19 Oct 2011

tribute to cikgu husin.khas untuk budak sultan.



Assalamualaikum

entri kali ni adalah tribute aku kepada cikgu yang aku kasihi, cikgu Husin Bin Namin. beliau telah kembali kerahmatullah pada siang tadi. semoga arwah ditempatkan bersama orang2 soleh kerana jasa beliau yang sangat besar dalam mendidik dan mendisiplinkan anak2 bangsa.insyaALLAH

bercerita tentang memori dengan cikgu husin memang xleh lupa.banyak betul kenangan yang aku ingat tentang beliau. cikgu husin merupakan cikgu disiplin dan mengajar bahasa melayu. beliau sudah ada di sekolah aku (SMKA SULTAN MUHAMMAD) sejak dari sekolah tu bukak lagi kalau tak silap. beliau memang old timer dekat sekolah.

cikgu2 kat sekolah aku memang garang2.takat rotan dan lempang tu biase la tu.cikgu husin merupakan cikgu yang paling garang dekat sekolah.mungkin sebab beliau cikgu disiplin. aku xpenah dapat kelas beliau. tapi penangan beliau sempat aku dapat.yang paling aku xleh lupa adalah waktu terlambat nak pegi solat asar kat mesjid sebab tido dalam kelas.satu2 beliau panggil dan suruh beratur.lepastu sorang kena karate chop dekat tengkuk.dia punya rasa aku ingat sampai sekarang.tu belum masuk kena rotan dan penampar lagi.itu la beza dulu dengan sekarang.dulu lagi kena pukul lagi kita hormat kat cikgu tu.aku tengok budak2 zaman sekarang xboleh la kena cuit sket.nak melentingla, panggil mak bapak la, panggil abang2 la.manje sangat.rasa nak lempang je jenis2 yang mengada2 ni.

satu lagi yang paling memori waktu dulu adalah style rambut beliau.dari kondisi rambut budak2 boleh tahu kalau beliau sedang mood baik atau tak.kalau kemas tersisir maksudnya mood beliau baik.kalau agak kurang rapi biasanya budak2 takkan berani dekat2 dengan beliau.kalau tak memang cari nahas je la.

tapi tu semua dulu.semua tu pelajaran yang sangat berharga bagi aku dan kawan2 skolah aku.sebab didikan beliau lah kitorang tak jadi sampah masyarakat. ALHAMDULILLAH sebab kena hempuk dulu buat kitorang tunaikan solat.budak2 sekolah aku walaupun gengster macam mana pun tapi tahu fardhu ain, tahu solat jenazah, semua reti baca quran.senang citer basic agama strong lah.dan cikgu husin adalah antara orang yang berjasa dalam hal ini.insyaALLAH pahala beliau terus mengalir. selamat jalan cikgu. jasamu akan kami kenang selalu.

5 comments:

  1. Aslmualaikum dR

    dulu dan skrg mmg beza. sebab tu ramai orang lama jadi orang berbanding budak2 skrg yang manja sangat. mgkin juga salah mak bapak yang pantang anaknya dicuit. dan kes2 yang berlaku tu terpencil dan terjadi bila kita terlalu pegang falsafah don't blame yourself, blame others


    cikgu-cikgu yang macam ni (arwah cikgu husin) sebenarnya beri kesan besar pada kita. menjadikan kita manusia yang lebih manusia.

    aku percaya ada ramai cikgu macam ni di luar sana yang mendidik anak bangsa tanpa kepentingan. semuanya sebab sayang dan amanah

    jasa cikgu2 tak mgkin terbalas.

    semoga cikgu husin ditempatkan dikalangan orang2 soleh di sisi Allah swt. Ameen.

    ReplyDelete
  2. cikgu2 yang macam ni yang buat kita jadi orang.insyaALLAH pahala beliau terus menerus. amin

    ReplyDelete
  3. terlalu banya kenangan dengan dia (Cikgu Husin). walaupun slalu dimarah dan di 'gentel' dia tetap cikgu yang saya hormati.

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat ex-sultan (96-00)

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya dicucuri rahmat ex-sultan (97-98)

    ReplyDelete