointer xcecah tiga boleh berfikir macamni dan mereka tidak? BODOH BANGANG DUNGU mereka semua itu. wang, harta dan kekuasaan sudah meracuni fikiran mereka. benarklah seperti yang nabi pernah bersabda bahwa di akhir zaman akan ada satu penyakit pada umat islam. cintakan dunia dan takutkan mati. sudah menjadi realiti.termasuklah juga pemimpin negara aku jugak. mungkin sistem pendidikan yang mereka ikuti telah membat kan mereka jadi begitu. ape guna phD, ape guna master, ape guna degree kalau benda simple pun tak boleh terfikir untuk diorang? xke bodoh namanya tu? kalau macamtu marilah kita sama2 doakan supaya mereka2 itu digantikan dengan pemimpin yang lebih pintar dan lebih berani untuk menegakkan agama ALLAH.amin.

p/s - Semoga petugas2 kemanusiaan yang dalam misi kemanusiaan ke palestin diselamatkan oleh ALLAH dan semoga HAMAS tetap menjadi mimpi buruk bagi israel sepanjang masa dan ALLAH memberikan kekuatan pada HAMAS dan mereka2 yang berjuang untuk menegakkan kalimah ALLAH dimuka bumi ini semoga ALLAH membuka mata dan hati bagi pemimpin2 islam yang belum berani untuk membantu saudara2 islam yang tertindas. dan jika mereka masih tetap begitu, semoga ALLAH menggantikan pemimpin2 yang tidak berguna ini dengan pemimpin yang lbih baik untuk memimpin umat islam.AMIN ya rabbal alamin.