peace be upon you
Kadang2 bila kau buat satu benda yang tak baik,atau meninggalkan satu kewajipan dan benda baik, sengaja atau tidak, kau akan merasakan suatu perasaan yang tidak menyenangkan.rasa macam ada satu benda yang tak kena.rasa bersalah.jiwa dan fikiran jadi kacau. Buat ape semua serba tak kena. Hati mau menjerit. Mau melepaskan semua tekanan dalam kepala. Kau tercari2 ape puncanya. Jangan kau risau. Itu adalah benda yang positif .itupun kalau kau mahu berfikir.
Semua perasaan yang melanda hati dan diri kau itu adalah hal yang baik.walaupun zahirnya nampak macam shit. Rasa seperti mau melempiaskan perasaan itu kesuatu benda lain.rasa macam mau maki orang.mau terajang orang.kerana kau stress giler. Cuba kau tarik nafas dalam2 dan fikir sejenak. Semua benda yang kau rasakan itu bukanlah suatu musibah melainkan satu rahmat.
Kenapa rahmat? Kerana selagi ada perasaan bersalah dan kacau seperti itu, selagi itulah ALLAH membuka pintu kesempatan dan pintu hidayah untuk kau kembali kepada ALLAH.rasa bersalah bila buat salah tandanya ALLAH bagi kau peluang untuk recover balik. ALLAH bagi kesempatan supaya kau terjerumus ke dalam kebinasaan akibat dari perbuatan kau tu.
contoh yang senang adalah solat. orang yang biasa solat 5 waktu, bila terjadi keadaan yang menyebabkan tertinggal solat, maka perasaan bersalah timbul secara automatik.dengan rasa bersalah tu maka dia akan qadha solat. tapi cuba tgk orang yang jarang solat. agaknye kalau seminggu xsolatpun cam xde rasa ape2.makan pun kenyang je. padahal keadaan inilah yang paling bahaya. hati sudah umpama gelap gelita. buat maksiat cam benda biasa. kalau mati xke naya?
jadi moral daripada entri ini, rasa bersalah itu satu rahmat.ALLAH bagi kau kesempatan kedua supaya kau dengan ALLAH dekat. tapi kalau rasa bersalah tu kau buat bodo je, lama2 pun ilang gak nanti.jangan sampai camtu. semoga kita dilindung oleh ALLAH dari melakukan maksiat yang berterusan yang boleh menjadikan kita jauh dari ALLAH. NAUZUBILLAH................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment