21 May 2011

koruptor babi!!!!!!

wassalam atas kamu

pejam celik dah dekat 6 taun aku tinggal kat indonesia. jujur dengan waktu yang lama kat sini aku masih terkejut dan xboleh terima dengan banyak benda xbest yang berlaku disini. tapi itu biarlah sebab bukan urusan aku nak kacau 'rumah tangga' orang. biarlah mereka dengan cara mereka. orang cakap masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. itu yang aku lakukan. aku digest saja semua itu. simpan sahaja dan berharap semoga perubahan yang baik berlaku.

tapi dalam banyak2 benda xbest yang ada di indonesia, satu yang paling aku tak boleh nak digest dan paling aku sebak tengok adalah tentang kemiskinan. mungkin kau yang tinggal kat negara makmur cam malaysia menganggap bahwa kemiskinan adalah apabila tak mampu nak beli rumah besar, kereta mahal, baju baru, dan benda2 lain yang tak terlalu penting kalo xde.tapi kalau kau tinggal kat negara cam indonesia ni, kau punya anggapan tentang kemiskinan pasti berubah 360 darjah.





setiap hari aku tengok kemiskinan kat sini.cuba kau bayangkan setiap hari kau bawak satu guni, dan kau pergi dari satu tong sampah ke tong sampah yang lain. tanpa rasa malu dan jijik kau kais ape2 sampah yang boleh dijual dan dimakan.kemudian bila guni tu agak2 dah penuh dgn sampah2 tu, kau pegi ke tempat penampungan, dan kau cuma dibayar 3-4 ringgit.paling banyak mungkin dalam 7-8 ringgit dan duit tu kau gunakan untuk kegunaan satu keluarga.dan benda ni adalah rutin kau buat setiap hari sebab tiada pilihan lain.kalau cuti berarti tiada duit untuk beli makan.kau boleh bayang tak? aku kat sini bukan takat bayang je, tapi aku melihat sendiri dengan mata aku.sumpah aku sedih giler dengan situasi macam ni.kadang2 bila pegi kedai makan, rasa tak sedap, aku sumpah seranah dalam hati aku.sedangkan mereka tiada peluang lansung untuk komen tentang makanan mereka sedap atau tidak.astaghfirullahalazhim.



kau penah tengok orang sakit camni?kat sini orang panggil ni busung lapar. benda ni terjadi akibat dari kekurangan intake protein sehingga berlaku proses2 dalam badan ape suma sampai last2 jadi camni.kenapa bleh jadi sampai camni? sebab tak mampu la.kalau mampu dah tentu cukup makan.cukup gizi.sebab tak mampula jadi sakit camni.dihospital tempat aku blajar.benda ni cam senang giler nak tengok.banyak giler patient camni.kadang2 bila tanyak mak bapak dia, kenapa dah teruk camni baru nak hantar gi hospital? sebab takde duit. itu saja. sebak je hati bile dengar camtu.



ape hubungan muka2 kat atas ni dengan kemiskinan? mereka2 ni lah antara babi2 yang mark up duit rakyat. KORUPSI/RASUAH. mereka adalah sebahagian dari golongan pemerintah yang diberi amanah tapi khianat terhadap rakyat. mark up bukan sikit2. paling sikit satu juta ringgit.kau bayangkanle berapa banyak duit rakyat yang lesap? babi punya koruptor. kau tau berapa banyak pengaduan yang suruhanjaya pencegah rasuah diorang terima? ada 55 ribu kes korupsi yang telah diadukan. korupsi memang giler kat sini. kalau tengok berita. hampir setiap hari ade je orang kena tangkap sebab korupsi.

jujur aku pun tak tau ape sebenarnye yang aku nak sampaikan dengan entri kali ni. dah lame pendam benda ni. semoga kita semua masih ada hati nurani untuk memikirkan orang lain yang masih belum seberuntung kita ni.lebih2 lagi kau2 yang duduk kat msia.janganlah kau sikit2 tak puas hati dengan macam2 benda.janganlah kau jadi tamak sangat.jangan selfish sangat.semua kau nak kaut. lebih2 lagi bila kau ada kuasa. jangan mark up hak orang lain.berapa banyak yang kau nak? duit banyak2 pun yang masuk perut cuma sepinggan jugak. boleh ke sampai sepuluh pinggan? semoga kita sama2 dapat membantu sedara2 seislam kita yang kurang mampu. kalau rezki kau banyak bayarlah zakat.kalau ade lebih infaq lah dekat baitul mal ke ape ke.dengan cara tu mungkin sedikit sebanyak dapat menolong golongan2 kurang mampu.nanti kat akhirat at least ada lah point yang kau bleh jawab bila ditanya ape yang kita bua utk tolong sedara seislam kita. ok itu saja.yang baik dari ALLAH yang buruk dari kekurangan aku. wassalam

4 comments:

  1. Salam bro

    pentingnya konsep syukur dan usaha sekiranya mahukan sesuatu.

    aku suke entry ni bro

    betapa pentgnya kejujuran dan amanah dlm apa jua pekerjaan dan tggjwb yg kita terima. mgkin kalo kita rs hanya amik rasuah utk diri kita tp kesannya pd negara dan masyarakat besar.

    kat malaysia pn macam tu. kita boleh jadi macam indonesia dan banyak negara lain kalau rasuah tu dah jadi sebati dgn hidup.

    perasuah top 5 orang yang aku paling anggap musuh

    ReplyDelete
  2. tu le sifat manusia tamak.dapat betis nak paha.dapat satu nak dua.xpenahnye nak cukup. rasa cam nak lempang je orang2 tamak camni.

    ReplyDelete
  3. entry macam ni patut di ketengahkan..supaya orang2 yg kurang bersyukur tahu tentang bertuahnya mereka hidup di tanah melayu ini..aku dah sedia maklum keadaan sekitar takde yg lagi bagus dari negara kesayangan aku sendiri.

    ReplyDelete
  4. syukur itu kunci untuk berjaya.kalau takde rasa syukur itu yang macam2 masalah timbul kat msia ni.semua benda nak kaut.itula jadi kalau tamak menguasai diri.

    ReplyDelete