29 Apr 2010

nak percaya atau tak lantak kau le.

salam

arini aku nak kongsi sedikit cerita pasal benda pelik yang terjadi dekat budak2 klinikal dekat tempat aku. kalau bercerita tentang life kitorang sebagai budak klinikal kat sini maka kitorang akan berdepan dengan satu kisah atau benda dongeng dan tahyul, tapi kadang2 benda ni memang berlaku.aku pun xtau nak terangkan camne.

dekat sini, bila dah masuk klinikal, maka setiap budak klinikal pasti akan familiar dengan istilah "pemanggil". pemanggil ni adalah istilah yang dipakai dan diberi kepada budak klinikal yang apabila waktu mereka shift sahaja, maka patient mesti akan jadi banyak.maksud aku patient baru. kat sini budak klinikal sudah seperti h.o, in term of waktu bertugas. pagi semua wajib pergi hospital, lepastu ada dua shift, iaitu shift siang ngn shift malam.tu tergantung jadual shift la.biasa waktu awal2 masuk satu department tu maka akan makin banyakla kau kena jaga alias shift. dan berbalik pada topik asal iaitu dongeng pemanggil, aku memang xpercaya sebenarnya dengan tahyul macam ni.tapi kadang2 benda ni memang terjadi. ALHAMDULILLAH aku rasa aku bukan "pemanggil" kot sebab biasa waktu aku shift jarangla terjadi tumpukan new patient terjadi.tapi kadang2 banyak giler sampai xleh nak tido sampai pagi sebab banyak giler patient baru. dan bila banyak patient baru yang datang waktu ni la yang kadang2 aku terfikir macam ada betul istilah pemanggil ni. sebab kadang2 bila kita shift dengan certain budak klinikal lain, yang sudah ada reputasi sebagai "pemanggil" kadang2 patient baru datang sekali banyak.sampai tak cukup tangan nak tolong doktor residen.aku bukan judge budak tu sebagai pemanggil, tapi kdang2 kalau dua tiga kali aku bersama dia waktu tu la patient datang bertumpuk, even konsul dari department lain pun berdatangan.haha xtaula nak percaya ke tak.tapi memang aku pernah mengalami.

aku tau benda ni kelihatan seperti tahyul, dan aku sendiri xpercaya lansung dengan bendani.ape kaitan budak 'pemanggil' dengan jumlah patient yang datang? bukan dia yang tentukan orang sakit? tapi kekadang bila pernah mengalami perkara camni kadang2 membuatkan aku senyum sendiri.kadang2tu kesian dengan budak2 yang sudah ada nama sebagai pemanggil.kadang2 doktor resident siap buat lawak suruh budak2 yang demikian supaya mandi bungala, ape la supaya buang sifat "pemanggil" tu jauh2.haha tahyul la.tapi cuba la kau tanya dengan mana2 budak klinikal kat tempat aku ni.istilah 'pemanggil" sudah sangat familiar bagi kami semua. cuma jangan percaya je la. aku anggap ni seperti benda yang memberi sedikit warna la pada klinikal life kat sini yang xbanyak warna sangat.ok itu saja dari aku.

27 Apr 2010

borak kosong

salam

arini aku nak borak2 kosong pasal benda2 yang aku berminat.banyak benda yang aku minat.salah satunya adalah the art of fighting, atau art of defense atau senang cite martial arts. dari kecik aku selalu tertarik dengan martial arts.xtaula mcam mane boleh minat.mungkin pengaruh dari baba aku kot. baba aku adalah peminat cerita2 action yang ada unsur2 martial art dan antara hero2 yang dia minat seperti chuck noris, van dam, steven seagal, bruce lee, jet lee, video mma dan banyak lagi. dan mungkin seperti bapak2 korang, bapak aku adalah peminat setia wrestling dari dulu lagi. dan mungkin dari situ datangnya minat aku dekat benda2 camni. disamping cerita2 seperti karate kids, dan 3 ninjas yang lebih menambahkan minat aku dalam martial arts ni.waktu kecik2 dulu aku blaja karate dan mungkin aku nak crita sedikit tentang karate kat korang.

karate ni berasal dari dua kata iaitu kara bermaksud kosong dan te maksudnya tangan. secara general karate ni konsepnya adalah dengan menjadikan part2 dari badan kita sebagai weapon.pada dasarnya karate mengamalkan prinsip block and attack. banyak aspek2 yang ditekankan dalam karate seperti kecepatan, accuracy, distance, power, dan sebagainya.dan waktu aku kecik2 dulu pakcik aku btol2 menerapkan disiplin dalam latihan.memang agak hard jugakla training dulu. warm up je dah separuh nafas abes.bila train, kalo punch and kick, kena btol2, kalo lembik2 alamat kena la jawabnya.kalo tumbuk punching beg sampai berdarah tu benda biasa.pumping guna knuckles dekat jalan tar dan macam2 lagi.pokoknya memang sedikit keras.kecik2 dulu xtaupun ape sebab pakcik aku train sampai camtu.

jujur waktu kecik2 dulu aku walaupun minat kat martial art, tapi aku sangat penakut. aku takut dengan orang. kalau waktu sparring itula yang paling aku xsuka. slalu teruk aku kena hempuk dengan opponent aku.kecuali ada satu member aku ni.sebab dia pun sama2 penakut cam aku jadi bila sparring ngn dia kitoang nampak cam fight sket sebab sama2 penakut.haha.penah sekali waktu tu aku darjah 6 kena sparring dengan budak form 2 ke form 3 aku lupa macam belacan aku kena.sket je lagi gigi aku nak patah sebab dia snap kick aku kat muka.berbirat muka.haha. sekarang pun aku masih penakut lagi serious cakap. tapi dalam hal berkomunikasi dan berhadapan serta pergaulan dengan orangla. jujur aku kalau berkomunikasi dengan orang aku sedikit takut2 xtau kenapa. tapi kalau dalam hal fighting dan straight contact insyaALLAH sekarang sudah tidak takut lagi.mungkin sebab dah boleh berfikir kot.nak takut buat ape ye tak?harusnya takut cuma pada ALLAH je.setiap orang muslim harus berpendirian seperti tu.

kalau berbicara dari segi keuntungan belajar martial art aku rasa memang banyak.salah satunya adalah disiplin.walaupun kau belajar tentang seni2 dan cara2 pergaduhan tetapi perkara yang yang paling kau tidak mau sekali adalah terlibat dalam pergaduhan. ironis tetapi sangat indah. selain itu juga martial art juga mendidik kau menjadi seorang yang lebih tenang.tidak mudah panik.martial art juga mendidik kau supaya lebih konfiden dalam tindakan kau. aku bersyukur dapat belajar martial art walaupun dah lama aku tinggalkan.

waktu sekolah menengah sempat jugak aku blaja silat gayong tapi sampai tali pinggang putihjela.tapi ALHAMDULILLAH waktu join silat dulu ada sedikit cerita yang membanggakan gak la bagi aku scara peribadi.waktu tu aku baru je brapa minggu masuk silat.pastu ada pemilihan utk wakil skola utk silat olahraga.dan aku terpilih waktu tu.aku masuk kategori paling berat waktu tu.berat aku 63 kilo.member2 aku yang lain yang sama tinggi n sama besar dengan aku semua bawah 60 kilo.kebetulan opponent yang harus aku lawan dimana kategori berat kami sama saiznya lebih besar dan lebih tinggi dari aku.mula2 aku agak psiko jugak tapi bila waktu perlawanan dimula ternyata aku boleh memberikan perlawanan dekat dia dan aku cuma kalah satu point je dari opponent aku ni.dan yang paling buat aku bangga sebab aku dapat pujian dari guru2 silat kat situ.dari situ aku nampak bahwa hasil dari latihan yang keras dulu sedikit sebanyak adala hasilnya. aku bersyukur sebab berkesempatan belajar dengan uncle rashid dulu2. uncle rashid aku adalah one of the best fighters in malacca and maybe malaysia perhaps. among fighters kalau sebut rashid bonzer mereka akan cakap he is one of the best.

bila bercakap mengenai fighting, maka akan terbahagi dua, iaitu fighting with art and street fighting dimana pregaduhan dialam nyata.real condition. aku penah borak dengan abang sdara aku tentang street fight dan martial art.dia adalah orang yang berpengalaman dalam real condition fight. dan aku bleh bagi konklusi bahwa street fight dan martial art adalah dua benda yang berbeza.dalam street fight kau sudah tidak ada masa nak menggunakan bunga2 serta seni2 kerana itu kau bertarung dalam kondisi yang nyata.tetapi pengalaman kau dalam martial art mungkin dapat membantu kau dalam street fight. dan dari kebanyakan otai2 fighter yang aku tengok rata2 mereka berpendapat yang penting dalam kebanyakan fight adalah reflek dan ilmu kau dalam mempertahankan diri.dan itu diperolehi dari pengalaman kot.

bila kita tengok zaman sekarang banyak orang mau jadi samseng. pukul sana sini, langsi sana sini, main buah sana sini.benda2 camni buat aku kesal je.sepatutnya bila dah ada ilmu, gunala untuk kebaikan.baru ada keberkatan dalam ilmu.ini tidak, baru ada ilmu sket dah macam2 benda yang kau buat.jadi tukang pukul la, tukang mintak hutangla, tarik keretala, macam2 lagi.ni bukan cerita dongeng tapi realiti.mungkin dekat sekeliling kau ada orang yang macam ni.kalau camni macam mane nak berkat?jadi nasihat aku untuk mereka2 yang mau belajar tapi dengan niat yang salah, xusahla kau belajar.nak belajar niat kena baik, niat kerana ALLAH.niat kerana kau nak menguatkan diri sendiri dan bukan mau menganiaya orang lain.niat supaya kau menjadi orang islam yang kuat fizikal.seperti saidina ali, saidina umar, khalid ibni al walid dan banyak lagi sahabat nabi. insyaALLAH kalau ada peluang aku nak sambung balik belajar ape yang dulu tergendala.dah lama giler tinggalkan benda ni.badan pun dah gemok giler ntah boleh lagi ke tidak xtaula.haha. kalau sape2 nak join jomla kita blaja sama2.sama2 jadi orang islam yang kuat dan mudah2an digeruni oleh musuh islam.amin.

25 Apr 2010

gangster pun masuk islam, kau yang islam nak masuk ape?

salam

dulu aku selalu berangan nak jadi gangster, nak ada pistol dan kalau ada orang nak carik pasal dengan aku, aku cuma tinggal kumpulkan budak2 dan ajar balik orang tu.selalu berangan nak jadi otai besar.tapi bila aku tengok dekat sekeliling aku, dekat dunia ni dimana orang lain yang penah jadi gangster, penah jadi mafia, penah bunuh orang, penah terlibat dalam gang war, mereka berpusu2 masuk islam dan tinggalkan dunia lama mereka, membuatkan aku tersentak balik.apsal la bodo sangat kepala hotak aku ni.orang lain berpusu2 nak kejar kenikmatan dalam islam, sanggup tinggalkan dunia gangsterism, tinggalkan harta, kuasa dan macam2 lagi kerana nak kan nikmat islam. aku yang sudah berada dalam islam ni boleh la plak nak tinggalkan nikmat islam semata2 nak jadik macam mereka dulu2? semata2 nak jadik gangster? ape punya bodo la pemikiran aku. mungkin kita xsedar yang kiamat dah dekat dan kita buat2 xtau je.kita sibuk kejar dunia sampai akhirat kita jadik sayup2 saja.sibuk nak carik duit lebihla,nak beli kereta la, nak travel la, nak ikut perkembangan fesyenla, nak up to date la, sampai agama tu jadi cam rutin sahaja.macam benda yang kau buat sehari2 seperti makan.bila waktu solat, kita solat, pastu habis solat kita lupa balik dan sibuk dengan dunia kembali.

mungkin kita xsedar bahawa menjadi muslim sebenarnya kita telah menjadi sebagian dari pertubuhan yang sangat kuat iaitu the muslim brotherhood.kita xsedar sebenarnya kita ada backup dari satu dunia.tengok sajalah di palestin tu.pejuang2 islam dari satu dunia berpusu2 kesana semata2 nak bantu orang islam. di poso juga. pejuang2 islam berkampung diposo sewaktu terjadi konflik disana. aku xsedar dengan menjadi muslim aku sebenarnya sudah sangat kuat dan banyak link.the link of iman.kuat sebenarnya pertubuhan kita ni.sampai amerika pun xhabis fikir camne nak kasi lemah orang islam.being a muslim sahaja sebenarnya sudah menjadikan aku seorang yang kuat.sebab islam mengajarkan supaya tidak takut kepada siapa dan apa pun kecuali kepada ALLAH.

aku menasihati diri aku dan pembaca supaya kembalilah kepada islam sebab waktu dah nak berakhir dah.dalam ape yang kau buat letakkanlah islam padanya dan mudah2an kau dan aku selamat didunia dan akhirat.amin

p/s - akhir2 ni hidup makin bertambah pathetic.harap2 ada jalan keluar.amin

20 Apr 2010

bersama kita bisa

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.




Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

diambil dari www.reveriemalaya.blogspot.com

18 Apr 2010

berfikir seperti kapitalis

Salam



Kalini entri aku adalah tentang saham. Tentang long term businesses and financial. Seorang yang smart adalah seorang yang setiap kerja dan plan yang dia lakukan dia akan dapat benefit dari perbuatannya itu.itulah bisnes.its all about making profits.itu dasar dari setiap orang yang terjun dalam bidang bisnes.dan itulah juga yang dianut oleh kapitalis2 sedunia sehingga kebanyakan dari mereka melupakan aspek humanity.yang penting profit.yang lain aku xmau tau.itu kata mereka dan hasilnya kita lihat saja didunia sekarang.who rule the world?bukankah golongan2 kapitalis2 ni yang mendominasi dunia sekarang? Sehingga politician pun tunduk pada mereka. Lihat saja kenapa amerika banyak invades other country? Bukankah sebab untuk membuka lahan bisnes yang baru? Minyak, gas dan sebagainya? Disatu sisi kita melihat mereka sebagai golongan yang smart sehingga mereka boleh menciptakan plan2 dan scenario sebegitu rupa sehingga hasilnya mereka dapat menghalalkan matlamat mereka dengan cara mereka?wasn’t that smart? Serasa seperti mau memberi mereka big applause because they are fucking smart.





Baiklah yang diatas itu Cuma muqadimah je. Aku Cuma nak ajak merenung sejenak .sebenarnya aku xtau ape pun pasal bisnes.aku bukan nak cakap pasal bisnes kat dunia.aku nak ajak korang merenung sebenarnya kita sebagai umat islam ramai yang xperasan sebenarnya kita pun hidup kita ni bergelumang dengan bisnes dan saham serta profit cam yang bisnesman slalu main tu.tapi kita punya game way over them.diorang bermain di arena dunia sedangkan kita bermain diarena dunia dan akherat.pernah dengar ayat barang siapa berbuat baik sebesar zarah akan diperhitungkan dan sebaliknya? Dan pernah dengar tak ayat innamal a’malu binniat?setiap perbuatan didahului dengan niat?niat yang baik dapat ganjaran yang baik dan sebaliknya.di muqadimah aku diatas tu kalo kita tengok golongan2 bisnesman dan kapitalis rasa2 cam diorang je yang paling smartkan?tapi sesungguhnya benarkah mereka2 itu smart? Orang yang smart adalah orang yang didunia hidup dengan senang lenang sedangkan diakhirat juga mereka hidup dengan senang lenang jua akibat dari amalan mereka didunia.kan dunia ni seperti ladang untuk akhirat.jangan ingat ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat, dan ibadah2 rukun lain saja yang boleh membawa kita kepada kebahagiaan diakhirat. Salah besar kalau kau fikir camtu. Sebagai orang islam, apa2 yang kau buat dan dimulakan dengan niat yang baik kerana ALLAH maka itu juga dihitung sebagai ibadah.yang penting tidak melanggar syariat islam.kalo nak tau ape yang melanggar dan ape yang tidak kau pegi la tanya ustad2 kat tempat kau.aku pun bukannya tau sangat.




Masuk ke perenggan lain. Tentang benda2 lain yang dikira juga sebagai ibadah.asalkan niat yang baik kerana ALLAH maka benda atau pekerjaan yang kau buat tu dah btol la tu dan ada la nanti saham kat akherat nanti.aku kasi contoh pekerjaan. Contohla pekerjaan doktor. Ada dua doktor.seorang ni dari awal niat nak jadi doktor oleh sebab dia pandai dan dia nak membuktikan bahwa dia ni hebat dan boleh pergi jauh jadi consultant, professor dan sebagainya sehingga dia mau dipandang orang sebagai doktor yang hebat dan disegani serta dihormati. Dan apa yang dia impikan dia semua dia dapat.duit tu toksah citela memang sebulan beribu2 duit masuk.adakah dengan niat sebegini dikira sebagai ibadah?wallahua’lam.tapi dengan niat yang bukan kerana ALLAH rasa2nya xmungkin kot. Satu lagi dia ni doktor gak.tapi dari awal dia jadi doktor sebab nak tolong orang dan niat supaya dapat pahala tolong orang. Dia berniat dengan pekerjaan dia itu mudah2an ALLAH jadi redha kat dia dan menjadi saham yang menjanjikan keuntungan kat akherat nanti. Dan pekerjaan dia sama dengan pekerjaan doktor yang pertama tadi.mungkin dia pun dapat pergi jauh sebab niat yang baik dan ALLAH permudahkan. Dan hasilnya sama2 berjaya. Doktor yang pertama pun berjaya dan kaya, doktor yang kedua pun sama.tapi mana yang lebih smart?mana yang lebih beruntung? Korang pun tau jawapannya adalah doktor yang kedua sebab kerja dia bernilai ibadah dan insyaALLAH membantu dia diakhirat nanti. Sama gak dengan pekerjaan lain.yang penting adalah niat kau dan kerja kau tidak melanggar syariah.baru namanya smart. Baru disebut true capitalist..
Aku bukan ape, kadang2 kalo berkaitan dengan dunia perubatan yang aku ceburi ni, aku tengok orang senang dan cenderung untuk jadi arrogant. Mentangla2 orang sakit datang kat ko dan berharap banyak kat kau, kau jadi besar kepala pulak.bila orang sakit datang kat doktor mereka cenderung berserah sepenuhnya kat doktor tu.doktor nak buat ape buatla yang penting saya sihat balik.pesakit camtu pun silap gak.yang sembuhkan kau bukan doktor tapi ALLAH.kadang2 patient camni pun bodo gak.bleh syirik kalo itu macam. Manala doktor2 tak besar kepala. Lebih2 lagi bila dan ade title specialist. Sesetengah supervisor yang aku tengok kat tempat aku blaja ni mereka tak down to earth lansung.ini xboleh la, itu xbolehla, macam2 syarat kalau nak jumpa dengan diorang. Kadang2 semata kau nak mintak tandatangan dia sahaja kena tunggu dia dari pagi sampai malam.tu pun kalau mood dia xbaik xdapatla tandatangan doktor tu.cite betul ni beb bukan aku buat2.doktor2 plak asisten jadi cam hamba untuk diorang. Macam palat la doktor2 yang camni.kalo boleh sparring satu lawan satu ngn dioang memang aku xbagi can la.kaw2 aku tiba.tapi itu Cuma impian aku je la.haha.tapi ada gak supervisor dan doktor2 yang sangat baik.dan mereka2 inilah yang layak jadi teladan.mereka down to earth, xlokek ilmu dan sentiasa dengan senyuman.aku sangat admire dengan mereka.kalo ujian dengan mereka senang nak lulus.itu yang paling best.haha.





kadang2 dua benda yang sama dibuat tapi hasilnya dan pengakhirannya akan berbeza disisi ALLAH. Satu contoh adalah pasangan suami isteri yang berhubungan kelamin dan juga pasangan kapel yang bukan suami isteri yang berzina.kalo dilihat secara mata kasar kan sama je perbuatan tu.sama2 nikmat.haha.tapi satunya bernilai ibadah sebab dilakukan dengan cara halal sedangkan satu lagi dilaknat lagi adalah.sebabtu kita beruntung sebagai orang islam.ape yang kita nak buat semua boleh buat.asalkan dalam batas syariat je itu sudah dihitung sebagai ibadah.even contoh yang aku bagi kat atas tentang hubungan kelamin suami isteri pun dikira ibadah.berak pun ibadah.sebabtu islam adalah way of life bukan sekadar agama sahaja. sebagai orang islam yang smart kita kena selalu memikirkan tentang keuntungan dan keuntungan.dunia dan akhirat.barula berarti hidup kita. Sebagai contoh kita tengok saidina abu bakar.beliau seorang bisnesman yang sangat sukses sewaktu didunia.dan beliau juga adalah orang yang dijanjikan syurga.baru betol smart macamtu.kalau kat malaysia plak tengok orang melayu terkaya kat malaysia, tan sri syed mokhtar al bukhary.dengan kekayaan dia, dia banyak menolong syarikat2 yang dah nak tutup, dia beli kemudian dia kembangkan.perkerja dia ada dekat 36 ribu orang.bayangkan berapa banyak pahala dia dapat dengan bukak jalan rezki untuk orang lain.tu belum masuk dia bukak yayasan al bukhary sebab nak tolong orang2 miskin yang pandai tapi tak mampu.dengan kekayaan yang dia miliki dia gunakan untuk membeli saham diakhirat.itu baru smart.sebab dia sedar biarpun brape billion duit kau yang dapat masuk kat perut Cuma banyak mana saja.aku harap banyak lagi orang2 muslim seperti beliau.ok cukup sampai disini dulu karangan spm kertas 2 saya kalini.maaple kalau panjang lebar dan merapu2.semoga bermanfaat.amin.

16 Apr 2010

tazkirah jumaat

salam

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak

p/s - semoga bermanfaat.wassalam

14 Apr 2010

love is in the air. spread it.......................

salam

bercerita tentang cinta memang tiada habisnya.dari dulu sampai kiamat pasti akan tetap saja cinta menjadi topik yang tidak pernah dikesampingkan.tapi bagi aku kebanyakan dari kita tidak tau apa maksud cinta yang sebenar.bagi kebanyakan dari kita mungkin cinta itu hanya bersifat zahir sahaja.apa yang diluahkan dan apa yang diterima itulah cinta.yang penting adalah perasaan terjaga dan enak dengan adanya cinta itu.dibelai dan dimanja itu juga bahaian dari cinta. itu kata mereka tentang cinta. tapi benarkah itu hakikat cinta? tidak sama sekali. hakikat cinta adalah cinta walaupun kepada sesiapa saja yang kau cintai, dan hujung2nya pasti akan kembali kepada yang ESA. cinta yang berlandaskan kepada keredhaanNYA. dan yang membawa kau dan dia serta mereka ke syurga.itu hakikat cinta. bukan sekadar zahir sahaja, tetapi batin juga. tidak salah kau menzahirkan cintamu kepada si dia sebagai tanda kau cinta kepada dia.tapi itu saja tidak cukup.apa yang kau zahirkan itu cuma bersifat sementara, tidak bisa membantu si dia masuk ke syurga dengan cara begitu. zahirkanlah cintamu secara batin juga. dengan cara apa? dengan sentiasa kau memelihara dia dari perbuatan yang melanggar syariatNYA. juga tidak dilupa kau senantiasa mendoakan kesejahteraannya didunia dan diakhirat sana. itulah cinta yang boleh membawa kau dan dia serta mereka kesyurga.jadi sebagai pengakhiran ingin aku mengingatkan kau supaya membetulkan kembali pemahamanmu tentang cinta.jangan kerna cinta badan binasa.kerna cinta dunia tidak akan kemana.cinta akhirat menjamin bahagia.itu saja dari aku untuk kau semua.

p/s - sekarang ni cinta aku adalah pada ALLAH, rasul, mak, baba, acip, nenek, makcik2, sedara2, dan mereka yang menyayangi aku.si dia masih belum ada. tinggal menunggu saja.xkan kemana. INSYAALLAH selagi hayat dikandung bara selagi itu tidak akan aku putuskan doa terhadap orang2 yang aku cinta.

11 Apr 2010

aku bengang dengan kao orang

salam

bila tgk foto2 member2 dan sedara yang belaja abroad rasa seperti mau ikut saja kauorang ke tempat tu.yang dekat uk berjalan2 ke eropah dan sekitarnya xyah nak describela macam mane dia punya best.bikin panas telinga je kalo dengar. yang dekat ausie g sydneyla, brisbanela, perth la macam2 la. yang dekat jepun pun tak kalah hebat. amik gamba dekat bunga sakura, jalan2 kat tokyo, dan macam2 jugak.yang dekat mesir amik gamba piramid sebagai background korang.pastu dengan makanannya.tu pun bikin panas gak.yang blaja kat india pun xmo kalah. g banjaran himalayala, taj mahal la, main snow la.siot betol la.bengang seh.

aku bukan saja cemburu dengan kengkawan yang blaja kat luar negeri saja, tetapi jugak dengan kawan2 yang blaja dekat dalam negeri jugak.xkirala ceruk mana ko blaja.korang pun sama buat aku bengang dengan gamba2 cuti2 malaysia korang.naik kreta pastu tour satu malaysia.g tour gentingla, cheratingla, langkawila, kelantanla, moribla, jb la, melakala, jalan2 sekitar kl la.lu orang bikin gua panas la.

AKU? JALAN2? nama je stadi kat negeri orang tapi tempat aku ni alahmak aih ape pun xde bai.kalo tempat lain ade la cam bandung , jogja dan sebagainya.tapi slalu bila aku ada time nak pegi duit plak xde.dan bila ade duit nak pegi time plak xde.hasilnya ni le 5 taun dok tercongok kat makassar ni.xberkembang kepala hotak aku.tu belum aku singgung lagi dengan life yang ntah ape2 yang aku buat kat sini.belum lagi masuk dugaan2 yang datang disini. dugaan kat fakulti, dengan local authorities, dugaan kat hospital dan sebagainya.tapi yang tu suma tolak tepi.hidup tanpa dugaan xde maknala jawabnya.dugaan memberi warna dan menambah kekuatan kalau kita dapat atasinya.

ok itu saja entri bengang aku kali ni.aku mintak maaf jika ada local citizens of makassar terbaca.aku bukan bermaksud nak mengutuk atau bermaksud buruk.the problem lies in me.semua daripada aku.aku yang bermasalah sebenarnya.okla terima kasih semua.peace.

8 Apr 2010

entri merapu

salam

sekarang aku didalam lack of idea state.tapi ade sket yang aku nak tulis. kali ni pasal luahan hati. ni dari borak2 dan bincang2 dengan member2 aku. semua orang pasti ada benda yang nak diluahkan kepada orang lain. tentang masalah, tentang pendapat, tentang percintaan dan sebagainya. tapi mungkin sesetengah orang lebih suka memendamkan kerana situasi yang tidak memungkinkan. selalunya golongan adam lebih suka memendamkan jika dibandingkan dengan golongan hawa. kadang2 stigma2 seperti mat jambu, lembik dan gay menjadi penyebab kaum adam lebih banyak memendamkan perasaan daripada meluahkan. mana tidaknya, saya bagi contoh, jika ada dua perempuan bermesra2 dan saling berkongsi masalah orang akan cap itu sebagai sweet dan benda biasa. tapi cuba kalau lelaki yang buat begitu. pasti orang akan cap itu sebagai gay. jadi mungkin ini salah satu faktor golongan adam lebih memendamkan apa yang mereka rasa berbanding kaum hawa. ditambah lagi dengan faktor ego, maka lebih terpendamlah jadiknya. sifat perempuan yang natural lembut dan fragile pun agaknya menjadi penyebab kenapa perempuan lebih senang nak luahkan perasaan.


kalau ditinjau dari sudut implementasi dari perkara diatas pula, kita boleh tengok statistik kat hospital2 sakit jiwa. kalo hospital sakit jiwa kat tempat aku belajar ni kalo perbandingan yang exact aku lupa tapi yang penting sekali jumlah pesakit lelaki lebih mendominasi jika dibanding dengan perempuan. mungkin boleh dilihat dalam aspek begini. salah satu cara untuk meluahkan perasaan adalah dengan menitiskan air mata. dan sudah kita ketahui bahwa golongan hawa lebih mudah untuk menangis dibanding dengan lelaki. dan kalo kita tengok dari kajian2 akhir2 ni bahwa menangis boleh mengeluarkan stress hormones dari tubuh badan. dan kerna itulah seseorang setelah menangis akan merasakan seperti kelegaan dan hilang sebantar masalah mereka. ini kerana mereka telah mengeluarkan stress hormones yang bersifat merosak jaringan dan sel2 seperti sel2 diotak dan sebagainya. aku nak jelaskan lebih2 aku pun x master sangat. tu belum lagi masuk aspek2 neurotransmitter lagi seperti dopamine dan sebagainya.tu pun aku xbrani nak xplain more sebab kang kalo salah cakap malu den dibueknyo.haha

satu lagi yang nak aku kongsi kat sini ialah kadang2 oleh kerana stigma2 seperti yang aku tulis kat atas tu maka sesetengah orang akan mencari lawan jenis untuk dijadikan sebagai teman untuk berkongsi perasaan. dan dari sini timbullah istilah couple. kebanyakan dari mereka ini sebenarnya bercouple adalah untuk berkongsi rasa dan untuk merasakan bahwa ada seseorang yang care dan 'sayang' kepada mereka. ini semua tak lain dan tak bukan adalah sebagai penenang perasaan juga. jika basic foundation dari relationship adalah untuk tujuan begini aku rasa baik ubah sebab bukan love tapi sekadar nak memuaskan perasaan ko sahaja.perasaan yang berbunga2. bukan ape, sampai brapa lama boleh bertahan perasaan camtu? lama kelamaan kebosanan akan datang juga dan bila itu berlaku maka disitulah relationshiip akan sampai pada tahap ending. tapi jika foundation itu berdasarkan cinta dan sayang dan dimasukkan juga kerana agama, maka itu akan last forever.

maafkan aku sebab sudah merapu dimalam hari dengan topik yang entah ape2 tapi mungkin sesetengah akan bersetuju dengan aku manakala ynag lain tidak. terserah masing kerana hak asasi manusia untuk setuju atau tidak. aku cuma mengekspresikan pendapat aku saja dan mudah2an adela sket manfaat untuk korang. dapat aku saham sket. ok trima kasih

p/s : thanks to farhan kerana memberi aku idea untuk menulis entri ini.

6 Apr 2010

6 april is my day

salam

arini tanggal 6 april aku sudah berusia 24 taun. betol2 xpercaya yang dah sejauh ni rupanya umur aku. bila fikir2 balik ntah ape la yang aku dah buat sepanjang 24 taun ni lebih2 lagi 5 taun terakhir aku amik medik kat sini. aku pun xsanggup nak tengok ke belakang lagi sebab aku rasa banyak frustrasi yang aku buat pada diri aku, family aku dan kengkawan aku. harap2 mereka maafkan aku. sebenarnya aku selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri aku tetapi perbuatan aku kekadang tidak serupa keinginan. mungkin tu lah sifat buruk aku yang paling buruk yang boleh menghambat impian aku. dulukan aku pernah buat entri tentang perbezaan laki2 dan perempuan dari segi kekuatan (klik sini). sebenarnya aku tujukan post tu kepada diri aku. aku menyindir diri sendiri. bukannya xmo buang sifat tu jauh2 tapi kekadang bila dah buang tiba2 sifat tu datang balik. tapi xpelah aku akan sentiasa bersikap optimis dan mudah2an ALLAH mengeluarkan aku dari masalah yang membelenggu diri aku yaitu diri aku sendiri sebagai masalah yang besar.tu belum masuk masalah perut yang makin membesar sehingga main bola sekarang macam hampeh je.haha banyak btol masalah aku la.tapi bila memikirkan bahwa ada orang yang menyayangi aku dan care serta sentiasa mendoakan aku, membuatkan aku tetap bertahan. dan yang paling penting sekali aku tahu bahwa ALLAH sentiasa memberi aku jalan keluar. aku yakin niat yang baik pasti akan dipermudahkan oleh ALLAH.dah banyak kali aku merasakan ketika masalah datang kat aku, tiba2 je ada jalan keluar.aku tau ALLAH yang bantu aku dan beri aku jalan keluar. ALLAH maha besar.walaupun hamba2NYA kadang melupakan dan melanggar peraturanNYA tapi DIA tetap membantu hambaNYA yang memerlukan pertolongan. kepada ALLAH lah sebaik2 tempat meminta tolong. terima kasih YA ALLAH.

okla setakat disini dulu aku mengelamun sorang2 dalam entri ni.sori kalo korang bosan sebab aku cite pasal diri sendiri.lenkali aku xcite lagi dah. selamat maju jaya kepada korang semua. semoga ALLAH memberkati dan merahmati kita semua. AMIN......