30 Jun 2009

kisah mat punk........

Salam.

Kalini entri simple lagi memandangkan aku memang seorang yang suka kepada simplicities. aku xsuka benda2 yang merumitkan keadaan dan yang bikin serabut. bukankah islam itu mudah?

entri kalini adalah tentang memandang rendah dan memandang hina kepada orang lain. menganggap kita lebih superior daripada orang lain. dulu waktu zaman skolah menengah dulu aku rasa banyak daripada kita pun tau zaman tu budak2 melayu kita tengah leka dibuai dengan underground scene. grungela, punkla, skinhead hiphop dan sebagainya.tapi bukan tu yang ingin aku ketengahkan. ada satu pengalaman sewaktu aku balik dari asrama menuju kerumah. aku menaiki bas yang agak terkenal diMelaka yaitu bas patt hup ( zaman tu bas di melaka cikai2 lagi blom ada bas 2 tingkat lagi). so waktu duduk kat belakang, dekat line aku duduk ni ada sekumpulan mat punk. kalau dah namanya punk korang pun taula camne dia punya dressup. rambut cacak merah, pakai rantai, seluar koyak rabak, pastu memekak buat haruk, isap rokok pening kepala aku. sebagai budak sekolah yang masih belum matang aku pun dalam hati menyumpah seranah la dioang ni. dan secara xlansung aku pun memandang rendahla dioang. tapi ada satu benda yang tetiba buat aku cam terkesima sekejap. dalam perjalanan balik tu aku dengarla perbualan dioang,

punk 1 : mat( bukan nama sebenar) asal ko nak balik? ade function doh!

punk 2 : aku tau. aku balik nak sembahyang jap ar. nanti aku datang balik.

punk 1 : dressup cam hanjing lagi nak sembahyang! macam ni punya dressup baik ko amik bisua pastu g tokong smayang!

punk 2 : sebab dressup camnila aku nak balik tukau baju nak sembahyang bodo!

punk lain : hahahahah

aku pun cam terperanjatla. xsangka aku dalam kelompok2 punk yang camtu ada gak yang masih menjalankan kewajipan agama. untuk makluman korang perbualan diatas aku quote balik satu2 tanpa ada tapis2.dan satu lagi mamat punk2 tu tidak mewarnakan rambut dia.

so aku rasa dari pengalaman aku ni aku boleh belajar bahwa kita xboleh pandang rendah dengan orang. kita xtau pun orang tu camne, sape dia, kot2 dia wali ALLAH ke. setiap orang dimata ALLAH tu adalah sama. yang membedakan antara kita ni ketaqwaan kita je. kita xleh rasa kita ni lebih superior dari yang lain sebab kita ada kelebihan berbanding orang lain. lebih2 lagi dengan profesi dokter ni, janganlah nak rasa diri tu hebat sangat. ni tidak, makin tinggi makin besar kepala, ada yang maki2 dengan bawahanla. golongan2 yang seperti ini sebenarnya merekalah yang inferior. merekalah yang lowclass. persetankan dengan mereka. aku sangat bengang dengan golongan yang merasa mereka bagus sehingga orang lain diremehkan. aku akan rasa puas kalo dapat memberi mereka jurus lutut singgah kemuka kepada mereka.hahaha.

ok serius balik. aku harap kepada sesiapa yang membaca entri ini dapat mengerti ape yang aku cuba ketengahkan disini. point dia jangan pandang rendah dan pandang hina orang. xbaik. Islam melarang buat benda tu kepada sesama muslim. disisi ALLAH orang yang bertaqwa yang mempunyai tingkat dan martabat yang tinggi. dan kita pun xleh nak measure seberapa tingkat taqwa seseorang itu. so jangan nak memandai je nak judge yang buruk dan memandang rendah orang. siapa tau dia lebih baik dari anda.ok wassalam.

2 comments:

  1. hmm..menarik!
    betul sangat. lagi2 kite yg balak dokter ni. baru koas dah ada satu 'arrogant sense' dlm diri. kite slalu rase diri lagi tinggi dr perawat, dari student course lain. Ape lagi dengan penjual2 tepi jalan atau supir pete2. Doctor is overrated. Di hadapan Allah, kite tetap seorang hamba yang hina...

    Thanks for a mind-opening article...

    ReplyDelete