4 Jun 2010

kalaulah........

Salam
Macam biasa blog aku kalo xtulis benda2 mengarut rasa cam xlengkap je. Jadi kali ni aku nak cerita sket tentang sedikit tentang salah silah keturunan aku melalui datuk belah mak aku. nama arwah datuk aku abdul kadir.dan dari nama abdul kadir aku rasa korang dah tau datuk aku orang mana. Kadir adalah nama tipikal untuk mamak.haha. datuk aku berasal dari india bagian utara. Dengan kata lain datuk aku berdarah hindustan. Kalo xsilap aku dia datang msia sebelum merdeka lagi dengan dua abang dia. Dan datuk aku dok kat johor dan bekerja dengan sultan johor pada waktu tu. Jadi pegawai kalu tak silap aku.aku rasa dari dulu kat msia ni asal kau orang islam je memang senang nak dapat keja kat msia.dan datuk aku pun camtu gak kot. Dan datuk aku berkahwin dengan dua orang, dan nenek aku merupakan isteri kedua datuk aku. nenek aku pulak merupakan orang cina yang dari kecik sudah duduk dengan orang melayu.jadi sudah tidak ada cina lagi dalam diri nenek aku. oleh kerana datuk aku sudah bekerja dan berkeluarga disini maka dia sudah tidak ada rasa mau pulang lagi ke india. Jadi sewaktu kedua2 abang2 dia nak balik india balik dan diorang ajak datuk aku balik skali datuk aku xnak. Dan hasilnya kitorang terputus hubungan dengan keluarga di india.bukan kerana bergaduh tapi sebab lepas datuk aku dah meninggal jadi kitorang pun tak tau kat mana abang2 dia tinggal.senang cerita lost contactla. Aku rasa macamtu lah kot.

Kenapa aku cerita tentang salah silah aku kat atas? Ok kita masuk kepada part mengarutnya. Sebenarnya aku dapat idea nak buat entri ni lepas aku tertengok channel zee. Channel hindustan tu. Harus difahami bahwa aku bukan sengaja mau tengok hindustan tu, Cuma terbukak saja. Haha.tapi bila dah bukak maka aku pun ‘ter’layan’ la lagu2 dia.haha. pastu bila aku tengok heroin2 dia yang cantik2 tu tetiba dalam kepala hotak aku pun cam terfikir. Alangkah bestnya kalau aku tak lost contact dengan keluarga aku di india sana. Sudah tentu banyak sedara2 aku kat sana yang pure hindustan dan cantik2 macam karisma kapoor, juhi chawla, sonali bendre, dan rani mukerjee serta preety zinta.sebab makcik aku cakap datuk aku ngn abang2 dia agak good looking jugak dan abang2 dia berkulit putih semua.datuk aku je agak gelap sket.tapi gen diorang hanya sedikit je yang turun kat aku ar.hahaha. jangan2 salah satu aktress hindustan tu ada bau2 bacang dengan aku kot.haha. kalo keluarga aku masih berhubungan dengan keluarga disana kan bagus.senang je bleh suruh mak aku usyakan sedara2 hindustan yang cun2 kat belah sana.pergh kan best kalo camtu. Kawen ngn hindustan aku camtu. Mesti member2 aku jeles gilerla dengan aku.haha.tapi apakan daya semua tu Cuma mimpi aku disiang hari. Xkan pernah mungkin menjadi realiti kecuali dengan izin ALLAH saja. Alaaahaaaiii. Naseb2…………..

p/s : al fatihah untuk arwah datuk aku. semoga datuk tenang dialam barzakh sana. Amin.dan tak lupa juga aku untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan2 supaya tetap berdoa untuk keselamatan umat islam terutama dipalestin dan semoga yahudi zionist dihancurkan oleh ALLAH. dari zaman nabi2 terdahulu asik buat hal je yahudi ni.aku bengang btol la.dan satu lagi jangan lupa memboikot barang2an yahudi itu. kalau xdapat secara besar2an yang kecil2an pun xpe yang penting ada usaha.

4 comments:

  1. berangan!!!!!!!!!!haha!
    ana

    ReplyDelete
  2. anonymous n faiz - hahahahaha

    ReplyDelete
  3. oh ana rupanya. ko carik la wei mana tau jumpa balik keluarga kat sana

    ReplyDelete