salam
entri kali ni bermotif perpaduan umat islam tidak kira apa fahaman kau pegang. kita tau kat dunia ni banyak organisasi dan fahaman2 islam yang bermacam2. kalau kat indonesia ada nahdatul ulama dan muhammadiyah. kalo kat arab saudi mereka banyak mengikut fahaman wahabi. kalo kat india ngn pakistan plak sudah tentu lah terkenal dengan tabligh. kalo kat msia ape ek? yang aku au kita kat msia ni kalo tanya mesti kita jawab mazhab syafi'e sebagai mazhab rasmi msia. dan macam2 lagi fahaman2 dan organisasi islam yang ada kat dunia ni yang berbeza2 pendekatan mereka terhadap islam. tapi pada dasarnya tauhid mereka sama iaitu mengESAkan ALLAH. basic rukun islam tetap sama. cuma masalah lain yang beza2 pemahaman antara satu sama lain.
permasalahan yang aku nak timbulkan dekat sini adalah kenapa dengan perbezaan pendapat dan sudut pandang mereka terhadap sesuau permasalahan dalam islam menjadikan kita berpecah belah antara satu sama lain? yang bukan wahabi cakap wahabi xbtol terlalu tegas sangat. yang bukan tabligh cakap tabligh tinggal anak bini. pastu tabligh lebih kepada amar makruf. yang nahi mungkar xtekan sangat.semua nak salahkan antara satu sama lain. masing2 membela merekalah yang benar. merekalah pahlawan islam.merekalah yang mewakili islam yang btol.
sebenarnya orang2 yang selalu nak bertelagah tentang perbezaan pendapat dan pendekatan kepada islam, mereka tidak paham sejarah. sebenarnya lain tempat maka lainlah perangai dan kultur dan cara sesuatu kaum tu.senang cakap, lain tempat lain cara. contoh orang arab, mereka bangsa yang keras, oleh sebab itu fahaman wahabi lebih famous dan lebih diterima dan sesuai di saudi oleh kerana sikap keras mereka itu.berlainan dengan kita kat nusantara yang lebih lemah lembut maka dengan pendekatan keras tu kita rasa cam lain daripada kultur kita. sebab tu kat nusantara ni xbanyak sangat yang ikut fahaman wahabi.kalo orang india plak kalo kita berlembut ngn dioang, maka diorang dengar, tapi kalo kita kasar maka diorang melantun balik. maka dengan sifat yang begitu, pendekatan tabligh yang lebih menekankan amar makruf sesuai diterapkan dikawasan sana. masing2 ikut kesesuaian dengan sifat sesuatu kaum tu.tapi pada dasarnya semua fahaman ni sama je pegangan tauhid iaitu berpegang pada kalimah syahadah jugak.
zaman nabi dulu pun sewaktu menghantar utusan dalam menegakkan kalimah ALLAH,nabi memberikan arahan yang berbeza mengikut tempat yang ingin dituju. contoh waktu nabi hantar sahabat ke yaman, nabi berpesan supaya ikut quran dan sunnah maka tidak akan tersesat. waktu sahabat yang ingin ke parsi kalo xsilap, nabi pesan lain plak. kalo xsilap, nabi berpesan supaya sahabat kabarkan ke penduduk sana, kalau mahu selamat, masuklah islam, kalau tidak mahu, bayar pajak, kalau tidak mau jugak maka akan dihukum.(cerita yang diatas ni kalau aku tersalah, betulkan aku yer). disini sudah menunjukkan nabi memberikan pendekatan yang berbeza terhadap kauam yang berbeza mengikut kesesuaian kaum itu. jadi jika ada perbezaan dalam organisasi dan sesuatu fahaman, itu adalah kerana perbezaan nature sesuatu kaum itu. kena faham benda ni.sebab kalau tidak tau macam mana sejarahnya sebabtulah terjadinya perpecahan antara umat islam sekarang. kita sekarang ni kalau tengok orang lain berbeza dari kita je biasanya kita cakap orang tu sesatla, radikal la dan macam2 lagi.padahal kita pun tak tau sangat pasal fahaman orangtu, sejarah dia camne.alih2 main tuduh je ni sesat, tu tak betul. padahal ilmu kita cukup2 makan je.mana boleh camni kawan..
aku penah dengar ada ustad ni buat perumpamaan camni. kita ni umpama bahan2 yang nak digunakan untuk buat kek. masing2 mengaku dialah bertanggungjawab untuk buat kek yang sebenar. tepung mengaku dialah kek yang sebenar. camtu gak dengan benda2 lain. kayu api yang nak bakar kek pun mengaku dialah yang betanggungjawab untuk buat kek yang sebenar.gula dan bahan2 lain pun sama gak. camtu gak pertubuhan2 islam ni.masing2 cakap merekalah islam yang sebenar. kita cuma perlukan seseorang yang bleh satukan bahan2 ni untuk menjadikan kek yang sebenar. barulah semua akan merasakan enaknya dan cantiknya kalau kek tu dah jadi. begitu jugak islam. kalo bersatu semua2 fahaman2 ni maka masing2 akan melihat kebesaran dan keindahan islam tu sendiri.barulah islam kuat.
jadi kat sini aku mengajak kita semua muslim untuk bersatu tanpa melihat fahaman mana yang kita ikut. hormat dengan pendapat orang lain asalkan tidak bercanggah dengan quran dan sunnah. aku percaya fahaman2 yang berbeza2 ni mereka pun berpegang pada quran dan sunnah jugak.cuma intrepretasi berbeza mengikut ulama2 yang berbeza.bukankah kita mengucap syahadah yang sama? baca quran yang sama? beriman kepada nabi yang sama? dan kiblat kita pun sama jugak kan? bukankah itu sudah cukup untuk menjadikan kita satu? ustad aku kat melaka pernah bitau aku camni." buat apa kita dengan berbeza pendapat nak bertelagah? awak sembahyang, saya pun sembahyang. lepas sembahyang awak tak nak wirid xpe itu ikut awak, saya nak wirid. apa yang lebih penting adalah saya dan awak yang sama2 sembahyang ni kan lebih baik kita sama2 berganding bahu untuk mengajak mereka2 yang belum sembahyang. itu lebih baik daripada kita duduk bertelagah tentang wirid lepas sembahyang tu bidaah atau tidak.banyak benda lain yang lebih penting lagi."
ok sampai disini dulu. semoga bermanfaat
p/s - entri ni ditujukan jugak untuk perpaduan umat islam kat msia xkira apa fahaman politik kau. aku percaya orang2 bawah yang sokong umno banyak yang baik2.cuma sesetengah pemimpin atasan je yang cam pundek.contoh cam najib monggolia.kan baik kalau anda memilih pemimpin umno yan lain yang lagi baik,banyak lagi pemimpin umno lain yang baik.kalo yang cam haram kasik turun la. untuk penyokong pas plak.daripada korang 24 jam blame umno xtentu pasal dan kerajaan kan lebih baik ko guna pendekatan yang lebih berhikmah seperti ajak bebuat baik kepada penyokong umno.aku yakin manusia ni fitrah dia nak berbuat baik sebenarnya.dan banyak penyokong umno tu tak sejahat seperti segelintir pemimpin atasan mereka yang macam haram tu. aku yakin kalau cara yang btol maka orang umno dan pas boleh bersatu.sebab sama2 melayu sama2 islam.jadi apa kata kita carik jalan supaya kita boleh bersatu. insyaALLAH makin maju dan berkatlah msia ni jadiknya kalau kita bersatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tawan hati orang dengan kebaikan! ;)
ReplyDeletezuhri said..
ReplyDeletetabik ko pis!!! yg penting dri sendri ...tak guna blame2 org.bersatu semua demi kepentingan dan kejayaan islam..amin!!1
faiez n zuri - unite is the key to our glory.semoga islam unite.amin.
ReplyDeletetrima kasih kepada ustad yang bagi ceramah smalam atas ilmu dan idea yang dikongsi.aku cuma menyampaikan kembali gagasan idea tu.semoga bermanfaat.
ReplyDeleteSuka ini entry ini!.
ReplyDeletesebenarnya memang orang semua tahu, yang penting adalah untuk bersatu.
tapi tak ramai yang buat.
sebab?
lebih banyak fikirkan differences antara kita.
Martin Luther King Jr. said that
"History will have to record that the greatest tragedy of this period of social transition was not the strident clamour of the bad people, but the appalling silence of the good people."
M -thanks for droping by. masukan yang bagus. trima kasih.
ReplyDeleteaku tertarik dengan nota kecil.
ReplyDeletekan lebih bagus kita bersatu dan buangkan tamak haloba demi agama kita ni?
terbaekkk
ReplyDeletetrima kasih.semoga kita seua bersatu demi islam.amin
ReplyDelete