8 Apr 2010

entri merapu

salam

sekarang aku didalam lack of idea state.tapi ade sket yang aku nak tulis. kali ni pasal luahan hati. ni dari borak2 dan bincang2 dengan member2 aku. semua orang pasti ada benda yang nak diluahkan kepada orang lain. tentang masalah, tentang pendapat, tentang percintaan dan sebagainya. tapi mungkin sesetengah orang lebih suka memendamkan kerana situasi yang tidak memungkinkan. selalunya golongan adam lebih suka memendamkan jika dibandingkan dengan golongan hawa. kadang2 stigma2 seperti mat jambu, lembik dan gay menjadi penyebab kaum adam lebih banyak memendamkan perasaan daripada meluahkan. mana tidaknya, saya bagi contoh, jika ada dua perempuan bermesra2 dan saling berkongsi masalah orang akan cap itu sebagai sweet dan benda biasa. tapi cuba kalau lelaki yang buat begitu. pasti orang akan cap itu sebagai gay. jadi mungkin ini salah satu faktor golongan adam lebih memendamkan apa yang mereka rasa berbanding kaum hawa. ditambah lagi dengan faktor ego, maka lebih terpendamlah jadiknya. sifat perempuan yang natural lembut dan fragile pun agaknya menjadi penyebab kenapa perempuan lebih senang nak luahkan perasaan.


kalau ditinjau dari sudut implementasi dari perkara diatas pula, kita boleh tengok statistik kat hospital2 sakit jiwa. kalo hospital sakit jiwa kat tempat aku belajar ni kalo perbandingan yang exact aku lupa tapi yang penting sekali jumlah pesakit lelaki lebih mendominasi jika dibanding dengan perempuan. mungkin boleh dilihat dalam aspek begini. salah satu cara untuk meluahkan perasaan adalah dengan menitiskan air mata. dan sudah kita ketahui bahwa golongan hawa lebih mudah untuk menangis dibanding dengan lelaki. dan kalo kita tengok dari kajian2 akhir2 ni bahwa menangis boleh mengeluarkan stress hormones dari tubuh badan. dan kerna itulah seseorang setelah menangis akan merasakan seperti kelegaan dan hilang sebantar masalah mereka. ini kerana mereka telah mengeluarkan stress hormones yang bersifat merosak jaringan dan sel2 seperti sel2 diotak dan sebagainya. aku nak jelaskan lebih2 aku pun x master sangat. tu belum lagi masuk aspek2 neurotransmitter lagi seperti dopamine dan sebagainya.tu pun aku xbrani nak xplain more sebab kang kalo salah cakap malu den dibueknyo.haha

satu lagi yang nak aku kongsi kat sini ialah kadang2 oleh kerana stigma2 seperti yang aku tulis kat atas tu maka sesetengah orang akan mencari lawan jenis untuk dijadikan sebagai teman untuk berkongsi perasaan. dan dari sini timbullah istilah couple. kebanyakan dari mereka ini sebenarnya bercouple adalah untuk berkongsi rasa dan untuk merasakan bahwa ada seseorang yang care dan 'sayang' kepada mereka. ini semua tak lain dan tak bukan adalah sebagai penenang perasaan juga. jika basic foundation dari relationship adalah untuk tujuan begini aku rasa baik ubah sebab bukan love tapi sekadar nak memuaskan perasaan ko sahaja.perasaan yang berbunga2. bukan ape, sampai brapa lama boleh bertahan perasaan camtu? lama kelamaan kebosanan akan datang juga dan bila itu berlaku maka disitulah relationshiip akan sampai pada tahap ending. tapi jika foundation itu berdasarkan cinta dan sayang dan dimasukkan juga kerana agama, maka itu akan last forever.

maafkan aku sebab sudah merapu dimalam hari dengan topik yang entah ape2 tapi mungkin sesetengah akan bersetuju dengan aku manakala ynag lain tidak. terserah masing kerana hak asasi manusia untuk setuju atau tidak. aku cuma mengekspresikan pendapat aku saja dan mudah2an adela sket manfaat untuk korang. dapat aku saham sket. ok trima kasih

p/s : thanks to farhan kerana memberi aku idea untuk menulis entri ini.

5 comments:

  1. tang aspek2 neurotransmitter tu, tulis kan aje. kalau salah boleh belajar balik kan?

    ReplyDelete
  2. yela.. sy pOn setuju ngan reverie .. tulis je.. "yakin itu penting" .. sungguh tak buat medic, tapi at least Org leh tau pasal neurOtransmitter tu.. lagipOn, kan dulu ada blaja biO.. sO memang dah tau maybe tak mendalam..

    emm, yg pasal entry ni, sy 50-50 aje setuju.
    sbb, sy rasa, x semua pempuan mudah tOk meluahkan.. cam sy, sy rasa susah sgt nak express sy punye feeling.

    tapi sy rasa, pempuan ramai gak yg jadik gila, kan..?

    sbbpe sy kata pempuan lebih byk jadik gila? sbg cOntOh, dlm rumahtangga, kbykannya, sume pOmpuan yg urus.. anak2, makan, pakai... bukan sOrang, tapi semua 1 rumah tu. kalO dpt suami yg paham, yg sama2, Ok la. cubanya kena suami jenis bagi sume isteri yg urus.. sakit jiwa si isteri dibuatnya..

    pastu kalau jenis suami yg keja 24jam, pastu tiba2 ada pempuan lain, lagilah isteri jadik separuh gila.. sakit hati, perasaan terseksa lagi, sakit Otak pikir macam2 nak selesaikan lagi, maunye x jadik gila..

    n maybe 1 infO yg kaum adam x tau..
    perempuan itu sgt fragile (fragile di sini merujuk kepada saat sOrang wanita tu dalam pantang sbb melahirkan anak = bersalin) dia akan lebih mudah jadik gila. gila merOyan... gila perempuan dlm pantang.. sbbtu Org perempuan kalau dlm pantang kena dijaga elOk2.. pakai bengkOng la ape la.. bukan setakat x nak bagi badan jgn masOk angin je, tapi sbb bengkOng tu sendiri sbg 'perlindungan' dan sbg 'cOmfOrter' tuk ibu2 yg dlm pantang. perasaan pempuan masa dia dlm pantang sensitif dia dOuble dpd biasa.

    dan sbb sifat perempuan yg lembut, mudah dan suka beralah dgn lelaki tu jugaklah makanya banyak je ibu2/ isteri2 yg memendam rasa........... being vOcal, nanti dikata kurang ajar dgn suami, x pat cium bau syurga.. sO, senyap je simpan dlm hati..

    tahla.. sy share je.. wakil pihak pempuan =p

    yg pasal laki kalO share2 ni dituduh gay.. tak lah.. laki cara share dia ada cara tersendiri.. dOk menyembang masa minum2 pOn kdg2 dia citer prOblem dia sesama kwn lelaki dia yg lain gak.. x gay lah.. huhu tapi kalau yg kuar ajak pi candle light dinner semata2 nak luah masalah, tu memang pelik la.. sy pOn rasa laki tu cam gay..

    cuba kite pikir..

    dah la akhir zaman perempuan akan 3/4 lebih banyak dpd laki.. ni skrg, awak kata kat hOspital tempat awak belajar tu byk lagi laki dpd pempuan yg gila.. patOt pOn pempuan lebih ramai dpd lelaki............

    ReplyDelete
  3. E - masukan baru untuk saya.thanks. oh perempuan pun rentan nak stress gak eh.tapi kalo bab2 perempuan urus rumah tangga saya rasa xtimbul stress kot sebab biasanya ibu2 kita ni buat kerja dengan ikhlas dan dengan love.sebab tu walau penat mana pun mereka tetap redha kerana mereka buat untuk orang yang tersayang ( anak2 dan suami). tapi bab2 yang lain seperti selingkuh dan sebagainya tu saya setuju btol.say setuju perempuan memang lagi ramai sekarang, tapi serius rumah sakit jiwa( ket tempat saya la)laki lagi ramai ratio dia xsilap 1:9.kalo xsilapla.mungkin kalau nak diukur dari sudut meluasnya tanggungjawab, lelaki lebih besar dan banyak tanggung jawab.jadi mungkin faktor tu buat laki lebih rantan pada stress.

    ReplyDelete