salam
arini tanggal 6 april aku sudah berusia 24 taun. betol2 xpercaya yang dah sejauh ni rupanya umur aku. bila fikir2 balik ntah ape la yang aku dah buat sepanjang 24 taun ni lebih2 lagi 5 taun terakhir aku amik medik kat sini. aku pun xsanggup nak tengok ke belakang lagi sebab aku rasa banyak frustrasi yang aku buat pada diri aku, family aku dan kengkawan aku. harap2 mereka maafkan aku. sebenarnya aku selalu mengharapkan yang terbaik untuk diri aku tetapi perbuatan aku kekadang tidak serupa keinginan. mungkin tu lah sifat buruk aku yang paling buruk yang boleh menghambat impian aku. dulukan aku pernah buat entri tentang perbezaan laki2 dan perempuan dari segi kekuatan (klik sini). sebenarnya aku tujukan post tu kepada diri aku. aku menyindir diri sendiri. bukannya xmo buang sifat tu jauh2 tapi kekadang bila dah buang tiba2 sifat tu datang balik. tapi xpelah aku akan sentiasa bersikap optimis dan mudah2an ALLAH mengeluarkan aku dari masalah yang membelenggu diri aku yaitu diri aku sendiri sebagai masalah yang besar.tu belum masuk masalah perut yang makin membesar sehingga main bola sekarang macam hampeh je.haha banyak btol masalah aku la.tapi bila memikirkan bahwa ada orang yang menyayangi aku dan care serta sentiasa mendoakan aku, membuatkan aku tetap bertahan. dan yang paling penting sekali aku tahu bahwa ALLAH sentiasa memberi aku jalan keluar. aku yakin niat yang baik pasti akan dipermudahkan oleh ALLAH.dah banyak kali aku merasakan ketika masalah datang kat aku, tiba2 je ada jalan keluar.aku tau ALLAH yang bantu aku dan beri aku jalan keluar. ALLAH maha besar.walaupun hamba2NYA kadang melupakan dan melanggar peraturanNYA tapi DIA tetap membantu hambaNYA yang memerlukan pertolongan. kepada ALLAH lah sebaik2 tempat meminta tolong. terima kasih YA ALLAH.
okla setakat disini dulu aku mengelamun sorang2 dalam entri ni.sori kalo korang bosan sebab aku cite pasal diri sendiri.lenkali aku xcite lagi dah. selamat maju jaya kepada korang semua. semoga ALLAH memberkati dan merahmati kita semua. AMIN......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
happy birthday the dr =D
ReplyDeletewell, kebetulan hari ni pOn genap
anniversary makayah sy 25 tahun =)
semOga terOs success dlm ape jua yg
dilakukan..
setiap yg diuji, takkan diuji Oleh
Allah jika Dia tau hamba-Nya yang
diuji itu tidak mampu untuk ujian itu..
masalah perOt??? huhuhu
gym lah.. ape lagi =p
again, happy birthday =D
birthday awek aku sama dengan birthday kau la pis! haha. selamat harijadi. semoga terus berjaya mendapat apa yang kau nak dalam keadaan yang diredhai allah. ;)
ReplyDeleteE - thanks for da advice E. memang 6 april ni tarikh bersejarah bagi orang2 yang mantap.haha. soal perot tu nanti2la dah nak kawen baru kasik kempis.haha.
ReplyDeletefaiez - amin. oh awek ko pun 6 april gak? mesti dia seorang yang special la tu.org 6 april ni ada sumthing special inside them.haha.
haha ada ke nak tunggu masa dah nak kawen? dr skrg la kena maintain =p
ReplyDelete