21 May 2011

koruptor babi!!!!!!

wassalam atas kamu

pejam celik dah dekat 6 taun aku tinggal kat indonesia. jujur dengan waktu yang lama kat sini aku masih terkejut dan xboleh terima dengan banyak benda xbest yang berlaku disini. tapi itu biarlah sebab bukan urusan aku nak kacau 'rumah tangga' orang. biarlah mereka dengan cara mereka. orang cakap masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. itu yang aku lakukan. aku digest saja semua itu. simpan sahaja dan berharap semoga perubahan yang baik berlaku.

tapi dalam banyak2 benda xbest yang ada di indonesia, satu yang paling aku tak boleh nak digest dan paling aku sebak tengok adalah tentang kemiskinan. mungkin kau yang tinggal kat negara makmur cam malaysia menganggap bahwa kemiskinan adalah apabila tak mampu nak beli rumah besar, kereta mahal, baju baru, dan benda2 lain yang tak terlalu penting kalo xde.tapi kalau kau tinggal kat negara cam indonesia ni, kau punya anggapan tentang kemiskinan pasti berubah 360 darjah.





setiap hari aku tengok kemiskinan kat sini.cuba kau bayangkan setiap hari kau bawak satu guni, dan kau pergi dari satu tong sampah ke tong sampah yang lain. tanpa rasa malu dan jijik kau kais ape2 sampah yang boleh dijual dan dimakan.kemudian bila guni tu agak2 dah penuh dgn sampah2 tu, kau pegi ke tempat penampungan, dan kau cuma dibayar 3-4 ringgit.paling banyak mungkin dalam 7-8 ringgit dan duit tu kau gunakan untuk kegunaan satu keluarga.dan benda ni adalah rutin kau buat setiap hari sebab tiada pilihan lain.kalau cuti berarti tiada duit untuk beli makan.kau boleh bayang tak? aku kat sini bukan takat bayang je, tapi aku melihat sendiri dengan mata aku.sumpah aku sedih giler dengan situasi macam ni.kadang2 bila pegi kedai makan, rasa tak sedap, aku sumpah seranah dalam hati aku.sedangkan mereka tiada peluang lansung untuk komen tentang makanan mereka sedap atau tidak.astaghfirullahalazhim.



kau penah tengok orang sakit camni?kat sini orang panggil ni busung lapar. benda ni terjadi akibat dari kekurangan intake protein sehingga berlaku proses2 dalam badan ape suma sampai last2 jadi camni.kenapa bleh jadi sampai camni? sebab tak mampu la.kalau mampu dah tentu cukup makan.cukup gizi.sebab tak mampula jadi sakit camni.dihospital tempat aku blajar.benda ni cam senang giler nak tengok.banyak giler patient camni.kadang2 bila tanyak mak bapak dia, kenapa dah teruk camni baru nak hantar gi hospital? sebab takde duit. itu saja. sebak je hati bile dengar camtu.



ape hubungan muka2 kat atas ni dengan kemiskinan? mereka2 ni lah antara babi2 yang mark up duit rakyat. KORUPSI/RASUAH. mereka adalah sebahagian dari golongan pemerintah yang diberi amanah tapi khianat terhadap rakyat. mark up bukan sikit2. paling sikit satu juta ringgit.kau bayangkanle berapa banyak duit rakyat yang lesap? babi punya koruptor. kau tau berapa banyak pengaduan yang suruhanjaya pencegah rasuah diorang terima? ada 55 ribu kes korupsi yang telah diadukan. korupsi memang giler kat sini. kalau tengok berita. hampir setiap hari ade je orang kena tangkap sebab korupsi.

jujur aku pun tak tau ape sebenarnye yang aku nak sampaikan dengan entri kali ni. dah lame pendam benda ni. semoga kita semua masih ada hati nurani untuk memikirkan orang lain yang masih belum seberuntung kita ni.lebih2 lagi kau2 yang duduk kat msia.janganlah kau sikit2 tak puas hati dengan macam2 benda.janganlah kau jadi tamak sangat.jangan selfish sangat.semua kau nak kaut. lebih2 lagi bila kau ada kuasa. jangan mark up hak orang lain.berapa banyak yang kau nak? duit banyak2 pun yang masuk perut cuma sepinggan jugak. boleh ke sampai sepuluh pinggan? semoga kita sama2 dapat membantu sedara2 seislam kita yang kurang mampu. kalau rezki kau banyak bayarlah zakat.kalau ade lebih infaq lah dekat baitul mal ke ape ke.dengan cara tu mungkin sedikit sebanyak dapat menolong golongan2 kurang mampu.nanti kat akhirat at least ada lah point yang kau bleh jawab bila ditanya ape yang kita bua utk tolong sedara seislam kita. ok itu saja.yang baik dari ALLAH yang buruk dari kekurangan aku. wassalam

15 May 2011

sempena 64 tahun penempatan haram israel

salam 114

kau orang mesti dah penah dengar dan sudah tau pasal teori2 orang2 kafir untuk dominasi dunia dan seisinya. zionis international, freemason, iluminati, NWO,2012, vatican, benedectine order dan macam2 benda shit lain yang aku naik muak nak amik tau.

dulu2 waktu cam baru tau benda2 ni, xdinafikan aku agak cam sedikit terperanjat dan nak tau lebih pasal benda2 ni.aku xsangka dalam duia ni ade pergerakan camtu.tau sebenarnya cuma xsangka cam kita hidup dalam pengawasan anjing2 kafir laknatullah tu.

tapi as time goes by, aku rasa benda2 ni hanyalah waste of time.tidak perlu nak gali dalam2.idak perlu nak gelabah lebih2.asal ade tanda2 pelik sket je semua tu teori konspirasi yang buat.semua benda dalam kehidupan nak kaitkan dengan anjing2 dan babi2 tu.what for? tidakkah itu semua hanyalah permainan orang2 kafir supaya kita jauh dari islam? kadang2 bila baca sesetengah blog, cam nak gelak pun ada gak.sebab semangat giler buat artilkel pasal teori2 konspirasi bulshit ni.kaji macam nak rak tapi makan gak mcD, minum coke, isap rokok malboro gak.buat ape doh?

bagi aku la, teori2 konspirasi dan gagasan2 world domination ni sebenarnya memanglah ada.tapi xperlulah kita nak goyang.buat ape sibuk2 nak tau pasal diorang tu? ada 114 surah dalam quran yang kian jauh terpinggirkan oleh orang islam itu sendiri termasuklah aku.kalau betulpun dunia ni bawah kontrol diorang, biar je lah.jangan jiwa dan akidah kita yang diorang kontrol sudah.sendiri mau fikir mana yang patut kau amik dari dunia modern dan yang mana patut kau jauhi. yang paling penting untuk kita umat islam adalah pengabdian antara kita dengan ALLAH.itu dasar dari syahadah yang kita ucap. selain dari ALLAH kita tak boleh anggap berkuasa kerana ALLAH yang maha kuasa.segala2nya dibawah penguasaan ALLAH. biar orang kafir dengan lucifer(iblis) yang xboleh nak buat ape2 tu.kita ada ALLAH. kalau kau sedar akan benda tu, segala obstacle dalam dunia ni(termasuklah penjajahan kaum2 kafir terhadap dunia sekarang) pasti akan bisa diatasi.

And they planned and Allah (also) planned, and Allah is the best of planners.(ali imran 54)

10 May 2011

to my most beautiful sweetheart............

assalamualaikum




entri kalini khusus saya tujukan kepada ibunda tercinta, Hajah Norini Binti Abdul Kadir. tarikh 10 mei adalah tarikh lahir beliau. dan sempena hari jadi beliau maka disini saya mengucapkan selamat hari lahir yang ke 53. semoga ALLAH memberi berkah pada usia ibunda saya yang paling saya cinta setelah ALLAH dan RASUL. semoga ibunda saya diberi kesihatan tubuh badan dan ditetapkan iman dan sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah oleh ALLAH. semoga ibunda saya berbahagia selalu. semoga saya menjadi seorang anak yang dapat membahagiakan ibunda saya sepanjang masa. dan semoga saya sebagai anak dapat membawa ibunda saya untuk melangkah kesyurga INSYAALLAH. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN. ya ALLAH perkenankanlah doa anak kepada ibu ini.

7 May 2011

rasa bersalah. baguske?

peace be upon you

Kadang2 bila kau buat satu benda yang tak baik,atau meninggalkan satu kewajipan dan benda baik, sengaja atau tidak, kau akan merasakan suatu perasaan yang tidak menyenangkan.rasa macam ada satu benda yang tak kena.rasa bersalah.jiwa dan fikiran jadi kacau. Buat ape semua serba tak kena. Hati mau menjerit. Mau melepaskan semua tekanan dalam kepala. Kau tercari2 ape puncanya. Jangan kau risau. Itu adalah benda yang positif .itupun kalau kau mahu berfikir.

Semua perasaan yang melanda hati dan diri kau itu adalah hal yang baik.walaupun zahirnya nampak macam shit. Rasa seperti mau melempiaskan perasaan itu kesuatu benda lain.rasa macam mau maki orang.mau terajang orang.kerana kau stress giler. Cuba kau tarik nafas dalam2 dan fikir sejenak. Semua benda yang kau rasakan itu bukanlah suatu musibah melainkan satu rahmat.

Kenapa rahmat? Kerana selagi ada perasaan bersalah dan kacau seperti itu, selagi itulah ALLAH membuka pintu kesempatan dan pintu hidayah untuk kau kembali kepada ALLAH.rasa bersalah bila buat salah tandanya ALLAH bagi kau peluang untuk recover balik. ALLAH bagi kesempatan supaya kau terjerumus ke dalam kebinasaan akibat dari perbuatan kau tu.

contoh yang senang adalah solat. orang yang biasa solat 5 waktu, bila terjadi keadaan yang menyebabkan tertinggal solat, maka perasaan bersalah timbul secara automatik.dengan rasa bersalah tu maka dia akan qadha solat. tapi cuba tgk orang yang jarang solat. agaknye kalau seminggu xsolatpun cam xde rasa ape2.makan pun kenyang je. padahal keadaan inilah yang paling bahaya. hati sudah umpama gelap gelita. buat maksiat cam benda biasa. kalau mati xke naya?

jadi moral daripada entri ini, rasa bersalah itu satu rahmat.ALLAH bagi kau kesempatan kedua supaya kau dengan ALLAH dekat. tapi kalau rasa bersalah tu kau buat bodo je, lama2 pun ilang gak nanti.jangan sampai camtu. semoga kita dilindung oleh ALLAH dari melakukan maksiat yang berterusan yang boleh menjadikan kita jauh dari ALLAH. NAUZUBILLAH................