salam
arini aku nak kongsi sedikit cerita pasal benda pelik yang terjadi dekat budak2 klinikal dekat tempat aku. kalau bercerita tentang life kitorang sebagai budak klinikal kat sini maka kitorang akan berdepan dengan satu kisah atau benda dongeng dan tahyul, tapi kadang2 benda ni memang berlaku.aku pun xtau nak terangkan camne.
dekat sini, bila dah masuk klinikal, maka setiap budak klinikal pasti akan familiar dengan istilah "pemanggil". pemanggil ni adalah istilah yang dipakai dan diberi kepada budak klinikal yang apabila waktu mereka shift sahaja, maka patient mesti akan jadi banyak.maksud aku patient baru. kat sini budak klinikal sudah seperti h.o, in term of waktu bertugas. pagi semua wajib pergi hospital, lepastu ada dua shift, iaitu shift siang ngn shift malam.tu tergantung jadual shift la.biasa waktu awal2 masuk satu department tu maka akan makin banyakla kau kena jaga alias shift. dan berbalik pada topik asal iaitu dongeng pemanggil, aku memang xpercaya sebenarnya dengan tahyul macam ni.tapi kadang2 benda ni memang terjadi. ALHAMDULILLAH aku rasa aku bukan "pemanggil" kot sebab biasa waktu aku shift jarangla terjadi tumpukan new patient terjadi.tapi kadang2 banyak giler sampai xleh nak tido sampai pagi sebab banyak giler patient baru. dan bila banyak patient baru yang datang waktu ni la yang kadang2 aku terfikir macam ada betul istilah pemanggil ni. sebab kadang2 bila kita shift dengan certain budak klinikal lain, yang sudah ada reputasi sebagai "pemanggil" kadang2 patient baru datang sekali banyak.sampai tak cukup tangan nak tolong doktor residen.aku bukan judge budak tu sebagai pemanggil, tapi kdang2 kalau dua tiga kali aku bersama dia waktu tu la patient datang bertumpuk, even konsul dari department lain pun berdatangan.haha xtaula nak percaya ke tak.tapi memang aku pernah mengalami.
aku tau benda ni kelihatan seperti tahyul, dan aku sendiri xpercaya lansung dengan bendani.ape kaitan budak 'pemanggil' dengan jumlah patient yang datang? bukan dia yang tentukan orang sakit? tapi kekadang bila pernah mengalami perkara camni kadang2 membuatkan aku senyum sendiri.kadang2tu kesian dengan budak2 yang sudah ada nama sebagai pemanggil.kadang2 doktor resident siap buat lawak suruh budak2 yang demikian supaya mandi bungala, ape la supaya buang sifat "pemanggil" tu jauh2.haha tahyul la.tapi cuba la kau tanya dengan mana2 budak klinikal kat tempat aku ni.istilah 'pemanggil" sudah sangat familiar bagi kami semua. cuma jangan percaya je la. aku anggap ni seperti benda yang memberi sedikit warna la pada klinikal life kat sini yang xbanyak warna sangat.ok itu saja dari aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesian la kan "pemanggil" tu mesti penat kena layan byk patient at One time.
ReplyDeleteorg yang sama shift pun kesian gak.haha
ReplyDeletebaru aku tau ada tahyul macam ni dalam hidup doktor2.
ReplyDeleteitu le.bukan bomoh je ada tahyul, modern medicine pun ada tahyul gak.haha
ReplyDeletedoktor pun manusia jugak LOL
ReplyDeletepatient yang datang tu patient betul ke?
ReplyDeletepatient btol tyuyang datang.xkan orang sihat nak datang hospital kot.huhu
ReplyDeletelawak ar bro.. tu lumrah hidup ar.. kat hosp serdang pun bende same gak..
ReplyDeleteikut nasib la.. *tapi kat msia ni takde lak bende2 tahyul ni.. yang ade, patient banyak=more work=more stress(to certain ppl la)
tu je la aku nak share.. haha..
masukan yang bagus bro.thanks a lot.
ReplyDeletesape cakap kat malaysia tade?kat malaysia, pemanggil, dak2 panggil "Jonah"
ReplyDeleteoh ade gak ke bab?haha memang world wide benda ni ek.haha
ReplyDeleteagak2 semua tempat ada ekk??? =D
ReplyDeletentahla.mungkin kot.haha.tahyul tapi kekadang terjadi.
ReplyDelete